Sunday, 5 February 2017

iman lur biasa

IMAN SIAPA YANG PALING LUAR BIASA?
Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"
Para sahabat menjawab, "Para malaikat, ya Rasulullah."
Balas Rasulullah, "Sudah tentulah para malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.."
Seketika terdiam para sahabat, lalu mereka menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulullah."
Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.."
Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman, ya Rasulullah."
Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.."
Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui."
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah s.a.w. berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku.. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan isinya.. Orang yang beriman denganku dan yang pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia.. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia, adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi tetap beriman denganku.."
Rasulullah s.a.w. diam seketika.. Kemudian, beliau menyambung dengan nada suara yang lirih dan syahdu sekali;
"Sesungguhnya,,, aku rindukan mereka....."

No comments:

Post a Comment