Saturday, 11 February 2017

KALAU KITA GHAIB, BARULAH ALLAH WUJUD..

KALAU KITA WUJUD, MAKA HILANGLAH ALLAH..
KALAU KITA GHAIB, BARULAH ALLAH WUJUD..
Telah kita ketahui bahawa wujud Allah itu ZAHIR dan BATIN, dengan erti kata lain tiada wujud bagi diri kita, atau wujud alam, atau wujud apa sahaja yang terlintas di akal fikiran, melainkan semua itu adalah wujud Allah semata-mata..
Maka itu, hendaklah kita iktikadkan bahawa apa sahaja af'al atau perbuatan yang berlaku di langit dan di bumi sejak dahulu, kini, dan selamanya, termasuk yang baik dan yang buruk, adalah merupakan af'al atau perbuatan Allah semata-mata..
Bagi para arifbillah @ wali-wali Allah, tidaklah mereka memandang akan segala sesuatu, melainkan mereka melihat Allah di sebaliknya, dan besertanya, atau dalam bahasa yang mudah difahami, itulah Allah.. Allah melihat Allah.. Allah mendengar Allah.. Dan Allah berkata-kata pada Allah jua..
Dan sungguh mereka telah fana, hancur lebur, dan karam di dalam wajah Allah.. Sehinggakan tertimbulnya fitnah bagi masyarakat awam dan ulamak fekah yang buta mata hati mereka di dalam menilai mana satu yang berlian dan mana satu yang kaca..
Arifbillah yang memasuki keadaan hulul @ jazbah.. Terungkap di bibir mereka akan kalam-kalam seperti "Ana Al-Haq" seperti yang diucapkan oleh Syeikh Hussein Mansur Al-Hallaj.. Dan berkata pula Syeikh Siti Jenar "Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah"..
Dan segala bentuk lafaz yang mutasyabihat ini tidaklah diharuskan di dalam syarak, kerana boleh mengundang fitnah dan bahaya kepada si pengucap itu sendiri, disebabkan jahilnya golongan syariat yang hanya tahu menjatuhkan hukum tanpa usul periksa..
Cukuplah jika kalian iktikadkan di lubuk hati yang terdalam.. Dengan penuh keyakinan.. Bahawa TIADA WUJUD SELAIN ALLAH.. Dan kalian semua adalah penyata bagi Allah.. Maka terlepaslah dari dosa syirik serta sejahteralah kehidupan kalian dunia akhirat.. Amiin²
Salam Tauhid
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen

No comments:

Post a Comment