SOALAN;
saya inginkan pencerahan tentang ayat ini
Barang siapa berfekah (syariat) dan tidak bertasawuf maka dua, jadi fasik..
Barang siapa berfekah (syariat) dan tidak bertasawuf maka dua, jadi fasik..
Barang siapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa fekah maka dia adalah kafir zindik..
Barang siapa yang menghimpunkan keduanya (syariat dan hakikat) itulah mukmin sejati..
tolong tuan, bagi pencerahan.
JAWAPAN;
Inilah kepentingan yang telah selalu dimuzakarahkan di sini iaitu dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid seperti mana firman Allah
Seperti yang difirmankan oleh Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Jalan-jalan membawa maksud kepada torikat..
Hakikat dan makrifat adalah tempat yang hendak dituju iaitu iktiqad tauhid dan makrifatullah.
Sedangkan syariat dan torikat adalah jalan yang perlu dilalui oleh setiap seorang yang ingin menuju kepada hakikat dan makrifat iaitu iktiqad tauhid dan makrifatullah..
Merasa ada diri sendiri dan tenggelam di dalam rasa ada diri sendiri dengan sebulat-bulat perasaan adalah merupakan syariat
MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA KETIKA RASA PERASAAN SEDANG TENGGELAM SEBULAT-BULATNYA DI DALAM RASA ADA YANG SEDANG DIRASAI SEPERTI DI DALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
76.Surah Al-'Insān (Verse 25)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu, pada waktu pagi dan petang;
Dengan malaksanakan firman Allah seperti di atas kita sedang melakukan penyaksian.
PENYAKSIAN BERLAKU KETIKA KITA SEDANG MERASA APA YANG SEDANG DI RASA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN
Setelah mengadakan penyaksian maka sebutlah Allah sebanyak-banyaknya...
Menyebut Allah sebanyak-banyak ketika rasa perasaan sedang tenggelam sebulat-bulat di dalam rasa ada yang bukan dirasakan sebagai ada diri sendiri dan bulan juga yang dianggap sebagai ada Allah (KAEDAH ADAKAN PENGAKUAN YANG ADA ALLAH ADALAH ADA ALLAH) adalah jalan atau torikat (bermula menyebut dengan lidah, berpindah kepada menyebut dengan hati seterusnya sampailah kepada Allah yang menyebut Allah)
Ini dapat dilakukan mengikut seperti mana sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali rodziallah hu'an hu bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
Setelah dapat merasa ada Allah, inilah HAKIKAT.... (Ada yang tadinya dirasa sebagai ada diri sendiri, setelah diakui sebagai ada Allah hanya dengan cara tenggelamkan rasa ada (yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat ada diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai ada Allah) yang sedang dirasa dengan sebulat-bulat perasaan di dalam masa yang sama sebut Allah sebanyak-banyaknya).
Teruskan praktikal seperti di atas sehinggalah diberi hidayah dan petunjuk dari Allah sampai kepada Allah yang sedang merasa ada Allah (terlaksana sudah ungkapan yang selalu diucapkan iaiat AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHAN AKU)
Keadaan Allah sedang merasa ada Allah inilah MAKRIFAT...
Mengaplikasikan firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Ke dalam kehidupan seharian adalah satu latihan yang membawa kepada terhimpunnya syariat, torikat, hakikat dan makrifat.
Dengan melakukan kaedah seperti yang telah difirmankan oleh Allah seperti di atas ke dalam kehidupan seharian dengan sendirinya telah menyatu-padukan di antara syariat, torikat, hakikat dan makrifat...
SYARI'AT TORIKAT HAKIKAT DAN MAKRIFAT
Iman, islam, tauhid dan makrifat
Islam, iman dan ikhsan
Fekah, usuluddin dan tasawuf...
Inilah asas perjalanan yang perlu ditempuhi si sufi..
Setiap Rasulullah adalah seorang nabiyullah setiap nabiyullah adalah seorang waliyullah (aulia), setiap waliyullah adalah seorang sufi, setiap sufi seorang makrifatullah, setiap seorang makrifatullah adalah seorang tauhid (yang sentiasa mengesakan Allah),setiap seorang tauhid adalah seorang yang beriman, setiap seorang beriman adalah orang islam..
Setiap sufi mesti bermula dengan islam (seorang yang sentiasa berserah diri kepada Allah - seorang yang mukhlisin - seorang yang tidak mampu dihasut oleh iblis),
Syariat, torikat, hakikat dan makrifat adalah merupakan peningkatan perjalanan dari satu peringkat ke satu peringkat yang berasaskan kepada islam (terkandung fekah, usuluddin dan tasawuf - yang berkait di antara satu sama lain - sebenarnya islam adalah keseluruhan hidup yang mengikut fitrah Allah (sunatullah dan sunatu rasul)...
Orang islam adalah orang yang akan menjalani satu perjalanan menuju kepada peringkat sufi (tidak ada perbezaan fahaman)
Di antara syariat, torikat, hakikat dan makrifat, tidak ada perbezaan fahaman dan pegangan tetapi merupakan peningkatan fahaman dan pegangan dari syariat meningkat kepada torikat, berpindah tingkatan kepada hakikat dan seterusnya mendapat makrifatullah) setelah mencapai peningkatan kepada makrifatullah barulah orang itu termasuk ke dalam golungan sufi.. Ianya berlaku peningkatan di dalam setiap diri seseorang bukan perbezaan pendapat di antara individu lain dengan individu lain)
(bukan perbezaan fahaman terbahagi kepada fahaman orang syariat, fahaman orang torikat, fahaman orang hakikat, fahaman orang makrifat)
Fahaman dan pegangan yang sama iaitu yang berasaskan kepada awal agama mengenal Allah yang mula dirasai oleh tubuh badan sendiri, meningkat kepada kesedaran pada hati, meningkat kepada kesedaran roh, meningkat kepada kesedaran rahsia (Allah) iaitu Allah yang sedang mengenal Allah..
Orang-orang sufi adalah orang-orang yang mengalami peningkatan dari satu peringkat ke satu peringkat maksudnya ianya diangkat oleh Allah, bukan kita yang melabelkan ini orang syariat, ini orang torikat, ini orang hakikat, ini orang makrifat dan ini orang sufi...
Kebanyakan pandangan pada hari ini melabelkan orang yang mendalami di bidang fekah dikategorikan sebagai orang syariat, orang yang mendalami di bidang usuluddin (tauhid) dilebelkan kepada kategori orang hakikat, manakala orang yang mendalami di bidang tasawuf dikategorikan sebagai golongan orang makrifat dan sufi...
Sebenarnya islam itu merangkumi keseluruhan hidup yang berpandukan kepada pembahagian muktahir fekah, usuluddin dan tasawuf yang mana ketiga-tiga mempunyai rantai ikatan yang tidak putus di antara satu dengan yang lain, bukan membawa kepada perbezaan fahaman dan pegangan..
Mana mungkin islam membawa fahaman yang berbeza di antara syariat, torikat, hakikat dan makrifat..
Jadi orang islam yang membawa syariat, torikat, hakikat dan makrifat secara seiringan akan meningkat dari satu peringkat kepada satu peringkat...
Kita tidak akan sampai kepada kumpulan atau kaum sufi selagi kita tidak menjalani dan menempuhi peningkatan dari syariat, kepada torikat, kepada hakikat yang berterusan kepada makrifat..
Perbezaan pendapat adalah kerana kesilapan kita melabelkan sendiri ini orang syariat, ini orang hakikat, ini orang sufi dan lain-lain lagi..
Bagaimana nak kembali kepada asal, ini adalah peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu untuk beralih pandangan masing-masing..
Bermula islam itu dagang dan akan kembali dagang...
Adakah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhan dan dia di sesatkan Allah, kerana mengetahui tentang kejahatan hatinya. Lalu ditutup oleh allah pendengarannya dan mata hatinya dan dijadikan pula tutupan di atas pemandangannya
Siapakah orang yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan?
Sebelum kita mengenali siapakah mereka yang mengambil hawa nafsu sebagai tuhan sebaiknya terlebih dahulu kita mengenali apakah sebenarnya hawa nafsu?
Hawa nafsu ialah sifat keakuan diri, di mana asasnya seseorang itu mengaku yang dirinya ada memiliki atau mempunyai sifat yang wajib bagi Allah ke atas dirinya..
Sedangkan kita tahu yang Allah itu bersalahan bagi segala yang baharu di mana membawa maksud hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat yang wajib bagi Allah dan selain dari Allah memiliki sifat yang mustahil bagi Allah...
Bagi sesiapa sahaja yang rasa memiliki dan mempunyai sifat yang wajib bagi Allah ke atas dirinya maka ialah yang berpegang dengan hawa nafsunya, dialah yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan, selain dari Allah...
Untuk itu marilah sama-sama kita menilik diri kita sendiri samada kita bertuhan kepada Allah atau kita termasuk ke dalam golongan yang menjadikan hawa nafsu kita sebagai tuhan....
Kalau kita termasuk ke dalam golongan ini, kita juga akan menerima kesan seperti yang diterangkan pada ayat di atas..
"dan dia di sesatkan Allah, kerana mengetahui tentang kejahatan hatinya. Lalu ditutup oleh Allah pendengarannya dan mata hatinya dan dijadikan pula tutupan di atas pemandangannya"
Perkongsian dari FB Tuan Iktiqad Tauhid
No comments:
Post a Comment