Saturday 31 July 2021

pe manah

 Ramai terkejut dan terkilan melihat pemanah negara, Khairul Anuar disingkirkan 0-6 oleh pemanah Korea Selatan dalam Olimpik kali ini.

Sebenarnya, bab memanah ni orang Korea memang power namati. Tiap Olimpik hampir sapu bersih pingat emas kategori memanah. Macam tahun 2016 sapu semua kategori: lelaki individu, lelaki berpasukan, wanita individu, wanita berpasukan.
Pasukan wanita dia tak pernah kalah sejak 1988 (tahun kategori memanah berpasukan diperkenalkan). Dapat emas 9 kali berturut-turut termasuk kali ini.
Ini ada kaitan dengan sejarah orang Korea sebagai bangsa pemanah.
Disebabkan geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea zaman purba tak dapat nak cucuk tanam macam orang China yang hidup di tanah rata. Jadi orang Korea kena menguasai busur dan anak panah untuk memburu binatang.
Pengasas kerajaan Goguryeo (salah sebuah kerajaan pada zaman Samguk / Tiga Kerajaan), Jumong juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Sebuah lagi kerajaan iaitu Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda.
Dan sebagai negara yang tersepit antara dua kuasa besar (China dan Jepun), busur dan anak panah dilihat sebagai senjata yang paling efisien dan "cost-effective" untuk tujuan melawan tentera China dan Jepun yang lebih ramai dan canggih.
Menurut lagenda, Yang Manchun menyelamatkan Goguryeo daripada serangan China dalam Pertempuran Ansi (tahun 645) dengan menembak anak panah tepat ke mata maharaja China, Li Shimin yang mengetuai tentera China.
Raja Gongmin pada zaman Goryeo dikatakan pernah bunuh 70 askar Jepun secara berseorangan dengan memanah. Semua anak panah kena tepat ke muka musuh. Gila badass.
Walaupun cerita-cerita ni bersifat lagenda, tapi ia menunjukkan kepentingan memanah dalam budaya dan identiti Korea.
Di zaman moden, walaupun anak panah tidak lagi relevan untuk berperang, kerajaan sejak 1980an tetap promote ia sebagai sukan kebangsaan yang harus dipelajari.
Tak ada pula orang Korea bising kata "alah ni semua dongeng" "sejarah dah ribuan tahun nak ungkit buat apa". Sebaliknya diorang anggap kalau nenek moyang diorang hebat dalam memanah, mesti diorang pun ada mewarisi kehebatan itu.
Sebab tu kita tengok selebriti diorang rilek je memanah dalam Idol Star Athletics Championships (ISAC). Itu baru amateur. Kalau profesional, memang tak ada can lah negara lain.
Bangsa yang hebat, diorang korek dan menghayati sejarah, learn humbly daripada nenek moyang untuk memahami kekuatan sendiri.

No comments:

Post a Comment