Wednesday, 1 February 2017

hakikat iblis

Assalamualaikum...
Makrifat dan Syariaat selalu berlaku bertentangan.
Tidak mampu untuk sy mengajak tuan2 memahami ilmu makrifat. Biar apapun kata saya, tuan-tuan tetap menafikan dengan berbagai-bagai penafian. Malahan menuduh saya tidak benar!.
Sebelumnya saya nak bertanya kepada tuan-tuan, apakah Allah tidak tahu yang Iblis itu akan engkar kepada perintah Allah?. Perintah engkar itu, apakah iblis sendiri yg menciptanya?. Bolehkan iblis mencipta kehendak dan kemahuannya dirinya sediri, tanpa diketahui Allah?.
Allah menjadikan iblis itu, adalah bertujuan supaya menjalankan perintah dan ketetapan Allah, iaitu perintah tidak patuh. Ketidak patuhan iblis itu juga, adalah perintah Allah!. Iblis bukan engkar kepada perintah Allah. Sebenarnya iblis patuh kepada perintah ketetapan azali,sebagaimana tercatat.
Bila saya kata iblis patuh, org syariaat menuduh saya salah!. Org makrifat tidak memandang atau menuduh iblis engkar. Sebaliknya org makrifat itu memandang bahawa keengkaran iblis itupun juga, adalah dari ketetapan Allah (ketetapan engkar). Iaitu iblis menjalankan ketetapan ingkar!.
Ketetapan engkarnya iblis itupun juga, adalah dari karangan atau dari tulisan Allah juga!. Patuh kita katakan dari Allah, apakah engkar itu, ada Allah lain yang buat!. Cuba jawab?…………………
Banyak daripada ilmu makrifat itu, tidak diterima oleh oranng syariaat. Pertentangan serta percangahan ini, tidak akan habis sehingga kiamat!. Biar apa yang kita luahkan dalam ilmu makrifat, akan selalu mendapat tentangan.
Orang makrifat tidak melihat kepada patuh atau engkar tetapi melihat kepada pemilik patuh dan pemilik engkar!. Engkar dan patuh itu, Allah bukan suruh kita lihat kepada perkara buruk atau perkara baik. Buruk dan baik itu, adalah bagi tujuan Allah menyatakan diriNya disebalik buruk dan baik!…………………..
Apa-apapun yg mereka tuduh, saya telan dengan rasa manis. Asal saja mereka tidak meyentuh kebesaran Allah.
Mulai dari hari ini, wahai sekalian yg berfahaman ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah). Jangan sekali-kali kita terlihat atau terpandang ciptaan tetapi lihat, tilik dan pandannglah kepada PENCIPTANYA!
Amiin2 drpd bahtera usang yg tiada kemudi.

No comments:

Post a Comment