WAHDATUL WUJUD vs WAHDATUL WAHDAH
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Ada salah seorang sahabat bertanya tentang ada pendapat serta tuduhan yang mengatakan ilmu Tok Kenali itu berfahaman Wahdatul Wujud!
Wahdatul wujud itu, adalah bererti bersatu dengan Allah. Manakala ilmu Tok Kenali adalah ilmu mengEsakan Allah (wahdahtul wahdah).
Ilmu Tok Kenali, tidak sedikit pun berfahaman wahdatul wujud (bersatu dengan Allah). Ilmu Tok Kenali adalah ilmu yang mengajar fahaman “wahdatul wahdah”. Yang Esa itu tetap satu dan yang satu itu tetap Esa!. (satu itu, adalah satu), dengan lain perkataan, ilmu Tok Kenali itu, adalah ilmu mentauhidkan Allah atau ilmu wahdah (Esa) atau mengEsakan Allah Taala.
Tok Kenali tidak pernah mengajar bersatu, bercantum atau konsep dua dalam satu. Tok Kenali tidak pernah mengajar kita supaya mengaku yang diri kita ini adalah Allah.
Tok Kenali mengajar kita ilmu menyerah diri, menghilangkan diri, menfanakan diri, mengubur diri, meleburkan diri, mengembalikan diri kepada Allah swt. Tok Kenalli mengajar kita supaya jangan terpandang adanya diri. Ilmu Tok Kenali bukan suruh kita jadi Allah! Tok Kenali mengajar kita supaya mengEsakan Allah dan menjadikan diri kita ini bersifat tidak ada. Yang bersifat ada itu, adalah hanyalah sifat bagi Allah!
Bilamana Allah bersifat wujud (ada), bererti diri kita itu, adalah bersifat dengan sifat binasa atau bersifat dengan sifat tidak ada. Setelah tidak ada keberadaan diri, barulah Allah itu benar-benar ada (wujud).
Jika Allah bersifat ada dan diri kita pun bersifat ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah. (Allah ada dan diri kita pun juga ada), bermakna kita telah menduakan sifat ada (menduakan sifat wujud), ini bermakna telah ada dua sifat wujud (telah ada dua sifat ada atau dua sifat wujud), bererti hukumnya kita itu, telah berada dalam berkeadaan syirik.
Ilmu Tok Kenali sedikit pun tidak mengajar supaya terlihat adanya diri, Tok Kenali mengajar kita supaya mentiadakan diri! Setelah tidak ada keberadaan diri, barulah Allah itu benar-benar bersifat ada!
Tok Kenali tidak mengajar supaya bersatu, bercantum dengan Allah. Bagamana nak bercantum atau bagaimana nak bersatu dengan Allah, sedangkan diri kita tidak ada. Bagaimana nak menuduh Tok Kenali berfahaman wahdatul wujud atau fahaman bersatu dengan Allah, Hulul, Jabarian atau Qodariah, sedangkan diri kita sudah tidak ada. Bilamana diri sudah bersifat tidak ada, bermakna yang bersifat ada itu, adalah hanya Allah. Bilamana sifat keberadaan diri sudah tidak ada atau tidak wujud, bagaimana mungkin boleh bersatu atau bercantum dengan Allah dan bagaimana mungkin dituduh wahdatul wujud, hulul atau jabariah!
Kita telah diajar oleh Tok Kenali supaya berserah diri ( diri tidak ada), bilamana kita berserah diri, bermakna diri kita sudah tidak ada. Bilamana diri sudah tidak ada, bagaimana mungkin boleh dikatakan bersatu atau bercantum dengan Allah?
Orang yang tidak menghampiri, mendekati, mengikuti pengajian ilmu makrifat sahaja yang menuduh Ilmu Tok Kenali itu,, Wahdatul Wujud!
Hanya Allah yang bersifat wujud. Wujud selain dari Allah itu, adalah wujud yang tidak ada (binasa). La Maujud Bil Haqqi Illalah!
Admin Sheikh al Islam
No comments:
Post a Comment