Thursday, 5 May 2016

lawak

Pada awal bulan lalu, disebuah kawasan bandar pinggir Yunnan bersempadan Myanmar, telah diadakan pertandingan terjun ke dalam kolam yang dipenuhi buaya di mana penganjur menyediakan ganjaran lumayan iaitu 1 juta Yuan bersamaan RM615K..
Tiada seorang pun yang berani terjun menyebabkan hadiah dinaikkan ke 1.2 juta Yuan(RM740k), namun masih belum ada yang berani 'menggadaikan' nyawa mereka.
Kemudiannya, wang hadiah telah dinaikkan kepada 2.6 juta yuan(RM1.6juta), tiba-tiba ada seorang lelaki berumur linggungan 40an telah terjun ke dalam kolam berkenaan.
Orang ramai mula bersorak dan bertepuk tangan... buaya yang terkejut terus meluru ke arahnya.. lelaki itu dilihat dengan keadaan cemas telah cuba berenang menyelamatkan diri ke tebing kolam dengan kuakkan air yang cukup pantas...cukup pantas seperti seekor lipas kudung untuk menyelamatkan diri dari buaya dan akhirnya berjaya naik ke tebing simen setinggi 1 meter lebih...
Sampai ditepi kolam, orang ramai mula bertepuk tangan dan bersorak meraikan lelaki berkenaan. Penganjur terus merapati beliau dan bertanya kepadanya apa perasaan beliau apabila memenangi wang tunai 2.6 juta yuan..
Lalu beliau menjawab dalam keadaan termengah2 letih.. "Saya tidak mahu tahu pasal hadiah, saya hendak tahu siapa yang tolak belakang saya tadi sampai terjatuh dalam kolam tu, nasib tak kena baham dengan buaya...Bo*oh!!."
KAH! KAH! KAH! KAH!

No comments:

Post a Comment