Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat seperjuanganku semua............
"Awalludin Makrifatullah" (Awal beragama mengenal Allah). Marilah kita sama-sama mempelajari ilmu paling bawah, paling dasar, paling senang dan yang pertama-tama yang dituntut dalam Islam sebagaimana Baginda Rasulullah mengajar selama 13 tahun dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Ilmu di dalam Islam ini ada 4 peringkat ilmu. Pertama, Syariat, Torikat, Hakikat dan Makrifat. 4 cabang ilmu ini adalah ilmu fardu ain yang mana wajib dipelajari sebelum kita menutup mata. Adapun 4 cabang ilmu itu pula dipecah menjadi 2, iaitu ilmu Syariat dan Torikat dipanggil ilmu Syariatin (kulit). Ilmu Hakikat dan Makrifat pula dipanggil ilmu Hakikoton (Isi). Sebelum kita ingat kepada Allah, kita wajiblah mengenal akan Allah. Sebelum kita mengenal Allah, wajib pula kita mengenal diri. "Kenallah diri rata-rata semoga mengenal Allah yang nyata".
Amin drp Yusmahadi Mohd Yusoff.
No comments:
Post a Comment