ZOUK @ KUSYUK
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Persoalan zuk atau khusyuk itu, hendaklah berlaku jangan seketika sembahyang lima waktu sahaja!. Zuk dan khusyuk kepada Allah Taala itu, hendaklah berlaku semasa sebelum masa sembahyang, dalam masa sembahyang dan sesudah masa sembahyang!. Berlebih-lebih lagi dalam masa sewaktu bersolat!.
Zuk, khusyuk dan tawadhuk itu, boleh berlaku setelah kita betul-betul menghayati akan diri kita sendiri!. Kiranya tuan-tuan berhajat untuk sampai kepada tahap zuk, khusyuk dan tawadhuk, saya mahu tuan-tuan jawab dulu persoalan berikut;
1) Siapakah yang membuatkan sehinggakan membolehkan tuan-tuan berdiri?. (Siapa yang mendirikan kaki tuan-tuan, semasa tuan-tuan sembahyang)?.
2) Siapakah yang membuatkan sehingga tuan-tuan boleh bertakbir, membaca surah-surah Al-Quran, rukuk, sujud dan sebagainya?.
3) Siapakah yang membolehkan tuan-tuan berniat?.
MANAKAH YANG DIKATAKAN HAK DIRI KITA?.
Cuba tuan-tuan terlebih dahulu tanya atau ajukan persoalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Kiranya tuan ingin beroleh kefahaman dalam mempelajari ilmu makrifat (ilmu ketuhanan), tuan-tuan hendaklah ikut atau patuh kepada perintah guru atau perintah cikgu.
Sekarang saya sebagai cikgu, saya mahu tuan-tuan benar-benar tanya diri sendiri. Berhenti membaca sekarang. Sekarang saya mahu tuan-tuan jawab pertanyaan diatas!.
Siapa yang membolehkan kaki tuan-tuan berdiri untuk bersembahyang?. Apakah berdirinya kaki tuan-tuan itu, atas dasar kehendak, kuasa, kudrat atau iradat tuan-tuan sendiri?. Cuba jawab...
Tidakkah berdirinya kaki tuan-tuan itu, adalah diatas dasar kuasa Allah!. Tidakkah kuasa Allah yang mendirikan kedua-dua belah kaki tuan-tuan semasa tuan-tuan berdiri untuk mengerjakan sembahyang?. Kiranya yang mendirikan kaki itu adalah Allah, mana yang dikatakan kaki kita yang berdiri dan mana yang dikatakan kaki tuan-tuan yang berdiri?. Sila jawab, siapa yang berdiri?. Apa masih ada lagi kaki kita?. Apa masih ada lagi daya upaya, kudrat atau iradat kita?. Cuba jawab!.
YANG BERDIRI SENDIRI ITU, SIFAT ALLAH
Bolehkan kita berdiri sendiri?. Setahu saya, yang bersifat berdiri sendiri itu, adalah Allah. Sifat “kiamuhu Binafsih” (Allah berdiri dengan sendiri). Berdiri sendiri itu, adalah sifat Allah, bukan sifat aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu!. Untuk itu, cuba jawab pertanyaan saya, siapakah yang mendirikan kaki kita?. Bolehkah kita berdiri sendiri, jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?.
Bilamana Allah yang mendirikan kita dan Allah yang menjadikan kaki kita berdiri, jika segalanya Allah, mana bahagian kita, kemana perginya hak kita dan kemana perginya kepunyaan kita?. Mana yang dikatakan diri kita, jika segalanya milik Allah?. Mana kita, cuba jawab?. Bolehkah barang milik orang, kita mengaku milik kita?. Tanah orang punya atau rumah orang punya, bolehkah kita mengaku harta milik kita?. Cuba jawab...
TANAH DAN RUMAH ORANG PUNYA, BOLEHKAH KITA MENGAKU KITA PUNYA?.
Bilamana orang lain yang mendirikan rumah (buat rumah), bolehkan kita mengaku kita yang mendirikan rumah dan bolehkah kita mengaku, kita yang buat rumah?. Orang lain yang berbuat, apakah boleh kita mengaku kita yang berbuat?. Cuba jawab pertanyaan saya!. Kiranya benar tuan-tuan ingin belajar dan ingin beroleh faham akan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sila jawab pertanyaan saya!.
Tidakkah tuan-tuan malu mengaku hak orang lain sebagai hak kita?. Orang lain buat rumah, sanggupkah tuan-tuan mengaku tuan-tuan yang berbuat?. Bilamana orang lain yang berbuat, marilah kita akur perkara ini dengan sebenar-benar pengakuan yang bahawasanya, milik oranglah bermulanya bangunan sembahyang. Setelah bermula dengan milik orang, hendaklah mengaku milik oranglah sesudah dan selamanya!.
SEBELUM, SEMASA, SESUDAH DAN SELAMANYA ITU ADALAH ALLAH!
Bilamana sebelum, semasa dan sesudah , segalanya milik orang, manakah yang dikatakan milik kita?. Setelah tidak adanya milik kita, itulah yang dikatakan zuk, itulah yang dikatakan khusyuk dan itulah yang dikatakan tawadhuk!. Setelah zuk, khusyuk dan tawadhuk, itulah makanya tidak lagi terasa oleh kita akan selain Allah!. Melainkan Allahlah Allah dan Allahlah seAllah-Allah nya...
PERTELINGKAHAN ORANG FEQAH DENGAN ORANG HAKIKAT YANG TIDAK KUNJUNG TAMAT!
Setelah saya menyatakan keadaan seumpama itu, pasti ada yang mengatakan yang pendapat saya itu pendapat “hulul”, “wahdatul wujud”, Ilmu Syeikh Siti Jenar dan berbagai-bagai tuduhan dan sehingga ada yang menuduh mengaku Allah!. Tuduhan-tuduhan seumpama itu, sudah sedia wujud sedari zaman Al-Hallaj lagi. Tidak hairanlah kiranya masih ada orang zaman ini yang seumpama itu!.
Perjalanan ulamak-ulamak tasawuf atau ulamak-ulamak makrifat itu, seumpama berjalan diatas hujung sebilah pedang!. Sentiasa terancam oleh ancaman-ancaman orang-orang yang berpendidikan feqah!. Di Universiti Al-Azhar atau Universiti Islam Antarabangsa, tidak ada pelajar ilmu hakikat dan tidak ada sukatan pelajaran ilmu makrifat.
Sudah tentu sekali, orang yang berpelajaran feqah, tidak setuju dengan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sebagaimana yang saya perkatakan!. Lalu dengan kejahilan bidang ilmu hakikat atau makrifat, lalu mereka menuduh sesat dan salah !. Sedangkan yang menuduh salah atau sesat itu, adalah golongan yang tidak pernah menduduki tempat sebagaimana kita duduki!.
Zuk itu, setelah kita mengaku bahawasanya tidaklah berdiri dan tidaklah yang mendirikan kaki kita semasa bersolat, melainkan yang berdiri dan yang mendirikan kaki kita itu, adalah daripada daya, upaya, kudrat dan iradat Allah swt. Setelah segala-galanya dari Allah, mana yang dikatakan diri kita dan mana yang dikatakan kita?. Mana, mana dan mana kita?, cuba jawab… mana kita… mana kita?. Cuba jawab!.
Jika sekiranya masih lagi ada diri , itulah tandanya dungunya ilmu makhluk manusia!. Itulah tanda tuan-tuan masih tidak mengenal diri. Bilamana tidak mengenal diri, itulah penyebab yang membuatkan tuan-tuan tidak faham dengan apa yang saya perkatakan!. Disebabkan ketidak fahaman itulah makanya timbul tuduhan bahawa ilmu makrifat itu, ramai yang menuduh sesat atau salah!.
Admin Hamzah Fansuri
No comments:
Post a Comment