*☘MENGENAL VIRUS AL-WAHAN☘*
➰π➰π➰π➰π➰
[1/27, 8:35 AM] +60 17-307 9639:
*Assalamualaikum..nk tanya..rindu pada kematian dengan takut pada kematian adakah sesuatu yang* ❓
*dan apakah al wahhan itu❓mohon pencerahan....*
[1/27, 8:59 AM]
π‘⚔πΌ⚔π‘Al-Uwaisy®™:
*"CINTAILAH KEMATIAN DAN MENGENALI ASAL KEJADIAN"*
(Misi Menghidupkan Cahaya Tasawuf Silam)
Ringkas Sahaja :
π±Bismillah - Wahai Insan yang beriman kepada hari akhirat ...
Hendaklah kamu mengenal apa itu "Kematian", jika kamu tidak mengenalinya maka kamu akan selalu *membenci kepadanya* dan selalu cuba dan 'berpura-pura' buat-buat lupa kepadanya.
Tetapi 'Kematianmu' selalu tidak lupa dan selalu "dia" merindui hari perjumpaan denganmu walaupun hakikatnya kamu memang terlalu membenci kepadanya.
π± Kenalilah "Kematian" ... Kerana "dia" adalah "kawan karibmu" yang paling setia kepadamu.
Dia akan selalu menemanimu walau kemana sahaja kamu pergi dan kunjungi.
Walaupun kamu selalu terlupa"kehadirannya", tetapi "Kematian" itu selalu tidak lupa akan kehadirannya di sisimu setiap saat dan waktu yang berlalu.
π± Kenalilah "Kematian" .... Kerana "dia" adalah saudara-mara yang paling rapat denganmu di dunia ini.
Selalu mengintai-ngintai pada setiap tapak langkah yang kamu aturkan kemana-mana ....
Dan"dia" juga selalu mengintai-ngintai di saat kamu sedang tertawa riang bersama sahabat taulan yang sedang berada di sisimu..
.. "kematian" mencemburuimu di saat kamu gembira riang itu kerana kamu membiarkan "dia" sendirian mengintaimu dari jauh "diluar sana."
π± Kenalilah "Kematian" .... Di saat malam hari, ketika kamu tidur di sisi tercinta.. "dia" menunggu dan menantimu diluar pagar rumahmu yang tersergam indah dan 'berkunci rapi' ...
.. tetapi "Kematian" tidak"kecil hati" kerana kamu mengunci pintu rumahmu yang dipagari besi ..
kerana "Kematian" itu adalah sahabat karib "maha gaib" yang bisa menembus besi-besi yang maha sakti.
π± Kenalilah "Kematian" .... Kerana "dia" adalah kekasihmu yang semakin hari semakin menghampiri.
Walaupun kamu cuba-cuba menjauhidarinya, tetapi semakin kamu jauh, "dia" semakin bertambah "DEKAT" kepadamu datang mendekati.
π± Kenalilah "Kematian" ...Walaupun Kelendar masa di komputer dan di dinding kamu undur setahun setapak kebelakang, tetapi Kematian "tetap" akan menuju pada arah yang sama - iaitu "kepadamu" tampa dia tersesat jalan ataupun tersalah langkah.
π± Kenalilah "Kematian" ... Kerana bila kamu"mengenali Kematian" sebenar-benarnya. Maka kebencianmu "kepadanya" akan bertukar kepada "kasih sayang" yang indah walaupun semua orang yang kamu "kenali" membenci akan kepadanya.
π± Kenalilah "Kematian" ... Kerana "dia" adalah PINTU MASUK kepada Istana TUHAN. Kerana Istana-Nya hanya mempunyai satu pintu masuk walaupun pintusyurga beribu-ribu..
.. tetapi pintu Istana Tuhan tetap satu ... itulah yang dinamakan pintu kubur melalui laluan sepi sebuah "Kematian".
Sekalipun kamu tidak mahu melaluinya ... Tetapi kamu tidak punya banyak pilihan untuk memilih.
π± Kenalilah "Kematian" ... kerana orang yang membenci kepadanya, bererti dirinya membenci "pertemuan" dengan TUHAN.
_Allah berfirman (Hadis Qudsi) hamba-Ku yang membenci mati samalah diamembenci BERTEMU dengan-Ku, maka Akupun membenci untuk BERTEMU dengannya."_
... Di benci Tuhan bererti "Binasa" dan "Celaka" diri.
Oleh itu *berlajarlah "Cinta" kepada saat "Kematian"* kerana itulah satu-satu JALAN 'orang-orang tuhan' mengenali Tuhan (makrifatullah dan Sunnah - ingatkan mati).
π± Kenalilah "Kematian" ... Kerana dia juga adalah pintu masuk kepada syurga-Nya.
Sekalipun kamu tidak mahu masuk, tetapi "Sahabatmu" ini akan tetap menjemputmu "pulang", sama ada secara terhormat, ataupun seperti apa yang diperintah Tuhan.
π± Kenalilah "Kematian" ... Kerana dengan "mengenal", kamu akan berlajar cinta kepadanya ...
Yang pahit akan dipandang indah seumpama buah durian, yang sakit dipandang dan dipegang tetapi enak manis rasanya -
.. dan ditanganmu "tidak punya banyak pilihan" untuk membuat pilihan - wassalam.
note : hiasi alam kuburmu saat ini dengan zikirullah, taubat nasuhah, jaga lidah, _jaga lintasan hati,_ dan jaga diri sendiri agar dirimupun turut "dijagai-Nya" - amin.
Kerumpunan Nusantara - Asia.
Isnin - 8:14am 13-January-2014. π
[1/27, 9:33 AM]
_*"Apa Itu Al-Wahhan??"*_
.. nikmat isi dunia, harta, isteri cantik, suami handsome, rumah indah, kekasih, kegembiraan duniawi, hal hal duniawi dll menyembabkan kita *cintakan dunia dan nikmat hidup di dunia fana ini*
.. maka inilah "Virus Qalbu Al Wahhan" yang mana bila hati telah cintakan *Nikmat Hidup* ..
.. maka kesannya kita akan terkena virus Wahhan *Bencikan Mati* atas kerana Kematian tu akan *memisahkan* diri kita dengan apa apa yang telah kita *Cintakan di dalam hati.*
Tetapi golongan Wali Wali Allah dan kaum Sufi _(Salik yang menguasai dan mengamalkan Tasawuf pada batin hatinya)_.. tidak anggap segala apa yang ada atas dunia ini *sebagai suatu "nikmat"* tetapi sebagai ujian daripada-Nya.
Maka mereka tidak mencintai "segala Nikmat Hidup" ini kecuali mengambilnya sekadar perlu semata.
Bila hati dididik *tidak mencintai segala nikmat hidup* .. maka penyakit virus Wahhan *mula beredar dari mengotori hati* para hamba hamba Allah.
.. Dan pada saat itu Allah akan *tanamkan pada hatinya* hal hal Cinta pada alam akhirat dan rasa *nikmat mencintai "Wajah Allah."*
Selagi penyakit al-Wahhan masih *mengotori permukaan hati,* maka selagi itulah seseorang hamba Allah itu atau salik *akan gagal* untuk mengenal Allah, apa lagi untuk mencintai Allah.
Orang yang masih cintakan nikmat nikmat duniawi dan kemahsyuran, nama, gelaran, pangkat, pujian, sanjungan manusia, maka selagi itu hatinya *tidak akan dapat* Mengenal dan Mencintai Allah.
Hati manusia cuma mempunyai satu ruang sempit sahaja. Jika _"ruang qalbu"_ tersebut telah di isi dengan ke-Cinta-an pada Nikmat Duniawi, maka *Cinta Allah tidak akan berputik di ruang hati tersebut*
itulah "Wahhan" yang menyebabkan manusia Butakan Tuhan.
Gagal mencintai pada perkara yang Haq (yakni Allah) bilamana hati hati manusia telah *"tersalah memilih" CINTA* _(Wahhan Cintakan Duniawi dan Takutkan Mati dan Tidak Cintakan Allah SWT)_
_Diri Kitalah tu .._
_Ada ilmu Tasawuf sahaja tidak menyebabkan Wahhan hilang dari hati. Sedangkan fungsi utama ilmu Tasawuf Sufiyah itu adalah bagi *membasmi dan mematikan (matikan diri)*_ dari penyakit Wahhan-Wahhan yang masih mengotori permukaan hati.
Lawan kepada penyakit "Al Wahhan" ini adalah "Zuhud" iaitu mendidik diri dan nafsu agar tawar hati pada nikmat duniawi yang fana ini.
Maka ilmu Tasawuf tu wajib diamalkan pada hati Syariat pula pada jasad ..
.. ia _(Tasawuf itu)_ bukan ilmu yang _Copy&Paste_ semata tapi tidak melekat pada hati .. memiliki ilmu semata tiada faedahnya jika pada *batin hatinya masih bernajis _muhalazah "al Wahhan"_ dan lain lain sifat tercela yang dibenci oleh Allah SWT.*π±
_*"JIHAD MENGUASAI TASAWWUF"*_
_*MATILAH KAMU SETELAH HATI KAMU MENGUASAI ILMU TASAWWUF*_
_*INILAH PERJALANAN WALI WALI DAN NABI SAW.*_
PMS®Riau Nusantara Asia.
_(Jumaat/27/January/2017)_
No comments:
Post a Comment