Friday 28 September 2018

MEROBOHKAN TEMBOK HAKIKAT

MEROBOHKAN TEMBOK HAKIKAT
________________________________________
Ujian terbesar buat para pejalan ataupun salik di dalam perjalanan ilmu makrifatullah adalah munculnya kemampuan-kemampuan yang aneh, penglihatan-penglihatan yang aneh, atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai karomah. Lalu mereka mulai merasakan bahawa diri mereka itu lebih hebat dan juga lebih mulia berbanding orang lain.
________________________________________
Tidak cukup dengan itu, mereka mulai mengaitkan diri mereka sendiri dengan pengalaman-pengalaman itu, bahkan ada juga yang mulai berani mengaku bahawa dirinya itu sebagai manusia pilihan tuhan yang selama ini dinanti-nantikan oleh dunia. Sesungguhnya itu semua adalah test dan ataupun roadblock buat para salik dan juga pelaku spiritual.
________________________________________
Jadi, kalau begitu, maka apa yang harus kami lakukan? Inilah antara soalan standard yang sering kedengaran di kalangan para pelajar. Jawapannya mudah. Teruskan sahaja perjalananmu. Usah berhenti pada suatu-suatu tingkatan ataupun maqam tertentu. Bahkan jika kau bertemu dengan Wali tuhan, Buddha ataupun Shiva sekalipun di dalam proses menyelami dirimu, maka bunuhlah Ia!
________________________________________
Jangan kalian pernah berhenti melangkah ke hadapan, kerana sesungguhnya, Jalan Cinta itu tidak ada penghujungnya. Di atas Jalan Cinta, antara kamu dan seekor anjing itu sama sahaja darjatnya. Tetaplah bersahaja dan juga ikhlas, layaknya seperti seorang bayi yang suci murni di hadapan ibunya yang mencintai.

No comments:

Post a Comment