KASYAF
Ada seorang sahabat saya bertanyakan apakah itu ertinya kasyaf. Beliau dikatakan dapat melihat warna baju sahabat yang akan datang menemuinya. Setelah berjumpa, sahabatnya betul-betul memakai warna baju sebagaimana yang dia kasyaf. Seperkara lagi, beliau dapat membaca dan dapat meneka isi hati seseorang. Setelah ditanya dan disoal, benar-benar sebagaimana yang disangkakan itu!. Beliau bertanya kepada saya tentang apa yang sedang berlaku pada dirinya, apakah itu yang dikatakan khasyaf?
Tuan², Puan², dan para sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Apa yang berlaku kepada tuan itu, adalah suatu “kelebihan” “kebolehan” “kepandaian” atau “kepakaran” yang dikurniakan Allah kepada seseorang. Kelebihan atau kebolehan itu, bukan merujuk kepada khasyaf. Itu adalah merujuk kepada kepakaran, kebolehan atau kepandaian seseorang, mengikut amalan yang diamal. Itu adalah hasil daripada amalan kita atau hasil melalui tuntutan ilmu yang kita tuntut!. Sedangkan khasyaf itu, adalah satu anugerah Allah, kepada sesiapa yang dikehendakiNya!
Contohnya;
Seumpama berlaku kepada seseorang bomoh, bilamana pesakit hendak menceritakan penyakit atau masalah, bomoh itu berkata bahawa beliau sudah tahu apa masalah atau apa sakit kamu. Satu cerita lagi, bilamana kita kehilangan barang, kita pergi berjumpa dengan seseorang bomoh, beliau berkata bahawa, barang kita itu, ada disana dan ada disini!. Ternyata dakwaan atau sangkaan bomoh itu betul dan benar!. Apakah itu yang dikatakan kasyaf?
Seumpama berlaku kepada seseorang bomoh, bilamana pesakit hendak menceritakan penyakit atau masalah, bomoh itu berkata bahawa beliau sudah tahu apa masalah atau apa sakit kamu. Satu cerita lagi, bilamana kita kehilangan barang, kita pergi berjumpa dengan seseorang bomoh, beliau berkata bahawa, barang kita itu, ada disana dan ada disini!. Ternyata dakwaan atau sangkaan bomoh itu betul dan benar!. Apakah itu yang dikatakan kasyaf?
Menurut suluhan serta pandangan ilmu Tok Kenali atau mengikut sudut tilikan melalui kaca mata ilmu makrifat, Erti atau makna kasyaf itu adalah, bilamana seseorang itu dapat melihat Allah melalui apa yang mereka pandang, melalui apa yang mereka lihat dan dapat melihat Allah melalui apa yang mereka tilik!
Pandangan ini, adalah dipanggil pandangan makrifat. Pandangan makrifat itu, adalah penglihatan yang boleh menembus tujuh bukit, menyeberangi tujuh lautan dan merentasi tujuh benua. Barang siapa yang mengenal Allah (makrifatullah), tidak mustahil akan dapat melihat Allah pada sesuatu!. Inilah baru boleh dikatakan khasyaf!
Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap-tiap sesuatu!
Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu, tetapi Allah itu, tetap terzahir pada tiap-tiap sesuatu!. Bagi yang tidak terlihat Allah pada sebelum sesuatu dan tidak terpandang Allah pada sesudah sesuatu, maka itulah orang yang benar-benar dikatakan buta mata zahir dan bertambah buta mata hatinya!. Kasyaf itu, adalah mereka-mereka yang dapat melihat Allah pada sebelum dan pada sesudah sesuatu!
Kasyaf itu, bukan bererti dapat melihat orang pakai baju warna apa, sebelum berjumpa, bukan merujuk kepada dapat melihat barang yang hilang atau bukan merujuk kepada orang yang mengetahui penyakit, sebelum kita bercerita!.
Kasyaf itu, hanya berlaku kepada orang makrifat sahaja!.
Kasyaf mengikut pandangan ilmu makrifat itu, hanya boleh terjadi dan hanya boleh berlaku kepada mereka-mereka yang mengenal Allah sahaja!. Bilamana mengenal Allah, mereka-mereka itu, adalah mereka-mereka yang dengan sendirinya dapat melihat, memandang serta dapat menilik apa sahaja, biarpun sesuatu itu berada diseberang tujuh lautan, disebalik tujuh benua atau biarpun ianya terlindung diseberang tujuh gunung!
Apakah perkara yang dapat dilihat oleh orang makrifat biarpun disebalik tujuh gunung, tujuh lautan atau tujuh benua?. Yang dapat dilihat,dipandang dan ditilik oleh orang makrifat itu, biarpun dibatasi oleh tujuh gunung, dilindungi oleh tujuh benua atau dijahui oleh tujuh lautan itu, adalah Allah, adalah Allah dan adalah Allah! Mereka-mereka itu, adalah mereka-mereka yang hanya ternampak Allah, terlihat Allah dan terpandang Allah, disebelum gunung dan disesudah gunung!. Disebelum benua dan disesudah benua dan disebelum lautan dan disesudah lautan!
Hanya Allah cahaya langit dan bumi!
Hanya Allah yang dapat terlihat oleh pandangannya di tujuh petala langit dan di tujuh petala bumi!. Tidak ada selain Allah. Tidak ada yang wujud, yang ujud dan yang maujud pada langit dan bumi, selain wajah Allah!
(Allah Hu Nurussama Watiwal Ard)
“Allah itu, adalah cahaya langit dan bumi"
“Allah itu, adalah cahaya langit dan bumi"
Siapa yang tidak nampak Allah pada diantara kedua-duanya, maka itulah orang yang buta!. Orang yang nampak Allah zahir pada tiap-tiap sesuatu pula, inilah yang dikatakan orang yang benar-benar khasyaf!
Ana Al-Haq
No comments:
Post a Comment