Friday, 6 May 2016

hakikat kenal

PANDANGAN AHLI MAKRIFAT MENGENAI GOLONGAN TARIKAT
Tok Kenali mengajar kita tentang ilmu mati sebelum mati! Kita ini sebenarnya sudah bersifat mati. Bila mana sudah mati, mana ada lagi bersatu, bercantum atau mana ada lagi berkonsep dua dalam satu! Bilamana diri sudah mati, mana mungkin boleh menganut torikat wahdatul wujud?. Orang bertorikat itu, adalah orang yang belum mati!
Sebenar-benar ilmu Tok Kenali, tidak ada torikat! Tok Kenali tidak ada torikat khusus. Beliau tidak mengajar ilmu hidup, beliau mengajar ilmu mati! Bila mana diri sudah mati, sudah tidak boleh lagi mengaku bertorikat! Orang yang bertorikat itu dan bertorikat ini, adalah orang yang masih berkeadaan hidup.
Jika tidak keterlaluan, orang yang bertorikat itu, bolehlah dikatakan orang yang belum mati. Orang yang belum mati itu, adalah orang yang belum mengenal diri! Ringkasnya, bolehlah disimpulkan di sini bahawa, orang yang masih bertorikat itu dan bertorikat ini, bererti orang itu, adalah golongan orang yang yang belum mengenal diri! Bila mana tidak mengenal diri, bererti teramat jauh dari mengenal Allah Taala...
Bilamana diri sudah mati, mana mungkin boleh bertorikat atau mana mungkin boleh menganut fahaman wahdatul wujud, hulul, qodariah, jabariah, muktazilah, ilmu bungkus, ilmu kaum muda dan sebagainya! Bagaimana nak bersatu atau bagaimana nak bercantum dengan Allah, sedang diri kita tidak ada!
Biarlah orang nak tuduh apa dan biar orang nak cakap kita apa, asalkan kita tahu di mana sebenarnya diri kita! Sebenar-benarnya diri kita itu, adalah tidak ada. Yang bersifat ada itu, hanya bagi Allah...
Torikat atau torik itu, bahasa arab, jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu, torikat itu, ertinya “jalan”. Jalan itu, hanya bagi orang yang hidup. Bagi orang yang mati (mati sebelum mati), mana ada lagi jalan! Makrifat Tok Kenali itu, adalah jalan bagi yang mati, bukan jalan bagi yang hidup! Sekiranya dirasakan diri tuan itu, masih hidup, maka semestinya ada jalan. Sekiranya diri kita itu sudah merasai mati sebelum mati, maka ianya tidak lagi menggunakan jalan.
Ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah) Tok Kenali itu, adalah ilmu yang tidak memakai jalan ( tidak memakai torikat). Semua torikat itu benar belaka, asal sahaja menuju kepada Allah yang satu. Dari Kelantan menuju Kuala Lumpur, boleh saja melalui jalan Gua Musang, melalui jalan Kuala Terengganu, Melalui jalan Gerik dan boleh juga melalui jalan keretapi, asal saja menuju Kuala lumpur.
Jika jalan ahli sunnah waljamaah sekalipun, jika tidak sampai kepada mengenal Allah (makrifatullah), ianya tidak bererti apa-apa, melainkan sekadar nama sahaja Islam, sedangkan pada hakikatnya kita itu, adalah Kafir dan Syirik kepada Allah Taala.
Ramai dari kalangan orang kita, yang mengaku bertorikat dan mendakwa bahawa torikatnya sahaja yang benar, torikat orang lain semuanya salah! Torikat Satariah mendakwa mereka benar. Torikat Muhamadiah, mendakwa mereka benar. Torikat Ahmadiah mendakwa mereka benar. Torikat Ahli Sunnah Wal Jamaah mendakwa mreka benar.
Sunni mendakwa mereka benar. Syiah mendakwa mereka benar dan Wahabi mendakwa mereka benar. Semua mendakwa mereka benar, jika semuanya mendakwa yang mereka benar, mana satu yang sebetul-betul benar?
Oleh itu, mengikut kefahaman ilmu makrifat Tok Kenali, semuanya benar belaka, janji menuju kepada Allah yang satu!
Itik memanggil anaknya makan dalam bahasanya. Ayam memanggil anaknya makan dalam bahasanya. Harimau memanggil anaknya makan dalam bahasanya dan gajah memangil anaknya makan dalam bahasanya. Ternyata anak itik, anak ayam, anak harimau atau anak gajah, semuanya datang bila dipanggil ibunya.
Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, salahkah cara harimau memanggil anaknya makan? Salahkan cara gajah memanggil anaknya makan?
Oleh itu, bertorikat dan berjalanlah diatas apa jalan sekalipun, asal saja menuju kepada Allah yang satu. Jangan asyik menyalahkan orang!
Jangan tuduh orang itu salah atau tuduh orang ini sesat. Sesungguhnya yang menuduh itu, 10 kali ganda sesat daripada orang yang dituduh sesat!
Admin Khairul Mukmin

No comments:

Post a Comment