Tuesday, 26 April 2022

BERDOALAH AGAR NAJIB KEKAL DIHUKUM.

 BERDOALAH AGAR NAJIB KEKAL DIHUKUM.

Kesalahannya bukan kecil anak. Kes ke-4 terbesar dunia pemimpin samun wang rakyat sendiri. Bukan sahaja terlibat dalam penyelewengan, malah dibahagikan pula sesama mereka yang terlibat.
Pengkhianatan amanah rakyat tebesar pernah dilakukan oleh seorang Perdana Menteri Malaysia dan sangat memalukan negara dan bangsa. Malah berlakon suci lagi seolah dia naif,tidak bersalah, dan tidak tahu apa serta teraniaya.
Propagandanya adalah kononnya mahkamah silap, dianiaya dan difitnah. Tetapi yang menjadi persoalan tiada satu pun tohmahan dan persepsi ciptaannya dapat dibuktikan dengan jelas. Najib gagal sepenuhnya.
Najib gagal buktikan kesnya adalah fitnah walau bayar lawyer bukan main mahal, gagal buktikan dianiaya selain jawab tak pasti dan tak tahu, dan gagal buktikan mahkamah silap. Moneytrail tidak dapat ditipu.
Tetapi penyokong bodohnya percaya membabibuta tanpa melihat apa yang Najib gagal buktikan. Mereka hanya bersandar kepada persepsi propaganda pasukan Najib yang sentiasa akan kelirukan rakyat. Fakta kes jelas. Kau buktikan dahulu apa kau tohmah di mahkamah.
Najib dan pasukan peguamnya mengharapkan kesilapan teknikal untuk lepaskan diri. Namun segalanya masih panjang. Rakan sekutu menyamunnya dari Goldman Sachs sudah didapati bersalah di mahkamah Amerika. Itu berkaitan kes seleweng dana 1MDB yang belum disambut dan selesai di Malaysia.
Yang Najib sedang berdepan hukuman sekarang adalah untuk kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram berkaitan dana SRC. Denda rm210 juta dan penjara 12 tahun. Najib gagal buktikan wang yang masuk ke akaunnya adalah dari sumber yang sah dan digunakan tanpa rasa bersalah.
Semuanya gara2 Najib rasakan selamat kerana Umno tidak akan tersembam. Dia rasa dia kebal undang2 dengan kuasanya. Sebelum itu sesiapa yang cuba merungkai atau menyebut bab seleweng 1MDB akan dipecat dan dimalukan. Peguam negara ditukar 24 jam, ketua polis korup dibela kerana pertahankannya, ketua SPRM dihantar ke "peti ais" dan ditukar konconya. TPM turut dipecat kerana menegur.
Dan keputusan baru diperolehi melalui semua konconya, "Najib tidak berbuat apa2 kesalahan". Betapa babinya mereka yang cuba melindunginya pada waktu itu. Ini bukan hal politik. Ini hal moral, hal amanah rakyat dan ini hal maruah dan wang rakyat. Begitu sahaja babi2 ini beraksi mahu selamatkan seekor penyamun negara yang ada kuasa melantik mereka dan punyai wang. Jijik dan sangat tidak boleh diterima akal bagaimana kuasa digunakan untuk lindungi diri.
Kini sampai ke pengakhiran. Ini perjuangan memulihkan maruah rakyat dan negara. Selagi beliau tidak dihukum, seluruh dunia melihat Malaysia sebagai negara paling bodoh di dunia. Tambahan adanya penyokong umno yang bodoh menyokong dan mencium tangan penyamun ini.
Cuba belajar insaf serik, akui kesalahan dan minta maaf. Mengaku sahaja hadap pengadilan dari setiap hari membelit dan beraksi suci kononnya dianiaya. Kena ingat, mahkamah DOJ sudah dapati rakan sekutu menyamun Najib sudah kantoi bersalah. Mana mau lari lagi.
Kononnya fitnah sana sini, tapi wang yg dituduh sudah banyak dikembalikan termasuk oleh anak tirinya dan oleh artis hollywood serta oleh goldman sachs. Mengapa pulangkan jika sudah kata ianya fitnah. Najib gagal buktikan apa satu pun tohmahan di mahkamah. Dia hanya pandai berkokok di dalam FB.
Semoga ke penjara wahai penyamun negara. Anda sangat memalukan dan menjijikkan. Ini bukan lagi hal politik. Ini hal maruah negara dan rakyat Malaysia

No comments:

Post a Comment