PENGHUJUNG DESTINASI MAKRIFAT
Mereka yang berjaya sampai kepada tahap makrifat itu, adalah mereka-mereka yang telah mencapai makam atau tingkatan ilmu kerohanian yang tertinggi. Tahap atau makam ilmu makrifat yang tertinggi itu, adalah tahap pencapaian atau tahap persinggahan ilmu pada garis penamat yang penghabisan dan terakhir. Inilah yang dikatakan pencarian di penghujung tujuan.
Ucapan, perasaan atau pengakuan qalbu dihujung pencarian itu, adalah qalbu yang meluap, pecah dan meletup dengan ucapan “la haulawala quwwatailla billahhil aliyil azim” (tiada daya upaya kita, melainkan segalanya dari Allah). Perkataan yang lahir dari pandangan qalbu itu, tidak lagi boleh menurut pengertian akal. Bilamana pengertian qalbu, tidak lagi dapat dibaca oleh akal itu, maka lahirlah perkataan “aku tidak ada”.
Bahasa pengakuan hati atau bahasa pengakuan qalbu yang makrifat kepada Allah Taala itu, tidak lagi boleh berdalil, bersandar, berpaut atau bergantung lagi pada akal!. Segala ikhtiar atau usaha akal kita itu, sesungguhnya sudah berakhir, binasa dan karam kerana tenggelam dalam lautan makrifat Allah. Inilah yang dikatakan penamat, penutup dan ibu segala ilmu!.
Sekiranya tuan-tuan lalu di tepi sungai, saya minta tuan-tuan kutip seketul batu dan campakkan ia kedalam sungai yang dalam. Saya mahu bertanya, apakah lagi yang tuan-tuan nampak dan apakah lagi yang terlihat, cuba jawab?
Begitulah dalil dan contohnya jika diri kita, kita tengelamkan atau campakkan ke dalam dasar lautan makrifat!.
Makrifat (mengenal Tuhan) itu, adalah tauhid. Tauhid itu, adalah hijrah akal menuju qalbu dalam mengesakan Allah!. Hijrah akal menuju qalbu, itulah intipati ilmu makrifatullah. Hijrah akal menuju qalbu itu, adalah hijrah jahil kepada alim. Hijrah akal kepada perbicaraan qalbu para-para arifin billah itu, membawa kita kepada ilmu mengesakan Allah (penutup segala ilmu).
Hijrah akal kepada makam qalbu inilah yang menyebabkan arifin billah seperti Dzunnum Al-Misri, Al-Junaid Al-Baghdadi dan Al-Hallaj dihukum bunuh. Tidak kurang pula di tuduh ilmu salah, kafir, sesat dan zindik.
Admin Ana al Haq
No comments:
Post a Comment