Monday, 2 May 2016

hakikat alif

Apabila Digabungkan ALIF, LAM, MIM
Bilamana kita gabungkan ketiga-tiga huruf alif, lam, mim bererti kita gabungkan perkataan Allah, la dan maujud dan jika kita terjemahkan lagi perkataan Allah, perkataan la dan perkataan maujud, maka jadilah perkataan itu seperti berikut;
"Allah itu, tidak ada maujud yang lain selain Allah!."
Jika kita tinggikan sikit lagi maksud alif, lam, mim, ianya membawa maksud, “La Maujud Bil Haqqi Ilallah” (tidak ada yang maujud selain Allah).
Bilamana kita tahu yang tidak ada lain selain Allah, jadi barulah kita boleh mulai baca ayat-ayat suci Al-Quraan, kerana pada setiap patah ayat yang kita baca itu, jangan sampai tertilik kepada selain Allah!. Sedari awal lagi Allah telah memberi peringatan kepada kita semua bahawa, bilamana kita membaca ayat atau kalam Allah (Al-Quraan) hendaklah jangan sampai kamu terlihat kepada yang lain selain Aku (Allah).
La maujud bilhaqqi ilallah, jangan kita pandang ujud yang lain selain ujud Allah. Setelah kita nampak segala-galanya adalah Allah, barulah kita boleh baca Al-Quraan!. Selepas kita tahu segala-galanya itu adalah Allah, makanya sebutlah, katakanlah, dan lafazkanlah apa yang hendak kita sebut, apa yang hendak kita kata dan lafazlah apa-apa yang hendak kita lafaz, sesungguhnya semua apa yang kamu kata, kamu ucap dan segala apa yang kamu lafazkan itu, itulah Aku (Allah). Setelah segala-gala ayat itu menjadi Allah, maka itulah Allah dan itulah kalamNya!. Allah dan kalam Nya itu, tidak lain dari Allah jua.
Seumpama yang menilik itu, adalah juga tuan dengan yang ditilik!. Begitulah ayat-ayat atau kata-kata Allah itu, tidak lain dari Allah jua. Untuk itu, bacalah apapun isi kandungan didalam quraan itu, itulah Allah, Allah dan Allah…
Bermulalah dengan huruf alim, lam, mim iaitu bermulalah dengan Allah, nafi, maujud. Setelah kita menafikan sekalian yang maujud (sekalian yang dijadikan), maka disitulah akan kita terlihat, terpandang dan tertilik Allah pada setiap ayat yang kita baca. Untuk itu bacalah, bacalah dan bacalah, bahawa setiap apa yang kamu baca itu, itulah Aku, Allah, Allah dan Allah…
‘LA MAUJUD BILHAQQI ILALLAH” ingat itu, itulah maksud, erti dan makna huruf alif, lam, mim…
Sebelumnya Mari Kita Belajar Erti “Ingat kepada Allah”
Dalam menterjemah kalimah alif, kita tidak boleh lari dari mengetahui konsep “ingat”. Jika tuan-tuan tidak tahu untuk menterjemah perkara “ingat kepada Allah”, maka tidaklah tuan-tuan akan dapat menterjemah perkara alif. Sebelum saya menghuraikan persoalan bab kalimah alif, saya minta tuan benar-benar tahu, faham, mengerti dan betul-betul menghayati perkara “ingat”!.
Kiranya kita tidak faham konsep “ingat” kepada Allah, tidaklah dapat kita mentafsir kalimah alif. Alif itu, adalah bertujuan bagi menterjemah perkara “ingat kepada Allah”.
Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat selain dari Allah. Setelah tidak lagi ingat kepada selain Allah, barulah kita itu, dikatakan ingat kepada Allah. Setelah ingat kepada Allah, barulah dibolehkan untuk kita membaca 6666 ayat-ayat Allah. Itu sebabnya bermula ayat Al-Quraan itu dengan huruf alif, lam, mim!
Persoalan disini, bagaimana nak ingat Allah?. Barang siapa yang tidak tahu cara-cara untuk ingat kepada Allah, maka tidaklah mereka itu tahu untuk mentafsir alif, lam, mim dan bilamana tidak tahu mentafsir huruf alif, lam, min, maka tidaklah dikatakan ingat kepada Allah!
Sembahyang, hendaklah ingat Allah. membaca Quraan, hendaklah ingat Allah. Syahadah, hendaklah ingat Allah, Begitu juga semasa kita mengerjakan ibadah puasa, zakat, haji, umrah, sedekah, zikir, bekerja, dan sebagainya itu, hendaklah kita dalam keadaan ingat Allah!
Sama ada dalam keadaan sedang melangkah berjalan, berfikir, tengah makan, sesudah makan, menonton televisyen, pekerjaan jual beli, belajar, buat kerja dan sama ada didalam waktu sedang tidur sekalipun, kita hendaklah “ingat” kepada Allah. Sekiranya sedang sembahyang dan sedang membaca Al-Quraan pun kita tidak boleh ingat kepada Allah, apalah erti sembahyang dan apalah erti membaca Quraan?
Sheikh al Islam
LikeShow More Reactions

No comments:

Post a Comment