MUHAMMAD RASULULLAH
57. Surah Al-Hadid (ayat 3)
ﻫُﻮَ ﺍﻟْﺄَﻭَّﻝُ ﻭَﺍﻟْﺂﺧِﺮُ ﻭَﺍﻟﻈَّﺎﻫِﺮُ ﻭَﺍﻟْﺒَﺎﻃِﻦُۖ ﻭَﻫُﻮَ ﺑِﻜُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻋَﻠِﻴﻢٌ
"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Allah memberitahu Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin…
Hadis qudsi; "Insan itu rahsia Aku, dan Aku rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, dan sifat Aku tidak lain daripada Aku."
Sifat Allah tidak lain daripada Allah… Di manakah hubungan di antara Allah dengan Muhammad?
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. “Ana abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar – Aku bapa segala ruh dan Adam bapa segala jasad”
“Ana Ahmad bilal mim : Aku Ahmad tanpa mim"
ﺍﺣﻤﺪ = ﺍﺣﺪ
ﺍﺣﻤﺪ = ﺍﺣﺪ
“Ana ‘arab bilal ‘ain : Aku ‘arab tanpa ‘ain"
ﻋﺮﺏ = ﺭﺏ
Allah itu zat Muhammad..
Muhammad itu sifat Allah..
Muhammad itu sifat Allah..
Kembali kepada Insan rahsia Aku (Allah), Aku (Allah) rahsia insan, rahsia itu sifat Aku (Muhammad), sifat Aku (Muhammad), tidak lain daripada Aku…
Sifat Allah adalah rahsia Allah yang telah ditajalli atau dinyatakan dengan atau telah diberi nama dengan nama Muhammad..
Muhammad adalah segala sifat-sifat terpuji Allah.. Sifat terpuji Allah yang paling utama ialah (Siddiq, Amanah, Tabligh, fathonah)…
Muhammad Bin Abdullah (Zahir Muhammad – sifat Allah yang dizahirkan) adalah sebagai pembawa rahsia dan pemberi peringatan yang terakhir tentang rahsia Allah ini.. Tidak ada lagi rahsia yang disembunyikan oleh Allah di dalam menyatakan rahsiaNya kepada keseluruhan Alam...
Muhammad bin Abdullah telah diberi amanah untuk menyampaikan rahsia ini (Allah telah berfirman "pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu".....
Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. “Aku adalah bapa segala roh @ Aku (Muhammad) adalah asal kejadian segala Roh”
Inilah Muhammad Rasulullah yang diperintahkan supaya dikenal sebagai pesuruh Allah sepanjang zaman, kerana nabi Muhammad bin Abdullah telah wafat, (telah kembali ke rahmatullah)...
Untuk sampai kepada @ mencapai maqam Muhammad Rasulullah ini, setiap umat Muhammad hendaklah sentiasa mentauhidkan atau mengesakan Allah (puji hamba kepada tuhan iaitu setiap badan diri manusia sentiasalah hendaknya mengesakan Allah di dalam setiap detik dan saat di dalam keluar masuknya nafas)...
Setelah proses mengesakan atau mentauhidkan Allah telah mendapat pengesahan dan diterima oleh Allah, barulah badan diri (jasad dan roh) yang telah sentiasa mengesakan Allah ini akan diangkat kepada maqam Muhammad Rasulullah.. Amiin²
No comments:
Post a Comment