Tuesday, 31 January 2017

kasturi

DARI MANAKAH ASAL USUL KASTURI INI ?
Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan
nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,"Sesungguhnya Allah swt telah
memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-
ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan
yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."
ABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab
Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab
Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan
lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan
vakut. (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.
BAGAIMANAKAH HARUMAN KASTURI KIJANG INI SMPAI DI DUNIA ?
Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa,
sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi,baginda telah diziarahi oleh seekor
kijang betina,lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari
syurga,dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi.
Pada hari ini,keturunan/nasab kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang
tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi (musk deer gland/
pods).
manusia memproses kasturi tersebut untuk dijadikan minyak wangi dan ubat-ubatan.
Kasturi daripada Kijang merupakan hasil daripada haiwan yang paling mahal di dunia.

No comments:

Post a Comment