Wednesday, 1 February 2017

hakikat cari

Assalamualaikum kepada kekasih-kekasih Allah................
Sebenarnya Allah itu, tidak lagi perlu dicari, tidak perlu dilafaz dan tidak perlu ditulis kerana yang dicari itu, adalah juga diri yang mencari. Seumpama mencari unta yang hilang, sedangkan unta yang disangka hilang itulah yang ditungganginya ke hulu ke hilir.
Seumpama menilik diri di dalam cermin (yang ditilik itu, adalah juga yang ditilik). Juga seumpama cincin sudah dijari dan perahu sudah di air, tunggu apa lagi? Oleh itu, apa lagi yang hendak dicari, dipanggil dan apa lagi yang hendak disebut!. Allah itu nyata, lebih nyata dari cahaya matahari, jadi kenapa perlu dicari?
Amin drp Bahtera Usang Tiada Kemudi.

No comments:

Post a Comment