Friday, 6 May 2016

hakikat makrifat

MAAF ANDAINYA SAYA KETERLALUAN
Kebanyakan dari ulamak kita, tidak ramai yang didedahkan dengan pengajian ilmu makrifat (ilmu rohani). Ketidak pakaran dalam ilmu makrifat itu, bagaimana mungkin mereka boleh menghukum ulamak-ulamak yang mengajar ilmu makrifat itu, sesat atau salah?. Jika sekiranya pihak ulamak feqah mendakwa yang mereka juga memiliki kepakaran dalam bidang ilmu makrifat, cuba jelas dan terangkan kepada kami, di manakah sekolah, di manakah pondok atau di manakah pusat-pusat pengajian tinggi yang mengajar ilmu makrifat. Mari kita tanya ulamak feqah, dimana mereka belajar ilmu makrifat, supaya kita juga boleh dengan beramai-ramai turut serta menuntut di tempat yang didakwa!.
Cuba ........ jawab pertanyaan ...... secara jujur dan secara ikhlas, selama tuan-tuan hidup dan tinggal di bumi Malaysia ini, pernahkah kita jumpa pusat-pusat pengajian ilmu makrifat?. Sama ada berupa pengajian pondok, pak guru, pak ustaz atau pusat-pusat pengajian tinggi yang mengajar atau yang menyediakan bidang pengajian makrifat?. Sedangkan tidakkah kita tahu yang bidang ilmu makrifat itu, adalah bidang ilmu yang wajib, bidang ilmu fardhu ain (suatu bidang ilmu yang wajib) bagi setiap umat yang bergelar Islam!. Tidakkah tuan-tuan tahu, apakah itu ertinya wajib?.
Ulamak feqah selalu menuduh ilmu makrifat itu sesat, salah dan sebagainya. Di sini saya ingin bertanya, yang dikatakan ilmu makrifat itu sesat atau salah itu, apakah ulamak feqah pernah menuntut ilmu makrifat?. Sekiranya jawapan memihak kepada belum, bagaimana tuan-tuan feqah boleh menuduh sesat?.
Fakta atau kenyataan sesat yang tuan-tuan feqah bawa itu, dari mana asasnya dan di mana ulamak-ulamak feqah, belajar atau beguru ilmu makrifat, sehingga dapat menuduh sesat?. Saya sebagai pengarang ilmu makrifat yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya tidak pernah jumpa ada pusat pengajian ilmu makrifat, guru atau sekolah ilmu makrifat, baik di dalam negeri mahu pun di luar negara!. Dengan berbekalkan ilmu syariat, ilmu feqah atau dengan berbekalkan dengan ilmu akal, apakah layak tuan-tuan feqah menuduh, menangkap dan menghukum golongan makrifat, sebagaimana yang berlaku kepada pentadbiran-pentadbiran terdahulu?.
Namun pesan dan nasihat saya kepada para arifin billah sekalian yang ada, terutama kepada yang memperjuangkan ilmu makrifat, hadapilah kenyataan pemerintah dan golongan feqah hari ini dengan tabah dan jangan sekali-kali berputus asa. Kayu ukur atau tanda aras pentadbiran ulamak atau pemerintah yang ada pada dunia hari ini, untuk menghukum adalah melalui bacaan ilmu akal (hukum feqah). Mereka tidak sekali-kali memandang pada bacaan ilmu rohani (Ilmu Makrifat). Mereka tidak faham apa itu makrifat! (diri yang fana’, diri yang lebur, diri yang baqa’ atau diri yang karam dengan Allah!).
Bila mana tidak faham dan tidak arif dalam bidang ilmu fana’ atau ilmu baqa’, mana mungkin golongan yang berilmu feqah itu dapat menyelami ilmu makrifat!. Bila mana tidak faham ilmu makrifat, itulah makanya tuduhan demi tuduhan mereka lontarkan kepada pengamal ilmu makrifat!. Mereka itu, hanya berpandukan kayu pengukur ilmu feqah, untuk menghukum dan menuduh kesesatan ilmu makrifat. Yang menjadi mangsa ulamak feqah itu, adalah orang-orang yang berilmu makrifat. Itulah makanya golongan makrifat itu, selalu dituduh sesat dan selalu dipandang salah di mata golongan ahli feqah.
Sistem pendidikan pada hari ini, banyak mengeluarkan ulamak dengan berbekalkan kelulusan ilmu feqah. Ke manakah hilangnya sistem pendidikan untuk mengeluarkan ulamak makrifat?.
Dengan menuduh, menangkap, menghukum dan melabel mereka-mereka yang mengajar ilmu makrifat dengan ajaran sesat, salah dan menuduh ilmu makrifat itu, sebagai ilmu yang boleh memesongkan akidah orang ramai, apakah ada ulamak feqah bercadang untuk mengajar ilmu makrifat yang tidak salah?. Menuduh salah itu memang teramat senang, tetapi manakah ilmu makrifat yang tidak salah?. Bila mana ilmu makrifat itu didapati salah tetapi manakah makrifat yang benar?.
Kebanyakan mereka hanya tahu menghukum ilmu makrifat itu salah, tetapi tidak ada ulamak feqah yang berani untuk mengajar dan menunjuk jalan ilmu makrifat yang benar?. Bilamana salah, mana yang benarnya?. Siapa, di mana dan ke mana perginya ilmu makrifat yang benar?. Kenapa tidak diajar atau diadakan kelas pengajian yang khusus tentang ilmu makrifat?. Kemana hilangnya ilmu makrifat?. Cuba jawab pertanyaan itu…
Admin Ana al Haq
LikeShow More Reactions
Com

No comments:

Post a Comment