Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
20.01.2017
Disalin oleh ustaz Kassim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Memindahkan dan menunda amalan apabila setelah selesai kesibukan adalah tanda kurang aqal....
Apabila seorang bercampur dan kesamaran dalam sesuatu hal dalam pekerjaan dunia dan sibuk dengan dunia menegah dan menghalangnya daripada amal akhirat....
Tanda kurang aqal seseorang manusia itu adalah menunda dan menangguh amal akhirat kerana menunggu selesai pekerjaan dunianya
Firman Allah:
Betapa mereka itu melebih dan mementingkan kehidupan dunia sedangkan kehidupan akhirat itu lebih baik dan kekal....
Melambat2 amal akhirat itu sehingga selesai kerja dunia akan menjadi bertambah sibuk sehingga ajal datang
Mereka sibuk dengan perkara yang nampak dimata kepala dan tidak sibuk dengan perkara yang tidak nampak dimata....
Kebiasaan orang yg menangguh amal itu bila selesai kerja dunia akan bertukar niat dan terpengaruh dengan bisikan nafsu dan syaitan
Ada orang menggunakan dalil tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah untuk tidak beramal dan buat maksiat.... Itu adalah tipudaya yg besar....
Kata Syeikh Junaid ....
Jangan kamu condong dan cenderung kepada nafsumu meskipun dalam berbuat taat sekalipun
Kata Syeikh Abu Hasan ra....
Jangan engkau tunda dan akhirkan amal taat nescaya akan disiksa dengan luput amal taat
Jangan engkau meminta Allah agar mengeluarkan engkau daripada sesuatu hal atau maqam tapi tunggulah sehingga Allah mengeluarkan pada masa yang dikehendaki Nya
Jangan pilih untuk kita, tapi biarlah Allah pilih untuk kita kerana Dia Maha Tahu apa yang baik untuk kita....
Kata Syeikh kita....
Ada cerita setengah orang berkata alangkah baiknya jika aku meninggalkan asbab dan usaha.... dan diberikan kepadaku dua keping roti dan dapatlah rehat aku dan dapat beribadah kepada Tuhan ku....
Akhirnya dipenjara aku dan diberikan dua keping roti.... lalu berfikir ia....
maka dikatakan kepadaku.
.. itulah apa yang kau kehendaki.. kau tidak minta afiat tapi kau minta 2 keping roti... lalu aku tersedar dan beristighfar kepada Allah atas kesalahanku.. lalu terbukalah pintu penjara..
Jangan tukar dan pindah dirimu dalam sesuatu hal, tapi tunggulah dengan sabar sehingga Allah yg menukarkan dirimu....
Selagi ada pilihan dan kehendak mu, selagi itu tiada datang pertolongan Allah
Tiada berkehendak cita2 orang yang berjalan kepada Allah itu berhenti bila dibukakan kepadanya ilmu, alam ghaib dan rahsia2 melainkan akan terus berjalan sehingga sampai kepada Allah...
Akan diserukan kepadanya..
Jangan engkau berhenti, apa yang engkau tuntut itu ada dihadapan...
Kata Syeikh Abu Hassan al Sazali...
Ketahuilah oleh mu bahawasanya apabila engkau kehendaki apa yg dimiliki oleh sekelian aulia Allah maka lazim olehmu dengan meninggalkan manusia melainkan orang yang menjinakkan dan membawa dirimu hampir kepada Allah dengan isyarat yang betul dan amal yg thabit yang tidak bercanggah dgn kitab dan berpaling daripada dunia
Berpaling daripada dunia dan zahid dalam segala manusia dan dirikanlah olehmu serta Allah dengan muraqabah dan lazimkan oleh mu akan taubat dan byk istighfar dan inabah dan khuduq bagi segala hukum dengan istiqamah
Lazimkan dengan sentiasa memandang bahawa tiada ada sesuatu melainkan semuanya itu Allah....
Selagi rasa ada diri selagi itu tidak suci daripada syirik...
Sentiasalah istighfar dan mencela dan menentang nafsu mu agar dapat keluar syirik
Tinggalkan dan keluar lah kamu daripada dirimu dan membantah2 dengan Allah. kembalilah kepada Allah dan serahkan dirimu kepada kehendak Allah dengan meninggalkan kehendakmu...
Jadikanlah dirimu hamba Allah yang dimiliki dan tiada kuasa
Sesungguhnya Allah itu atas sesuatu Maha Berkuasa
Jangan engkau kufur dengan nikmat dan kurniaan Allah yg berupa karamah dan perkara yang mencarik adat, itu adalah fitnah dan ujian Allah kepada mu.. jangan berpaling daripada Nya dan tetaplah atas jalan Allah
Selagi ada himmah mu dan kehendak mu maka semakin jauh perjalanan mu dan belum sampai kepada Allah
Setelah hapus dan tiada kehendak mu maka sampailah kepada Allah
Katakanlah tiadalah aku tuntut dan kehendak sesuatu malainkan aku tuntut akan Engkau ya Allah
Perkara yg mencarik adat itu biasanya menjadikan diri mulia dan lupa Allah... sedangkan celaan orang itu menjadikan hina dan kembali kepada Allah.. itu lebih baik ..
Kata Syeikh Abu Abdullah Al Qarsi ra ..
Barangsiapa yang tidak benci dengan perkara2 yang ajaib dan mencarik adat
Barangsiapa yang tidak benci pada perkara yg mencarik adat seperti benci zahir maksiat itu petanda terhijab daripada al Haq dan tertutup daripada rahmat
Menuntut dan meminta atau berdoa kepada Allah itu adalah menzahirkan keberhajatan kepada Allah dan menzahirkan kefaqiran dan kehambaan kepada Allah serta untuk mendirikan haq rububiyyah
Sesungguhnya Allah itu tidak pernah hilang dan sesungguhnya Allah itu adalah tersangat hampir..
Sesungguhnya Allah itu tidak ada hijab .. tapi yang menghijabkan dirimu dengan Allah adalah lupa dan lalai mu dengan Allah
Menuntut kepada yang lain itu menunjukkan wujudnya hijab dirimu dengan Allah
Meminta dengan selain Allah itu menunjukkan masih ada yg lain yg dapat memberi bekas..
Tuntut itu adalah empat perkara..
1. Tuntut daripada Allah..
2. Tuntut baginya.
3. Tuntut bagi lain Nya
4. Tuntut daripada lain Nya
Orang yang hampir dengan Allah tiada lah mereka menuntut kepada sesuatu melainkan meminta mereka dengan Allah
Tiada mereka menuntut melaikan untuk berbuat ibadah, menzahirkan faqir dan menunaikan perintah Allah yg menyuruh kita meminta kepada Nya..
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..
آمين يارب العالمين
والله اعلم
No comments:
Post a Comment