Wednesday, 1 February 2017

hakikat ada

Assalamualaikum kepada kekasih-kekasih Allah..............
Saya mengajak tuan-tuan mencari Allah disebalik sifat wujud. Mari kita sama-sama mencari Allah disebalik sifat wujud. Manalah tahu keberangkali mudah-mudahan kita berjumpa Dia di sana. Kita wujudkan balik sifat yang sepatutnya wujud. Sifat yang sepatutnya wujud itu, adalah hanya Allah.
Namun, setelah kita imbas-imbas, kita selidiki dan setelah kita tilik-tilik dengan akal yang lemah ini, kita didapati bahawa sifat wujud itu, adalah salah satu sifat yang berbilang-bilang. Pada mulanya kita menyangka bahawa sifat wujud itu, adalah hanya Allah sahaja. Ternyata sangkaan kita meleset, sebaliknya wujud ada banyak. "Allah itu banyak pada sifat, banyak pada af'al, banyak pada asma' dan wujudnya Allah itu banyak pada zatNya, namun Esa pada hakNya" (Banyak pada wujud tetapi Esa pada hak).
Ada pula yang mengatakan bahawa wujudnya Allah itu banyak pada sifat tetapi Esa pada zatNya. Pada mulanya kita menyangka bahawa wujud itu hanya Allah sahaja. Sebaliknya setelah ditimbang-timbang, didapati wujud itu banyak. Wujud pada sifat, wujud pada nama, wujud pada af'al dan wujud pada zat (berbilang-bilang wujudnya). Niat di hati untuk mentauhidkan Allah pada sifat wujud. Niat dihati nak berhenti, nak duduk, nak tetap dan nak putus mencari Allah pada sifat wujud.
Ternyata sekali kita gagal. Kita tidak temui untuk mengesakan Allah pada sifat wujud, malahan berbilang-bilang (malahan wujudnya berbilang-bilang). Sifat yang masih berbilang-bilang itu, tidak boleh dijadikan tapak (tidak boleh dijadikan asas) untuk kita mencari Allah. Sifat yang berbilang-bilang itu, tidak membawa kita mentauhidkan Allah dan tidak boleh membawa kita kepada mengenal Allah Taala.
Makanya hendaklah kita tinggalkan, hendaklah kita buang dan hendaklah kita tolak dari mencari Allah melalui sifat wujud. Wujud itu, sepatutnya hanya bagi Allah (Allah sahaja yang sepatutnya bersifat wujud). Sebaliknya pada hakikat atau pada kenyataannya wujud itu, ada banyak. Seumpama wujud alam, wujud bumi, wujud kayu kayan, wujud haiwan, wujud langit dan wujudnya bermacam-macam wujud.
Allah melihat, kita juga turut melihat (sifat melihat itu, sepatutnya hanya bagi Allah). Bilamana Allah bersifat melihat, kita sepatutnya bersifat buta. Sebaliknya Allah bersifat melihat, kita juga bersifat melihat (seolah-olah sifat melihat itu ada dua sifat wujud). Kalau kita masih tidak boleh untuk mengesakan Allah melalui sifat wujud, mari kita sama-sama mencari sifat lain yang boleh membawa kita mengenal Allah melaluinya.
Sifat wujud itu, adalah sifat yang paling mudah untuk mengesakan Allah (mengenal Allah), namun kalau tidak juga faham-faham, mari kita cari jalan lain, kaedah lain dan mari kita guna pendekatan lain yang boleh membawa kita kepada faham.
Amin drp Bahtera Usang Tiada Kemudi.

No comments:

Post a Comment