Assalamualaikum kepada kekasih-kekasih Allah.............
Bilamana diketika kita sedang mimpi dengan sendirinya kita diketika itu dan selamanya adalah dalam keadaan berserah diri apa lagi diketika kita sedang jaga. Semutlak-mutlak diri kita masih juga bergantung kepada kudrat Allah. Sedarlah kita pada hari ini bahawa kita kena serah kembali kudrat kita kepada Allah.
Bila kita telah sampai kepada tahap penyerahan yang hakiki (penyerahan mutlak) ianya akan menjadikan diri kita kosong (fana') dan kosong itulah sebenarnya penyerahan diri kita. Selagi belum menjadi kosong (fana') itu bukan lagi penyerahan diri. Penyerahan diri kepada Allah di dalam mimpi atau di dalam tidur itu sebenarnya adalah penyerahan yang masih kabur (samar-samar). Sedangkan penyerahan dikala jagalah yang dikatakan sebenar-benar penyerahan.
Diketika kita tidur atau diketika kita mimpi, diri kita sudah sememangnya terserah kepada Allah yang tidak lagi perlu kepada penyerahan. Penyerahan yang sebenar itu adalah penyerahan dalam keadaan kita jaga. Penyerahan dikala kita jaga itulah yang dikatakan penyerahan diri yang sebenar-benar
Penyerahan. Adapun pengajaran penyerahan dikala kita tidur atau penyerahan dalam keadaan kita mimpi itu adalah sebagai kaedah penyerahan diri kepada Allah.
Penyerahan. Adapun pengajaran penyerahan dikala kita tidur atau penyerahan dalam keadaan kita mimpi itu adalah sebagai kaedah penyerahan diri kepada Allah.
Mimpi atau tidur itu adalah satu panduan atau untuk cara-cara membuat penyerahan diri kepada Allah supaya sampai ketahap kosong, tahap tak ada apa-apa, melainkan semuanya milik Allah. Suka hati Allah untuk berkehendak atas kita. Kita ini adalah ciptanya seumpama sarung parang yang dibuat oleh parang.
Sarung parang tak ada kuasa untuk mengarahkan parang. Terpulang pada parang hendak mencorakkan bagaimana. Mimpi atau tidur adalah bagi menggambarkan segala kudrat untuk berjalan kudrat untuk berlari, kudrat untuk memanggil dan sebagainya itu adalah milik Allah. Menyedarkan kita bahawa semua kudrat yang dikatakan milik kita itu, sebenarnya adalah milik Allah Taala. Mimpi dan tidur itu mengajar kita mengenal bahawa yang kudrat yang kita pakai ini, adalah milik Allah Taala.
Amin drp Bahtera Usang Tiada Kemudi.
No comments:
Post a Comment