TIDAK ADA SAMA SEKALI PERBUATAN KAMU..
HANYA PERBUATAN ALLAH SEMATA-MATA..
HANYA PERBUATAN ALLAH SEMATA-MATA..
Wajib kita iktikadkan segala perbuatan itu berlaku atas kehendak dan kudrat Allah Taala, termasuklah segala perbuatan yang baik dan segala perbuatan yang buruk..
Makna perbuatan yang baik itu dapatlah diertikan sebagai segala perbuatan iman dan taat, manakala makna perbuatan yang buruk itu pula dapatlah diertikan sebagai segala perbuatan kufur dan maksiat..
Lebih dalam lagi, perbuatan itu pula ditakrifkan oleh dua situasi, iaitu sama ada di atas kemahuan sendiri seperti makan minum dan juga perbuatan yang dipaksa, seperti disuruh menipu, disuruh menyerah, dan sebagainya..
"BUKAN KAMU YANG MELEMPAR (HAI MUHAMMAD) TETAPI AKULAH YANG MELEMPAR"
"AKU PERBUAT KAMU DAN APA-APA YANG KAMU PERBUAT"
"TIDAK BERGERAK WALAU SATU ZARAH TANPA IZIN ALLAH"
"TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH"

No comments:
Post a Comment