Monday, 2 May 2016

hakikat mim

Apakah Maksud Alif, Lam, Mim ?
Tiada yang Wujud selain Allah !
Terjemahan MIM
Huruf mim itu, adalah huruf yang memberi pengertian kepada maksud maujud (yang dijadikan) iaitu maujud Nur Muhammad. Mim itu, untuk memberi faham kepada kita bahawa yang hendak kita nafi, yang hendak kita buang dan yang hendak kita tolak itu, adalah perkara maujud (perkara yang dijadikan).
Apa-apa yang maujud atau apa-apa yang dijadikan itu, hendaklah kita buang, kita nafi dan hendaklah kita tolak. Biar Allah sahaja yang ujud, wujud dan maujud!. Segala selain Allah itu, hendaklah kita sucikan, bersihkan, buangkan dan perhilangkan dari pandangan atau buang dari iktikad !.
Dengan bahasa lain, hendaklah kita buang segala bayang (maujud) biar yang tinggal itu, adalah semata-mata tuan yang empunya bayang. Sekalipun kita terlihat bayang, sesungguhnya bayang itu, tidak boleh berdiri sendiri tanpa tuan yang empunnya bayang. Bayang (maujud) sebenarnya tidak ada, yang ada itu, itu adalah juga tuan yang empunya bayang!. Mim itu, adalah membawa maksud makhluk (maujud).
Setelah kita nampak Allah (huruf alif) dan setelah kita nampak la atau nafi (huruf lam). Mari kita lihat huruf mim, iaitu yang membawa maksud maujud. Apa yang hendak kita buang atau yang hendak kita nafikan dalam huruf min itu, adalah membuang segala yang maujud iaitu membuang atau menolak segala makhluk!. Itulah maksud atau pengertian huruf mim.
Sheikh al Islam

No comments:

Post a Comment