Monday 10 May 2021

ikutan temurun

 Bagi masyarakat Chumbivilcas yang mendiami wilayah Cuzco di Peru, bertumbuk merupakan cara mereka menyelesaikan masalah mereka.

Tetapi, mereka akan berlawan sesama sendiri hanya sekali dalam setahun pada festival yang akan diadakan pada 25 Disember setiap tahun.
Festival Takanakuy telah bermula sejak 100 tahun lampau dan merupakan sambutan kuno diwarisi daripada budaya pra-Hispanik Chanka.
Takanakuy bererti, 'Apabila darah mendidih' dalam bahasa Quechua. Dialek tertua di Peru.
Festival unik ini adalah satu cara bagaimana mereka menyelesaikan perbezaan pendapat dengan ahli masyarakat melalui keganasan!
Selepas petarungan mereka akan berjabat tangan tanda pertikaian peribadi mereka telah diselesaikan tanpa menyimpan lagi dendam.
Kalau tidak berpuas hati, mereka mempunyai peluang untuk bertarung semula tahun depan.
Festival Takanakuy seolah-olah menggalakkan keganasan tapi bagi masyarakat Chumbivilcas, ia adalah merupakan warisan budaya mereka.
Mereka percaya ia adalah satu cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan tenaga negatif.

No comments:

Post a Comment