Tuesday, 3 May 2016

Tasawuf solat

Enam perkara yang perlu kita lakukan untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat:

1. Hudhur al-Qalbi : iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat. Kita hendaklah membuang dari hati segala yang tidak ada kena mengena dengan solat. Hati hanya fokus kepada perbuatan dan perkataan dalam solat.

2. At-Tafahhum : iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan. Menurut ulama, cara berkesan untuk memahami setiap patah perkataan dalam solat ialah dengan mempelajari bahasa arab. Sekurang-kurangnya kita belajar memahami bacaan dalam solat pun sudah memadai.

3. At-Ta'zim : iaitu merasa kebesaran Allah dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah. Siapalah kita dibandingkan Allah. Semua yang kita ada adalah milik Allah.

4. Al-Haibah : iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan seksaanNya. Bayangkan kalau kits dihumbankan ke dalam neraka Allah, agak-agaknya adakah kita mampu menahan seksaanNya.

5. Ar-Raja : iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah. Kita tidak boleh sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah. Walaupun kita pernah melakukan dosa dan maksiat, kita tetap diberi peluang untuk bertaubat. Buktinya kita tetap dapat nikmat Allah walaupun kita tidak sempurna melakukan ibadah kepada Allah.

6. Al-Haya' : iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

~Imam al-Ghazali~

No comments:

Post a Comment