Tuesday, 31 January 2017

tazkirah

*بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*

Membaca Sambil Mendengar
(Audio ada dibawah)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
> *Petikan Tausiah “Dan Bertaubatlah Sekalian Kepada Allah”*

> *Disampaikan oleh Al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz*

> *Diterjemahkan oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid*

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Didalam catitan amalan perbuatan kita tertulis banyak daripada amalan-amalan salah dan silap, dosa yang dilakukan oleh kita sendiri, yang kalau kita bertaubat kepada Allah pada malam hari ini akan dihapuskan oleh Allah. Tak cukup daripada itu, akan digantikan sebanyak dosa yang dihapus dengan kebaikan dari Allah.

Kalau dalam catitan amalan itu ada satu dosa saja, satu saja yang belum diampunkan oleh Allah, bagaimana anda akan berhadapan dengan Allah nanti? Bagaimana anda akan menghadap kepada Allah? Apa yang akan anda jawab kepadaNya kalau ditanya tentang dosa itu?

Kata seorang yang alim (orang yang alim mengatakan) kepada Allah SWT, Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Allah... Alangkah malunya aku untuk berhadapan dengan Engkau ketika aku berjumpa dengan Engkau walaupun Engkau ampunkan semua dosa aku. Maaf itu pemberian daripada Engkau wahai Allah kepada aku akan tetapi bagaimana aku nak menghadap dengan perbuatan dosa yang pernah ku lakukan.

Diantara kemuliaan taubat itu, Allah amat gembira kepada orang yang bertaubat kepada Allah, lebih daripada gembiranya seorang ibu ketika  setelah melahirkan bayinya itu. Lebih gembira daripada seseorang yang kehilangan barangan perbekalan dalam perjalanannya yang hilang lalu dijumpai (dia) gembira, Allah lebih lagi gembira dengan taubat hamba. Allah lebih gembira dengan taubat hamba lebih daripada seorang yang kehausan lalu jumpa air, Allah lagi gembira. Allah lebih gembira dengan taubat hamba lebih daripada semua yang disebutkan tadi.

Bagaimana anda melihat kepada Tuhan ini?  Bagaimana kita tidak mahu bertaubat kepada Allah? Bagaimana kita tidak mahu kembali kepada Allah. Engkau perlui kepada Allah. Engkau akan jumpa dengan Allah suatu hari nanti. Engkau akan diberdirikan dihadapan Allah nanti. Engkau akan disoal dihadapan Allah nanti. Persiapkan untuk semua itu disini untuk berhadapan nanti dengan Allah disana. Taubatlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Dengan penyesalan yang sungguh-sungguh. Dengan keazaman yang mantap untuk tidak kembali kepada maksiat itu.

Ya Allah kami mohon kepada Engkau untuk menerima taubat perbuatan dosa mata-mata kami. Sehingga mata ini tidak akan lagi nyaman melihat kepada perkara-perkara yang diharamkan selama aku ini hidup.

Jangan melihat kepada seorang muslim dengan pandangan hina. Jangan melihat kepada keduniaan dengan pandangan memuliakan dan mengagungkan kepada dunia.

Ya Allah terimalah taubat mata-mata kami ini, sehingga Engkau layakkan mata ini untuk menatap kepada wajah NabiMu nanti dihari kiamat, dan juga mata ini layak untuk melihat syurgaMu, dan untuk melihat kepada wajahMu yang Maha Mulia.

Ya Allah berilah taubat kepada pendengaran kami. Jadikan telinga kami ini tidak mahu untuk mendengar perkataan orang yang orang itu tak mahu kata-katanya didengar oleh kami. Dan jadikanlah telinga ini tidak mahu untuk mendengar alat-alat yang diharamkan, dan juga tidak mahu untuk mendengarkan lagu-lagu yang dibenci oleh Allah SWT. Dan jadikan telinga ini tidak mahu mendengar kepada ghibah, mengumpat dan juga kalimat-kalimat untuk mengadu domba orang lain. Sehingga telinga/pendengaran ini layak untuk mendengar kata-kata para NabiMu nanti. Sehingga pendengaran inipun juga dapat mendengar berita gembira daripada para malaikat yang membawa berita gembira ketika roh akan berpisah daripada kami. Dan telinga ini, pendengaran ini layak untuk mendengar firmanMu nanti dihari kiamat dengan maaf yang Engkau berikan kepada kami melalui pendengaran ini.

Sesungguhnya diantara hamba-hambaMu nanti dihari kiamat, ada golongan yang tidak melihat kepada Engkau dan tidak diajak berbicara oleh Engkau. Dan diantara hambaMu juga nanti yang akan diberdirikan dihadapanMu Ya Allah, ketika Engkau menyoal kepadanya Engkau jadikan penghalang kepadanya untuk tak seorang pun mendengar dan melihat soalanMu kepada hambaMu itu.

Maka akan diingatkan oleh Allah kepadanya, kamu ingat dahulu ketika didunia hari ini, jam ini, kamu berbuat seperti ini dan kamu bersembunyi daripada semua manusia. Kemudian ditalkinkan kepadanya akan hujah bukti yang kalau dia berbuat. Kemudian orang itu akan berkata kepada Allah, Wahai Allah Wahai Tuhanku bukankah Engkau ampunkan aku? Maka dijawab oleh Allah kepadanya, Ya! Aku ampunkan kepadamu, dan Aku tutup perbuatan dosamu didunia dan Aku pun tutup dosamu disaat ini, masuklah kamu kedalam syurga.

Ketika Allah menyeru kepada hamba itu untuk masuk kedalam syurga, dibuka tirai itu oleh Allah sehingga semua makhluk melihat kepada hamba tersebut dan mendengar firman Allah kepada hamba itu, bangkitlah kamu daripada sini dan masuklah kamu kedalam syurga.

Daripada rahmatMu Wahai Allah, Engkau tidak memperdengarkan kepada semua makhluk soalan-soalan kepada hamba itu, akan tetapi yang Engkau perdengarkan kepada semua makhluk adalah rahmatMu kepadanya.

***************************
Catitan semula dalam bentuk teks oleh Al-Faqir.

Mohon maaf sekiranya ada kesilapan. Sila share jika rasa bermanfaat.

*ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ مُحَمَّد*ٍ

*ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ*ٍ

#AAVC Whatsapp Group

No comments:

Post a Comment