Wednesday, 11 May 2016

hakikat?

SESI SOAL JAWAB BERSAMA FOLLOWERS PAGE
SOALAN
benar apa yang tuan2 semua tulis. Cuma kita kena ceritakan juga pahala dan dosa ataupun syurga dan neraka kerana Rasulullah SAW yang lebih tinggi martabat dari kita pun mengkhabarkan perkara yang sama kepada kita. Manusia tidak akan tahu perihal syurga dan neraka sekiranya bukan Rasulullah SAW yang khabarkan.
Jadi dalam hal-hal keilmuan ini biarlah kita berlapang dada untuk bermuzakarah, kerana ilmu yang kita perolehi ini pun datangnya dari Rasulullah SAW juga
JAWAPAN
Benar syurga, neraka dan pahala itu, sebenar manapun syurga, neraka dan pahala, hendaklah kita letak pada tempat yang paling terkebelakang bukannya mendahului Allah. Semua mahu syurga dan pahala dan takutkan neraka. saya pun takut neraka dan mahukan syurga, apa yang saya ajar, adalah meletakkan syurga dan pahala dan neraka itu, pada nombor 67 dan mari kita letak Allah pada tempat yang pertama!
Saya tidak pernah berkata yang kita tidak perlu kepada syurga. tetapi hendaklah letak syurga neraka itu pada nombor 67. Kadang2 kebanyakan kita, selalu tersalah tanggapan terhadap karangan saya, kerana tidak baca dari mula.
Mereka hanya baca untuk tebuk sana dan tebuk sini, maka jadilah sebagaimana yang tuan agak itu. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi pendapat secara baik dan berfatonah.

No comments:

Post a Comment