Tuesday, 14 February 2017

TRINITY

TRINITY
Dalam bahasa mudahnya, Tri-Nity itu merujuk kepada :
Tri : Tiga
Nity : Unity atau Kesatuan
Konsep Trinity bukan satu konsep baru. Ia adalah konsep yang telah wujud sejak dari zaman penciptaan alam (universe). Sebelum adanya segala agama, konsep trinity ini telah ada. Kewujudan agama, kemudiannya telah mengguna pakai konsep ini dan mengembangkan kefahaman konsep trinity ini ke dalam sistem kepercayaan mereka mengikut istilah-istilah yang bersesuaian dengan sistem masyarakat itu.
Hindu dikatakan sistem kepercayaan yang paling tua di dunia. Bila makin ramai orang percaya kepada sistem Hindu ini, makanya, ia telah berkembang menjadi sistem anutan yang bergelar AGA-MA.
Aga-ma itu adalah perkataan Sanskrit yang bermaksud : "SESUATU YANG TELAH TURUN" . Dalam konteks agama Hindu, Sesuatu yang telah turun ini dimaksudkan sebagai 'maklumat-maklumat dari teks-teks kuno' seperti kitab Rig Veda dan Geeta. Maklumat ini menceritakan hal cosmology (angkasa), epistemology (teori asal-usul sesuatu), falsafah, meditasi dan yoga.
Bermula dari agama Hindu, konsep Trinity ini kemudiannya telah diguna pakai dan diceritakan dalam agama-agama selepasnya seperti Juddah (Yahudi), Zoaroaster (Majusi) Buddha, Kristian dan pelbagai sistem kepercayaan lain termasuk Illuminati dan Freemason. Walaupun semua agama-agama ini menggunakan istilah-istilah Trinity yang berbeda namun konsep dasar atau basic concept Trinity itu masih sama.
Trinity adalah satu konsep yang merujuk kepada :
1. Alam Zahir (Universe)
2. Alam Jasad Manusia (Innerverse)
3. Tenaga Spiritual yang menggerakkan Universe dan Innerverse (Roh)
1. Alam Zahir atau alam fizikal (Universe) ini meliputi sistem angkasa, seluruh galaksi dan planet-planet termasuk bumi dan makhluknya. Alam Zahir ini dikenali sebagai MACRO-COSM. Manakala tenaga spiritual yang menggerakkan alam zahir ini dinamakan MACRO-PRO-SOPHUS.
2. Alam Jasad Manusia (Innerverse) adalah berkaitan badan manusia dan sistem-sistem sel yang membentukkannya. Alam Jasad Manusia ini dikenali sebagai MICRO-COSM. Manakala tenaga spiritual yang menggerakkannya dikenali sebagai MICRO-PRO-SOPHUS.
Makanya Konsep Trinity itu merujuk kepada :
1. Macrocosm : seluruh alam yang besar dan makhluknya
2. Microcosm : seluruh jasad manusia
3. Pro-Sophus : Tenaga Spiritual yang berkuasa menggerakkan seluruh sistem Makro dan Mikro Cosm
Konsep ini telah wujud sebelum adanya segala agama. Bila agama berkembang, konsep ini berkembang dan nama-namanya pun bertukar mengikut kesesuaian sistem masyarakatnya. Walau apa pun nama yang digunakan dalam sistem agama, ianya masih merujuk kepada konsep Makro + Mikro + Pro Spohus yang di atas.
Kebanyakan agama merujuk :
Macro itu sebagai Pencipta
Mikro itu makhluk
Pro Sophus : Roh yang menggerakkan seluruh sistem alam zahir dan alam jasad.
Yang Makro itu menampakkan yang Mikro
Yang Mikro menampakkan yang Makro
Keduanya saling nyata menyata di antara satu dengan lainnya. Melalui Pro Sophus (roh) yang sama. Pro Sophus itu adalah Tenaga Spiritual yang menggerakkan kedua-dua, makro dan mikro.
Yang BANYAK menampakkan yang SATU
Yang SATU menampakkan yang BANYAK
Namun, SATU bukan banyak
dan BANYAK bukan SATU
Saling nyata menyatakan di antaraNya...
Apabila seluruh alam Makro + seluruh alam mikro + seluruh tenaga spiritual (pro sophus) yang menggerakkan alam ini bersatu, maka tiada lagi kelihatan TIGA hal yang berasingan, sebaliknya ia telah menjadi HAL YANG SATU
Inilah konsep Trinity yang paling kuno yang telah wujud sewaktu alam ini diwujudkan.
Konsep ini ada di dalam kebanyakan agama, cuma ianya telah diceritakan dalam keadaan yang berbeda mengikut kesesuaian masyarakatnya. Kebanyakan agama merujuk Hal Yang Tiga (Trinity) itu sebagai :
(1). Hakikat Pencipta
(2). Roh
(3). Jasad/Fizikal Makhluk
Berkenaan TENAGA yang dimaksudkan adalah TENAGA Uni-verse (tenaga fizikal) dan TENAGA Inner-verse (tenaga dalaman) yang menggerakkan seluruh alam zahir dan alam batin.
Dunia zahir dan dunia batin, semuanya berkaitan tentang hal TENAGA. Dari Tenaga inilah terciptanya seluruh alam semesta, bermula dari ledakan BIG BANG. Dari Big Bang ini, CAHAYA (Nur) terhasil, dan dari cahaya inilah ia mula berserakan ke seluruh alam Makro dan alam Mikro. Hingga kini, Nur atau Cahaya itu masih menetap di sini. Sejak dari zaman Big Bang, hingga ke hari ini, cahaya itu masih ada di serata alam, termasuk masih ada di dalam diri kita sendiri.
Jika KENAL dengan Cahaya yang menerangi diri kita ini, maka kenallah kita dengan TENAGA (Force) yang menghasilkan Cahaya ini.
The moment you know the Force...
The Force ... Awaken !!
Makanya.....
BERSATULAH !

No comments:

Post a Comment