Tuesday 12 November 2013

Renung

Kekadang amalan kejahatan membolekan seseorang masuk surga kerana ia taubat atas dosanya dan amalan kebaikan boleh masuk neraka kerana riak 


BERKATA Syeikh Abd Qadir Dastuti:
''SEORANG hamba tidak patut berbangga dengan ilmu,harta dan jabatan yang dimiliknya sebelum ia selamat melintasi titian sirat.Apa gunanya pujian jika ia tetap terjatuh kedalam neraka pada hari kiamat nanti?''.
Semoga Allah memberikan keikhlasan dalam hati-hati kita,mengampuni segala dosa-dosa kita dan menerima segala amal ibadah kita.
Amin Ya Rabbal 'Alamin....


SUATU hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanyakan beberapa soalan kepada murid-muridnya:''Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?''.
Murid-muridnya menjawab:
''Negeri China,bulan,matahari dan bintang-bintang''.
Imam Ghazali menjawab,''Semuanya benar.Tetapi yang lebih benar adalah MASA LALU.Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita,kita tetap tidak akan kembali kepada masa lalu.Oleh itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama''.

DARI Abu Hurairah RA beliau berkata: ''Aku katakan,'Wahai Rasulullah,siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu di hari kiamat nanti?.Jawab baginda SAW...,'Orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari kiamat nanti adalah orang yang mengatakan ''Laa Ilaaha Illallah dengan hati yang ikhlas dan jiwa yang bersih''. (Riwayat Imam Bukhari)

No comments:

Post a Comment