MEMPERTAJAMKAN MATA HATI TERHADAP KETAUHIDAN
Makrifatullah, adalah capaian yang sentiasa diimpikan oleh hamba. Keberhasilan dalam menapaki derajat tersebut menjadi simbol akan ketajaman tauhidnya.
Sebagai makhluk terpilih, untuk berjumpa dan menjalani hubungan paling dekat dengan Khaliq (Pencipta) terbuka sangat lebar. Bahkan Dia telah menunjukkan jalannya melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Setiap hembusan nafas seorang hamba adalah nikmat Allah jua, dan nikmat itu selalu “segar” mengiringi desahnya. Untuk itu, seorang hamba wajib mensyukurinya.
Syukur yang paling rendah tingkatannya adalah menyedari bahawa nikmat itu berasal dari Allah, rela menerimanya serta tidak mengingkarinya.
Adapun bentuk sempurnanya syukur adalah pengakuan dengan bahasa rahsia bahawa seluruh makhluk-Nya tidak akan mampu mengucapkan rasa syukur atas nikmat itu meskipun yang terkecil yang diberikan kepadanya, meskipun melalui upaya yang besar.
Mengingati tumbuhnya taufik untuk mensyukuri nikmat itu sendiri merupakan nikmat yang wajib di syukuri, maka setiap syukur wajib di syukuri, begitu seterusnya, hingga tidak ada batas akhirnya.
Apabila Allah mengasihi seseorang, Dia akan memberikan kepadanya kemampuan mensyukuri nikmat-Nya, merasa rela walau berapapun kecilnya, sebab dia yakin bahawa, sekecil apapun nikmat pemberian-Nya, pada hakikatnya tidak dapat diimbangi rasa syukur hamba.
(QS Al-Isra’:20) ertinya:
“Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi”
SILA SHARE DAN SEBARKAN
♡ MEMAHAMI 3 UBAT
BAGI PENYAKIT HATI♡
“Di antara tanda matinya hati adalah tidak adanya perasaan sedih atas kesempatan beramal yang engkau lewatkan dan tidak adanya penyesalan atas pelanggaran yang engkau lakukan.”
---Syekh Ibn Atha’illah dalam Al-Hikam
Sahabatku, setidaknya terdapat 3 penyebab utama matinya hati.
-- Pertama, terlalu cinta kepada dunia.
-- Kedua, kurangnya memandang kehati dan kurang berdzikir.
-- Ketiga, selalu menuruti hawa nafsu.
Ubat untuk penyakit pertama adalah dengan menanamkan sikap sederhana, qanaah dan berhemat dan bergantung kepada Allah dengan menafikan terus makhluk dan dunia seisi berdiri sendiri tanpa Allah. Dunia sekadar perhiasan bagi menguji cinta dan jadikan dunia sebagai simbol ketuhanan yg membawa hati kepada Allah, bukan sebaliknya.
Untuk ubat bagi penyakit kedua adalah dengan menumbuhkan kesedaran secara terus-menerus akan kehadiran Allah disertai dengan doa dan munajat dengan Asma2 Allah agar hati kekal bertawajuh kepada-Nya. Berhala2 keakuan dan sampah dunia dibuang dari bilik kecil hati terdalam agar disitu kekal bersama kekasih sebagai pasangan pengantin dan fana dari wujud dirinya kerana merasai cinta yg bersatu.
Dan, untuk ubat penyakit ketiga adalah dengan mengikuti para guru yang telah mendapatkan cahaya Ilahi, yang telah berada di jalan kenabian, dengan nasihat, petua, dan instruksi-instruksi mereka untuk mengolah jiwa (riyadhah) dan menundukkan hawa nafsu. Dengan pergi kepada Diri-Nya yang mensifati nafsu... bukan bersandar kepada diri yang disifati dengan nafsu agar terbukti cinta hakiki.
Semoga bermanafaat!
No comments:
Post a Comment