Orang mukmin itu ibarat batu-bata, kota Tauhid
Pembaharui-lah imanmu dengan Laa illaha illaallah, dalam hati Allah! Allah!
Jalan menuju Tuhan sekalian alam
Bagaimana dapat engkau mengenal siapa yg tidak pernah diingati namaNya
Sebutlah namaNya sehingga Dia menyahut sebutanmu dengan sebutanNya
Carilah guru pemandu perjalanan, kerana perjalananmu amat jauh
Jalannya itu amat curam dan berliku-liku
Ramai yg telah hilang dan sesat dalam perjalanan tampa guru pemandu yg benar
Nabi Muhammad S.A.W adalah Guru pemandu manusia yg agung
Para pewaris Kenabian, para Wal dan para ulamak yg muttaqqin
Makrifatullah yg sebenar adalah makrifatullah yg disampaikan oleh Allah secara langsung tampa orang tengah iaitu Khitab Allah kepada para Nabi dan Wali
Kenderaan Syariat Nabi Muhammad S.A.W jangan sekali-kali ditinggalkan walaupun telah tiba disidratul-muntaha
Barangsiapa yg turun ia daripada kenderaan Syariat Nabi Muhammad S.A.W, maka ia sesat daripada jalan Allah
Ya ! Perelokkanlah zahirku dengan hamba-hambaMu dan batinku dengan DzatMu....
- BUTA SELAIN ALLAH
No comments:
Post a Comment