🔱By Miss Suria Pagi🔱 : _*Mereka ( Para Ahli-Allah terkadang) itu kekurangan dalam kehambaannya, namun mereka itu sempurna dalam Ketuhanan-Nya. (Bahasa hakekat)*_ ✔✔✔
*AHLI SYARIAT VS AHLI HAKEKAT*
B i s m i l l a h - S e g a l a - U n t u k N y a.
ahli fekah _dikurangi 1 oleh Allah_
ahli tasawuf _dikurangi 1 oleh Allah_
jika ahli fekah memperbaik 1 yang terkurang,
lalu ahli tasawufpun memperbaik 1 yang terkurang,
maka kedua-duanya saling melengkapi - maka mereka menjadi para Arifbillah dalam bidang masing masing.
Syariat & hakekat jalan serentak ..
*Ahli fekah* yang lemah tasawuf,
dia memperbaiki ilmu yang ia kurang,
*Ahli tasawuf*yang lemah fekahnya,
dia memperbaiki hal yang ia kurang.
Itulah satu satunya jalan keselamatan.
Zaman ini ada 2 _Golongan Tercela_ :
Golongan ahli Fekah yang *mencela ahli Tasawuf.*
Dan satu lagi golongan ahli Tasawuf yang *memandang rendah pada ahli Fekah.*
Kedua-dua golongan ini saling merasa paling benar.
Jika mereka tidak mahu bertaubat atas _kesalahan kesalahan batin_ ini, maka kedua-dua golongan ini akan dicampakkan Allah ke dalam jahanam atas sifat kesombongan ilmu yang mereka miliki dari-Nya.
Golongan Fekah mencela dengan *lidah Zahir,*
Golongan Tasawuf mencela dengan *lidah Hati.*
Dua-duanya akan dibinasakan Allah.
Seorang ahli Tasawuf _(yang maqam hatinya telah dinaik taraf@Upgraded Quality Maqam Kesucian Hati)_, maka lidah zahir & lidah hatinya tidak boleh lagi *buas* & *liar* seperti mana saat zaman mereka masih pada level "fekah" _(Quality maqam hati yg lebih rendah sedikit dari ahli Tasawuf@ Salik dlm perjalanan menuju maqam Kesufian),_ hatinya perlu lebih "sensetif" & "peka" atas pengawasan Allah ..
Atas sebab dia dah "faham", jika dia mencela seekor "lalat patah kaki" .. dia dapat "merasakan" bahawa hal _lintasan hati_ seperti tu telahpun "sampai" pada *pengetahuan Allah* _(sama mcm kita mambaca saat ini. Allahpun "selapis jiwa" dengan kita, turut "membaca sama" apa apa yang kita baca dan apa apa yang kita lintaskan di dalam hati kita. Jadi kita dah "faham", apa yg kita baca, Allah pun "mengetahui sama" - inilah "asas" dlm perjalanan menuju-Nya, iaitu pengawasan qalbu hati dari hal hati yang dibenci Allah)_
Mencelanya seseorang ahli tasawuf dengan *hatinya* pada sesama makhluk Allah, adalah lebih *berbahaya* dari mencelanya seorang ahli fekah (jahil hakekat) dengan *lidah zahirnya.*
Bila dah jadi *ahli Tasawuf* dan dah "rasa" diri kita ini sedang menempuh perjalanan *Kaum Sufi* iaitu asasnya perjalanan yang ditempuh oleh *Para Arifbillah Aulia Allah,* maka banyak hal tentang kegaiban lintasan hati yang perlu kita awasi waspadai sentiasa, disamping dipagari segala *pintu hati* dengan pagar pagar Nur Zikirullah. Zikir semata, tidak mampu menghalangi pintu hati dari ditembusi virus virus tercela (sifat mazmumah), ia perlu disertai dengan ilmu pengetahuan batin @ tasawuf.
Mata zahir perlu di awasi? Sudah tentu - ia wajib :-) ... Mata hati perlu di awasi? Lebih la lagi ...
Maka begitu jugalah dengan *Lidah-Lidah hati* yang masih *buas ditunggangi Iblis* ... halaunya dengan ilmu Allah, Zikirullah dan *BANTUAN ALLAH* .. Dialah yang mencipta hati kita, dan Dia gunalah *Anti Virus* terbaik bagi mengawal hati kita dari hal hal tercela. Kita mana ada daya upaya menjagai hati kita sendiri jika ianya *"Tidak Dibantu"* Allah sendiri, kan? :-)
Bukan senang membuang sifat mazmumah tercela di dlm hati. Jika kita *rajin* baca kitab riwayat hidup para Aulia-Aulia silam, maka kita akan dapat jumpa bahawa para wali wali silampun (yang rendah sikit maqam hatinya), ada kala masanya *hati merekapun* tergelincir juga .. ya benar! tak sengaja teriyak, tak sengaja mencela sesama manusia, padahal yang dicelanya *di dalam hatinya* itu adalah golongan para Wali wali yang lebih tinggi maqam kesucian hatinya, yang telah mampu membaca *lintasan hati* manusia (karomah Allah sisi batin hati).
Apa lagi kita yang bukan wali ni, lebihlah lagi banyaknya *tercela pada hati & jasad.* Tapi jika Allah telah permudahkan (dlm proses pembaikan hati) maka segalanya urusan yang ghaib berkenaan hati jadi mudah bagi perawatan batin hati tu.
Moralnya : _Bergantunglah pada semata, tapi jangan gantungkan sesuatu "hajat batin" atas sandaran perbuatan amal semata - tetapi dengan izin-Nya dan bantuan-Nya sahaja - barulah hasrat tu tercapai (dimakbulkan @ pembersihan hati)_
Fahami makna Surah Al-Fatihah penghujung Ayat : 5 dan Surah Al-Iklas Ayat : 3 ... Segalanya adalah "Kepada-Nya" .. tempat kita meminta sesuatu hajat @ proses membersihkan ruang qalbu hati. Kita "Tiada Daya" sebenarnya. Sebab tu 2 ayat di atas diperturunkan Allah di dalam *2 buah Surah yang Terpenting* ... sayangnya, kita membaca banyak kali setiap hari .. tapi dalam perbuatan, kita masih *"bergantung"* pada diri sendiri dengan melepaskan *ikatan hati dengan Allah.* Maka Allah Tak Bantu Kita dlm proses pembersihan hati tersebut.
_Berapa ramai orang yang berzikir pada zaman ini, tapi sungai hatinya masih dipenuhi dengan *sampah sarap batin? *Dan bagaimana keadaannya sungai hati kita pada saat ini?* :-) (salam senja)_ ✨🔱🙏🏻🔱✨
No comments:
Post a Comment