ASAL DIRI @ TAJALLI ALLAH
Allah tiada di dalam diri kita, tetapi kitalah yang ada di dalam Allah.. Bukan kita yang mengandungi Allah, tetapi Allah-lah yang mengandungi kita.. Bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allah-lah yang meliputi kita..
Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah.. Sifat yang ada pada diri kita pasti akan hilang lenyap dan hancur binasa.. Sifat yang kekal dan abadi itu hanyalah Allah S.W.T.
Firman Allah Azza wa Jalla:
"Tiap-tiap sesuatu akan binasa, kecuali zatNya, bagiNya hukum itu dan kepadaNya kamu dikembalikan"
Makhluk itu hanya menjadi 'bekas' atau tempat Penzahiran Ketuhanan.. Medium di mana Dia menyatakan DiriNya..
Melalui 4 fasal yang dizahirkan pada:
1. Usul (Zat)
2. Asal (Sifat)
3. Nama (Asma)
4. Perbuatan (Af'al)
2. Asal (Sifat)
3. Nama (Asma)
4. Perbuatan (Af'al)
Yang menjadi empat jalan:
1. Syariat
2. Tarikat
3. Hakikat
4. Makrifat
2. Tarikat
3. Hakikat
4. Makrifat
Martabatnya:
1. Syariat itu Af'al Allah
2. Tarikat itu Asma Allah
3. Hakikat itu Sifat Allah
4. Makrifat itu Zat Allah
2. Tarikat itu Asma Allah
3. Hakikat itu Sifat Allah
4. Makrifat itu Zat Allah
Alamnya:
1. Alam Syariat - Alam Nasut
2. Alam Tarikat - Alam Malakut
3. Alam Hakikat - Alam Jabarut
4. Alam Makrifat - Alam Lahut
2. Alam Tarikat - Alam Malakut
3. Alam Hakikat - Alam Jabarut
4. Alam Makrifat - Alam Lahut
Menjadi:
1. Syariat jadi Tubuh
2. Tarikat jadi Hati
3. Hakikat jadi Ruh atau Nyawa
4. Makrifat jadi Sirr atau Rahsia
2. Tarikat jadi Hati
3. Hakikat jadi Ruh atau Nyawa
4. Makrifat jadi Sirr atau Rahsia
1. Zat = Wujud Zat iaitu wujud yang HAQ pada Zat Allah difahami dengan Rabbul Izzati iaitu wujud yang sebenar benarnya melekat pada Zat Allah, yang menjadi Rahsia (SIRR), merupakan sesuatu yang tidak boleh di ucapkan tapi secara nyata boleh dirasakan, seperti rasa manis pada gula, rasa masin pada garam, hanya boleh dirasakan tanpa boleh dikatakan.
2. Sifat = Wujud Sifat iaitu wujud yang melekat pada sifat Zat difahami dengan sifat Allah iaitu terhimpun nya sekalian sifat dari segala sifat, yang dirangkum oleh para wali menjadi sifat 20, wujud sifat ini dinamakan juga Nur Muhammad, yang merupakan Ruh atau Nyawa pada diri.
3. Asma = Wujud Asma iaitu wujud yang melekat pada nama Zat yakni terhimpun nya sekalian nama dari segala nama, yang diringkas menjadi asma ul husna 99 nama 1 Rahsia, wujud ini dinamakan juga wujud iman, merupakan Hati pada diri tempat keyakinan yang menjadi iman kepada Allah sebagai cermin setiap makhluk yang memahami tentang Zat Allah.
4. Af'al = Wujud Af'al iaitu wujud yang melekat pada perbuatan Zat difahami dengan kelakuan Allah dalam Kudrat IradatNya, iaitu wujud yang keberadaanNya disebabkan oleh suatu sebab sehingga tidak terjadi dengan sendirinya, wujud ini dinamakan juga wujud adam, merupakan tubuh pada diri.
Sehingga pemahaman tentang wujud Allah ini adalah:
1. Zat Allah jadi Rahsia pada diri.
2. Sifat Allah jadi Nyawa atau Nur Muhammad atau Ruh pada diri.
3. Asma Allah jadi Hati atau iman pada diri.
4. Af'al Allah jadi tubuh pada diri.
2. Sifat Allah jadi Nyawa atau Nur Muhammad atau Ruh pada diri.
3. Asma Allah jadi Hati atau iman pada diri.
4. Af'al Allah jadi tubuh pada diri.
Tugas Sirr adalah merasakan..
Tugas Ruh adalah menghidupkan..
Tugas Hati adalah mengakui..
Tugas Wujud adalah memperlihatkan Af'al-NYA..
Tugas Akal adalah berfikir..
Tugas Nafsu adalah berkeinginan..
Tugas Ruh adalah menghidupkan..
Tugas Hati adalah mengakui..
Tugas Wujud adalah memperlihatkan Af'al-NYA..
Tugas Akal adalah berfikir..
Tugas Nafsu adalah berkeinginan..
Jadi bukan Zat melainkan RAHSIA pada diriku..
Bukan Sifat melainkan Nur Muhammad atau NYAWA menjadi Ruh pada diriku..
Bukan Asma atau nama melainkan HATI atau keyakinan menjadi iman pada diriku..
Bukan Perbuatan melainkan batang TUBUH pada diriku..
Bukan Sifat melainkan Nur Muhammad atau NYAWA menjadi Ruh pada diriku..
Bukan Asma atau nama melainkan HATI atau keyakinan menjadi iman pada diriku..
Bukan Perbuatan melainkan batang TUBUH pada diriku..
Inilah yang sebenarnya manunggalnya diri dengan Allah Yang Maha Esa, yang dimaksudkan dengan Wahdatul Wujud yang berada pada diri meliputi Zat Sifat Af'al dan Asma, tiada jarak antara Hamba dan Allah S.W.T.
Perkongsian dari FB Syekh Siti Jenar
No comments:
Post a Comment