Tuesday, 14 February 2017

(RAHSIA AMALAN PARA ARIFBILLAH)

Dahsyatnya Berdoa Dengan Ismu A’zham
(RAHSIA AMALAN PARA ARIFBILLAH)
Banyak riwayat yang telah menukilkan tentang ismu A’zham. Jika doa dimulai dengan membaca ismu A’zham, pasti doa itu akan dikabulkan. Dan apabila doa dimulai dengan membaca asma ul husna, maka tidak usah ragu lagi bahawa doa itu akan dikabulkan. Dan banyak sekali riwayat yang menyebutkan tentang ketentuan Ismu A’zham. Ini adalah kebiasaan Allah swt.
Segala sesuatu yang bersifat rahsia, tentu memiliki ciri-ciri tertentu untuk berhubungan dengannya. Misalnya doa ketika malam Lailatul Qadar, ketika hari Jumaat dan doa tertentu juga akan dikabulkan oleh Allah swt secara khusus.
Demikian juga tentang penemuan Ismu A’zham telah tertulis dalam banyak riwayat di atas. Dalam hadis lain juga disebutkan mengenai manfaat ayat-ayat tersebut.
Anas ra meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda “tidak ada yang dapat kekuatan dua ayat ini untuk mengalahkan kemungkaran dan kejahatan syaitan, iaitu dimulai dari ayat “waila hukum Ilahuw wahid”.
Ibrahim bin Wasmah ra berkata, “ayat-ayat ini dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit gila dan penyakit lainnya.
Barang siapa selalu menjaga bacaannya, maka ia akan terselamat dari bahaya, iaitu ayat : Al Baqarah : 163, 255, 286, - Al Araf : 54, 55, 56 - Al Hasyir : 22, 23, 24. Diriwayatkan bahawa semua ayat di atas, tertulis di Arsy Ilahi.
Ibrahim ra pun berkata, “Jika anak-anak terkena gangguan jin, maka tulislah ayat-ayat tersebut kepada mereka. “Allamah Syami ra meriwayatkan bahawa, imam Abu Hanifah, berkata, “Ismu A’zham ialah Lafazh Allah.”
Juga ditulis bahawa ini pun pendapat Thahawi ra dan ulama yang lainnya. Bahkan para ariffin (ketua ahli tasawuf) senantiasa memperbanyak bacaan lafaz Allah dalam dikir mereka.
Sayyidu Thaifah Abdul Qadir Jailani nawarullah marqadahu juga mengatakan bahwa Ismu A’zhamialah Lafazh Allah, dengan syarat ketika menyebutkan benar-benar hanya asma-Nya dalam lubuk hati kita, tanpa ada yang lainnya.
Beliau juga mengatakan kepada masyarakat awam; “Sebutkanlah nama Allah dengan penuh rasa Agung dan takut di dalam hati.” sedangkan bagi kalangan khusus, “Hendaklah mereka membayangkan kehadiran-Nya ketika menyebut nama-Nya.”
Dan kalangan yang lebih istimewa lagi, “Ketika membaca lafaz ini hendaklah tidak ada sesuatu selain Allah di dalam hatinya.” Disebutkan bahawa di dalam al-Qur’an pun nama itu banyak sekali disebut. Bahkan ada yang menghitungnya mencapai 2630 kali.
Syaikh Ismail Farghani ra berkata “saya sudah berusaha keras mempelajari Ismu A’zham ini, bahkan dengan sangat bermujahadah. Kami sering berhari-hari kelaparan dan sering pengsan kerana laparnya. Pada suatu hari saya sedang duduk di masjid damsyik, tiba-tiba datanglah dua orang masuk ke masjid dan berdiri di dekatku.
Sambil memandang mereka hati saya berkata, seakan-akan mereka adalah malaikat. Ia bertanya kepada kawannya “apakah kamu mahu mempelajari Ismu A’zham?” jawab yang satunya “ya beritahukanlah aku ingin belajar” setelah saya merenungkan dan mendengarkan dengan saksama ia berkata “Lafazh itu ialah Allah”. Dengan syarat agar dibaca penuh ikhlas”
Syaikh Ismail berkata “Yang dimaksud dengan ikhlas ialah orang yang mengucapkan hendaknya membayangkan seakan-akan ia akan tenggelam di dalam sungai, dan tidak seorang pun menyelamatkannya ketika itu. Lalu ayat ini diucapkan dengan benar-benar ikhlas” kondisi seperti inilah yang dikehendaki. Untuk mencapainya diperlukan kepandaian serta ketabahan yang luar biasa.
Dikisahkan ada seorang syeikh yang telah menguasai Ismu A’zham. Lalu datanglah seorang fakir ingin mempelajari Ismu A’zham darinya. Ia memohon, “ajarilah saya Ismu A’zham” Syeikh pun berkata kepada si fakir, “Kamu bukanlah ahlinya.” Si fakir menjawab, “Saya, salah seorang ahlinya” Sahut Syeikh “Baiklah sekarang pergilah ke sana. Jika terjadi sesuatu, ceritakanlah kepadaku”.
Si fakir itupun pergi ke tempat yang ditunjuk. Di sana ada seorang tua yang datang dengan membawa kayu-kayu di atas seekor keldai. Tiba-tiba datanglah sepasukan tentera, orang tua itu dipukul sehingga kayu-kayu berselerakan.
Orang fakir tersebut sangat marah terhadap tentera. Ia segera menjumpai Syeikh tadi. Dan diceritakan kepadanya semua kejadian itu seraya berkata “Jika saya telah menguasai Ismu Az’ham tentu saya akan berdoa buruk untuk tentera itu.”
Syeikh berkata, “sesungguhnya saya telah mempelajari Ismu Az’ham ini dari orang pembawa kayu tadi.”
Demikianlah Berdoalah dengan Ismu Az’ham, yang terdapat di dalam Al-Qur’an sebagai berikut:
1.“Ismullah Al Az’ham” yang apabila diseru dengannya ia penuh di dalam 3 surah dari Al-Qur’an : dalam Al-Baqarah, Ali Imran dan Surat Thaha.
2.“Ismullah Al Az’ham”, terdapat pada Surah Al Baqarah : 163, 255, 286, - Al Araf : 54, 55, 56 - Al Hasyir : 22, 23, 24. Diriwayatkan bahawa semua ayat di atas, tertulis di Arsy Ilahi.
3.“Ismullah Al Az’ham” adalah dalam dua ayat ini : (1) “Wa ilaahum ilahum Waahid, laaa ilaaha ila huwar Rahmaannur Rahiim” (Al-Baqarah: 163) (2) “Alif Laam miim, Allahu laa Ilaaha huwal Hayyul Qayyum” (Permulaan Ali Imran)
4.“Ismullah Al Az’ham” yang apabila diseru dengannya ia memenuhi adalah di dalam ayat: “Qulil Laahumma Malikal mulki... (Surah Ali Imran : 26)
5.“Ismullah Al Az’ham” yang apabila diseru dengannya ia memenuhi dan apabila diminta itu ia memberi adalah seruan Nabi Yunus bin Matta.
Perkongsian ilmu dari FB
Sayyid Pendita Adi Putra

No comments:

Post a Comment