Sunday, 12 February 2017

Ws

๐ŸŒŸ๐ŸŒพ๐ŸŒน๐Ÿ๐ŸŒด☀๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿ’

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
═════ ❁๐ŸŒน❁ ═════
ASSALAMUALAIKUM

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

๐ŸŒน RENUNGAN SI PEMIKIR๐ŸŒน

Aqidah islam merupakan ikatan seorang manusia dengan Allah Swt. Ia berasal dari perkataan "aqada" yang membawa maksud mengikat iaitu mengikat urusan manusia dengan Allah Swt. Apabila mengucap dua kalimah syahadah, ia bermakna keyakinan yang bersungguh-sungguh dan padu bahawa hanya Allah adalah tuhan yang layak disembah. Manakala selain dri Allah semuanya tidak boleh diterima sebagai tuhan. Keyakinan kukuh yang disemat didalam hati inilah yang dimaksudkan dengan keimanan. Para ulama mendefinisikan keimanan dengan "membenarkan di dalam hati, ikrar di mulut, dan amal dengan anggota badan". Keimanan bukanlah hanya menyentuh aspek keyakinan sahaja, tetapi perlu dibuktikan dengan tindakan. Al-Quran yang menyebut berulang kali perkataan iman yang disekalikan dengan amal soleh yang menandakan bahawa kedua-duanya adalah sangat berkaitan. Ini bermakna, orang yang yakin kuat kepada Allah, akan membuktikannya dengan komitmen yang kuat kepada islam dan amalan yang banyak. Iman memang merupakan perkara yang tidak nampak kerana adalah urusan Hati, tetapi ia boleh dibuktikan seperti firman Allah :

 ูˆَุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุฃَุดَุฏُّ ุญُุจًّุง ู„ِู„َّู‡ِ

sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.

Dalam ayat diatas, Allah menggunakan perkataan "asyadd" yang bermaksud bersangatan. Ini bermaksud keimanan itu perlu dibuktikan dengan tanda dan bukti kasih sayang kepada Allah Swt. Orang yang berkasih sayang ialah orang yang sanggup melakukan apa saja demi kekasihnya biarpun perkara yang susah.

"TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYAH PASTI REBAH"

No comments:

Post a Comment