Wednesday, 18 January 2017

ahlinya sahaja

Setiap ilmu pasti ada ahlinya, hanya ahlinya sahaja yang faham atas ilmu yang dia menjadi ahlinya. Yang bukan ahlinya nescaya tidak akan memahaminya. Maka jika kita bukan ahlinya jangan terburu nafsu meletak hukum atau tuduhan yang melulu, kerana perbuatan sedemikian akan menambah kejahilan diri kita.

Orang jahil akan memusuhi sesuatu perkara yang dia tidak ada ilmu tentang perkara tersebut. Jika kita tidak tahu dan tidak faham akan sesuatu perkara kerana kita bukan ahlinya, maka berdiam diri itu terlebih baik, dari bersuara penuh dengan fitnah dan tuduhan yang melulu.

No comments:

Post a Comment