Monday, 30 January 2017
tazkirah
Dewasa ini ramai mengaku islam, tetapi menyembah berhala, salah satu berhala ialah tamak harta dunia, ramai yang bekerja dan berusaha hanya untuk mencari kekayaan, bukan untuk mencari keredhaan Allah. Kerana itulah walaupun kaya hati tetap jauh dari Allah tiada mahu menambah ibadah dan takut ingin menyebut Allah. Buktinya cuba ditanya kepada mereka yang berjaya, bagaimana awak boleh jadi senang dan kaya macam ni?. Nescaya dia menjawab bekerja keras dengan usaha sendiri, nah itu tandanya hati sudah mati. Bagi orang beriman nescayalah dia akan menjawap ini semua dari Allah pemberian dari Allah, kerana saya berusaha dan bekerja kuat untuk mencari keredhaan Allah. Ingat ya rezeki itu milik Allah, dan kekadang dengan yang banyak itu adalah cara Allah untuk menambah kesesatan untuk kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment