Sunday, 12 February 2017

Buta

Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
10.01.2017

Dicatatkan oleh Ustaz Kassim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..

Hendaklah dibelanjakan dan disampaikan orang-orang yang diberi kelawasan dan keluasan rezeki, yakni orang yang wasil dan sampai kepada ALLAH

Orang-orang yang sempit rezeki hendaklah dibelanjakan dengan sekadar anugerah yang diberikan ALLAH yakni orang yang salik yang sedang berjalan kepada Allah

Orang yang wasil atau sampai kepada ALLAH adalah orang yang diluaskan Allah dan dianugerah ALLAH dengan kelawasan rezeki. Hati mereka mengenal ALLAH dan Mereka faham hakikat dengan faham yang sebenar. Mereka dapat terus berbicara atau mukhatobah dengan Allah

Mereka mengambil dalil dengan ALLAH dan keluar mereka daripada terpenjara daripada makhluk kepada tauhid memandang ALLAH

Orang yang salik orang yang sempit dan picik rezeki ulum(ilmu) dan faham

Mereka mengambil dalil daripada makhluk kepada Allah

Orang yang salik adalah orang yang sedang dalam perjalanan dan dalam mujahadah..

Cakaplah dan berkata2 benda yang mudah.. jangan buat pandai.. takut punah... nasihat Syeikh kita

Orang yang wasil beroleh nur mawajihah atau cahaya datang daripada ALLAH.. berhadap wajah ALLAH padanya..

Orang yang salik itu berjalan dengan nur dan berhadap mereka kepada nur

Orang salik itu berhajat kepada nur dan hamba kepada cahaya kerana berkehendak kepada nur dalam perjalanan kepada Allah

Sedang kan orang yang wasil atau sampai itu berkecimpung dengan nur dan beroleh sir dari Allah

Perjalanan mereka dengan pertolongan Allah kepada Allah dan kembali kepada Allah

Firman ALLAH..

Katakan ALLAH, sebut ALLAH, ingat Allah dan biarkan mereka bermain-main...

Tauhidkan oleh mu akan keesaan Allah dengan tidak menilik dan memandang kepada selain ALLAH

Biarkan dan berpaling lah daripada orang-orang yang lalai dan berbimbang2 dan ragu dengan Allah

Tiada maksud dan tiada matlamat dan tiada tujuan melainkan ALLAH
Selagi seseorang itu masih ada serta dirinya sebelum berjalan dan sedang berjalan itu adalah aib

Sebelum suci segala yang aib tidak akan terbuka yang ghaib

Sebelum suci daripada segala yang aib tidak akan terbuka segala rahsia...

Andainya keluar dan terbuka rahsia Sebelum suci segala yang aib, itu adalah tidak sebenar.

Terbuka hijab dan mengenal aib dan penyakit dalam hati dan sifat-sifat keji itu adalah terlebih baik bagi mu

Terbuka dan terangakat hijab sehingga dapat mengenal aib, cela dan penyakit hati adalah terlebih baik daripada melihat perkara-perkara yang ghaib

Penyakit hati sukar dikesan dan sukar diubati daripada penyakit zahir

Syirik khafi sukar dikesan seperti semut hitam di atas batu hitam dimalam gelap ..

Tiada terbuka hijab dan beroleh rahsia dan nur kerana tidak suci daripada segala yang aib

Bahawasanya alam malakut dan kerajaan ALLAH itu tidak dapat masuk melainkan suci hati dan berperangai dengan perangai ketuhanan

Sesungguhnya Allah kasih kepada hamba-Nya yang berperangai dengan sifat yg Allah sukai atau berperangai dengan asma Ul-Husna

Tahkik ubudiah dan kesempurnaan Ubudiyyah itu adalah mengikut suruhan dan perintah ALLAH dan taslim bagi segala hukum Allah
.

Barangsiapa yang tidak mengenal akan hakikat dirinya dan segala aibnya nescaya tiada lah sampai kepada Allah

Dan adalah ia dibelakang hijab

Mengetahui dan mengenal penyakit bathin dan aib diri adalah hak adab dengan Allah

Menuntut segala yang ghaib dengan tidak menghilangkan yang aib dan penyakit hati itu adalah bukan jalan yang sebenar

Kalau Cakap sedap dan kata-kata hebat pun, tapi amal dok rok dan akhlak buruk .. tak dok makna

Syeikh pesan sokmo.. 4 perkara.. jgn dusta, jgn riyak dan takabbur, jgn pandang perempuan berlebih-lebihan dan  dia picik mulut ( dlm mimpi )isyarat diam

Kalu dok rasa dukacita dan menanggis dan meraung bila buat dosa, mung dok rok lagi

Jadikan olehmu akan menuntut istiqamah dan jangan menuntut karamah

Orang-orang awam nak lihat benda lebih, pelik dan karamah..

Karamah itu tuntutan nafsu sedangkan istiqamah dituntut ALLAH

satu hikayat dari Wahab ibnu munabah..

Adalah seseorang lelaki daripada bani Israel berpuasa tujuh puluh tahun dan berbuka dua hari setahun. Maka bermohon ia kepada ALLAH untuk diperlihatkan bagaimana syaitan derhaka kepada Allah namun beberapa lama tidak juga diperkenankan Allah. Lantas terlintas dalam hati alangkah baiknya jika aku minta agar nyatakan kesalahan aku dan dosaku antaraku dan Tuhan ku..maka diutus ALLAH malaikat kepada nya dengan kata Nya .. katamu yang dikatakan pada ALLAH itu adalah terlebih baik daripada ibadah mu yang lama itu

Apabila masuk pada hadrat Allah dengan siddiq dan ikhlas maka sampailah engkau pada kesudahan yakin dan terbuka lah wujud Al Haq dengan pandangan Nurul iman

Sesungguhnya Allah itu tidak terhijab oleh sesuatu. Yang menghijab engkau dengan ALLAH itu adalah hatimu yang buta dan kelam dengan penuh kekotoran dan segala aib dan cemar dosa

Sesungguhnya Allah itu wujud yang tidak didahului oleh sesuatu dan tidak ada sesuatu selepas nya, zahirnya atas sesuatu dan serta tiap-tiap sesuatu..

وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم

ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..

No comments:

Post a Comment