Pengakuan Tuhan itu ada dua, satu benar dan yg satu lagi kafir zindik!
Barangsiapa yg mengaku Allah dalam keadaan kesedaran, maka ia adalah kafir zindik!
Wali yg dalam keadaan fana yg kuat menjadi tempat Tajali rahsia Dzat Allah adalah benar iaitu Tajali Dzat!
Jangan cuba tiru-tiru martabat orang Khawas Al-Khawas sehingga sanggup menjadi kafir zindik!
- BUTA SELAIN ALLAH
Bismillah..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarokatuh
Untuk renungan sempena malam 27 rejab.
~Perjalanan Istimewa Israk Mikraj..~~
27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)
Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahaldan Abu Lahab.
Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.
Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”
“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” – (Surah an-Najm, ayat 13-18).
Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: “Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.” Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.
Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan “Allah”, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.
Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.”
Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.
Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: “Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran.” Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.
Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Dan banyak lagi peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:
1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.
2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.
3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.
4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.
5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.
7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.
SOLAT MIKRAJ MUKMIN
Jika Rasulullah SAW dibawa menembus ke alam tinggi dalam peristiwa Isra Mikraj, yang menghantarkan baginda menyaksikan rahsia-rahsia suci, serta menyaksikan Khaliq, maka seorang mukmin sejati juga boleh merasakan mikraj ini. Mediumnya tak lain adalah solat. Solat adalah mikraj rohani mukmin, sebagai kendaraan untuk seseorang sampai dan menggapai ketinggian dan kemuliaan.
Solat adalah mikrajnya kaum beriman yakni bermi`raj secara rohani. Solat yang khusyu' membolehkan seorang mukmin berjumpa, bermuwajahah, bermunajat dan berkomunikasi secara intim dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala Bagaimana caranya?
Imam Gazali dalam Ihya `Ulumuddin menyebut enam makna batin yang dapat menyempurnakan makna solat, yaitu ; (1) kehadiran hati, (2) kefahaman, (3) ta`zim, mengagungkan Allah, (4) segan, haibah, (5). Berharap, raja, dan (6) malu.
1. Yang dimaksud dengan kehadiran hati (hudur al qalb) dalam solat ialah bersihnya hati dari hal-hal yang tidak semestinya terlintas di dalam solat, selari antara apa yang diucapkan dalam solat dengan apa yang difikirkan.
2. Yang dimaksud dengan kefahaman, tafahhum, adalah faham terhadap makna dari apa yang diucapkan dalam solat. Kefahaman akan makna yang dibaca akan dapat membantu menghadirkan hati.
3. Yang dimaksud dengan ta`zhim ialah sikap hormat kepada Allah. Ta`zhim merupakan buah dari dua pengetahuan, yaitu pengetahuan penghayatan atas kebesaran Allah dan kesedaran akan kehinaan dan keterbatasan dirinya sebagai makhluk.
4. Yang dimaksud dengan haibah ialah perasaan takut kepada Allah yang bersumber dari kesedaran bahwa kekuasaan Allah itu amat besar dan efektif serta menyedari bahwa hukum Allah atau sunnatullah itu pasti berlaku. Oleh kerana itu dia sangat takut melanggar hukun-hukumnya, kerana akibatnya merupakan satu kepastian.
5. Yang dimaksud dengan raja’, penuh harap, adalah selalu berfikir positif bahwa Allah Maha lembut dan luas kasih sayangNya. Di dalam solat, perasaan harap dan cemas silih berganti, cemas takut melanggar, dan berharap memperoleh rahmatNya.
6. Sedangkan perasaan malu, haya’ kepada Allah bersumber dari kesadaran akan banyaknya kekurangan pada dirinya dalam menjalankan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala..
Menurut Imam Ghazali, jika ke enam hal itu berkumpul pada orang solat, maka hatinya akan menjadi khusyu` kerana seluruh citarasanya, seluruh kesedarannya, tertuju hanya kepada Yang Satu, Yang Maha Agung, yang dihormati, ditakuti, tapi menjadi tumpuan harapannya. Sayyidatina Aisyah RA pernah menceritakan bahawa di luar solat, Rasulullah SAW biasa berbincang-bincang akrab dengan siapapun, tetapi ketika sedang solat, beliau seakan-akan tidak mengenal orang lain, dan Aisyah pun bersikap seperti tidak mengenal beliau.
Khusyu akan mudah dicapai oleh orang yang lurus pandangan hidupnya, kerana kekeliruan pandangan hidup akan menyulitkan pemusatan perhatian dalam beribadah. Kelazatan bermunajat hanya dimiliki oleh orang yang sudah tidak lagi mencintai harta benda duniawi, kerana seperti yang dikatakan oleh al Ghazali bahwa orang yang masih bergembira dengan harta benda, apalagi yang masih mencampur adukkan kebaikan dengan keburukan, dia tidak dapat bergembira dalam bermunajat kepada Allah. Cinta harta dan cinta kepada akhirat tidak boleh menyatu dalam satu wadah.
*MEMBUANG SIFAT TERCELA DARI HATI*
Tasawuf : Mengenal Sifat Tercela Pembinasa
*Bismillah : "Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah ... yang MENGAJAR manusia melalui PENA dan TULISAN. Ia (Allah) mengajarkan manusia apa yang (mereka) tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)*
MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI
* BAB 3, Cara-cara Mengamalkan Amalan batin*
Sambungan Bab 3 :
Bismillah : Di sini akan saya huraikan cara-cara mujahadah terhadap penyakit hasad, dengki, pemarah, khianat, dendam, sakit hati dan gila dunia. Sebelum itu akan dijelaskan bahwa dalam berusaha melawan nafsu itu, kita hendaklah menempuh tiga tingkat :
1. *TAKHALLI* : _*Mengeluarkan Najis Hati*_
Mengosongkan, membuang, membersihkan hati 100% dari sifat sifat haiwani dan kesyaitanan yang masih bersarang menguasai dan *mengkarati permukaan hati* pada *saat ini* - demi Allah.
2. *TAHALLI* : _*Memakai Sifat Ketuhanan*_
Mengisi, menghiasi dan *menginstall* diri dan hati dengan sifat sifat terpuji. Bermula dengan memakai sifat sifat *Kemalaikatan* dan berakhir dengan sifat sifat *Ketuhanan* iaitu maqam kesucian hatinya para Wali Wali Allah.
_Sumber Laduniah_
a) Mengenal Sifat Utama Kemalaikatan :
Taat : Malaikat itu taat, tetapi Allah itu tidak mentaati, tetapi diri-Nyalah harus ditaati. Seorang insan harus mentaati bagaikan malaikat tetapi tidak harus ditaati kerana kita insan yang bukan tuhan.
b) Mengenal Sifat Utama Ketuhanan :
Pencinta : Allah itu pencinta, Dia ingin mencintai dan dicintai. Atas kerana sifat *cinta* itulah diciptakan Muhammad, Alam, Insan dan sekalian makhluk.
Lawan sifat Cinta adalah Benci. Inilah sifat syaitan yang bertentangan dengan sifat Ketuhanan. Wajib membuat sifat benci kesyaitanan dari hati lalu memakainya sifat ketuhanan ini - Hukum 2 hal ini adalah wajib. Gagal melaksanakannya, maka hati sentiasa di dalam keadaan tercela.
Semuanya ada 20 sifat yang wajib dipakai pada hati dan jasad dan 20 sifat lagi wajib dibuang dari hati. Dan di atas ini baru 2 sifat sahaja yang baru dinyatakan. Ada 18 lagi yang *wajib* diketahui dan dipelajari _*Meniti Jalan Jalan Para Wali.*_
3. *TAJALLI* : *Pancaran Nur Ketuhanan*
Merasai kebesaran dan kehebatan Allah hingga diri dan hati tenggelam di dalam kesucian sifat sifat Ketuhanan yang telah dipakaikan pada akal, hati dan rohani. Hati bagaikan cakera harddisk yang akan kamu penuhinya dengan *nama-nama-Nya dan sifat sifat-Nya* .. Akal pula bagaikan lengan penulis pada permukaan cakera harddisk. Baik lengan pena (akal) itu, maka baiklah hal hal yang akan terpahat pada permukaan harddisk (hati). Sedangkan rohani yang bersifat ghaib itulah sumbernya datangnya Tajalli - ia diumpamakan software-software Nur Ketuhanan yang Allah install pada cakera harddiak hati. Tetapi buat cakera harddisk yang *Rosak Bervirus* .. tiadalah sebarang software yang boleh diinstall di dalamnya.
Atas kerana itu, sebelum sampai ke fasa Tajalli, setiap salik wajib melalui dahulu proses Takhalli dan Tahalli. Akan dijelaskan seterusnya.
〰➰〰➰〰➰〰➰〰
1. *TAKHALLI*
Di tingkat takhalli kita mesti melawan dan membuang semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah, hal hal yang tercela dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh sifat sifat tercela ini dari diri kita, maka nafsu itu akan selalu menguasai dan menghambakan kita.
Sabda Rasulullah SAW :
_*Terjemahannya: Sejahat-jahat musuhmu ialah nafsumu yang terletak di antara dua lambungmu.*_ (Riwayat Al Baihaqi)
Kerana kejahatannya itu telah banyak manusia yang ditipu dan diperdaya untuk tunduk, bertuhankan hawa nafsu dan dari hawa nafsu ini lah membiaknya pelbagai penyakit-penyakit batin (akan dijelaskan nanti).
Itu diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:
Terjemahannya: _*"Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan lalu dia disesatkan Allah.*_ (Al Jaatsiah: 23)
Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati dan diri, iman tidak memiliki tempat sekalipun ia mempunyai iman. Bila iman diketepikan, manusia bukan lagi menyembah Allah SWT Tuhan yang sebenar-benarnya tetapi menyembah hawa nafsu sekalipun yang dilakukannya berupa amal ibadah.
Oleh itu usaha melawan & mengekang hawa nafsu, kerana ia adalah segala macam sumber virus virus batin insan. Dan jangan dianggap ia hal ringan. Itu adalah satu jihad yang sangat besar.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabatnya ketika pulang dari satu medan peperangan :
Terjemahannya : _*"Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat bertanya, "Peperangan apakah itu?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu."*_ (Riwayat Al Baihaqi)
Melawan hawa nafsu sangat susah bagi orang orang yang tidak mendapat bantuan daripada-Nya. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati.
Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Ia berada di antara Roh dan Jasad tubuh sebagaimana nyawa. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.
Nafsu syawat seks, keinginan duniawi, ingin membinasa, dendam, berkhianat, hasad, dengki, sombong diri, bongkak, mencela, buruk sangka dan sebagainya, ianya adalah kesan dari induk nafsu haiwani yang masih mengikut telunjuk syaitan yang ingin menyesatkannya dari jalan yang lurus.
Sesungguhnya bisikan bisikan nafsu diri yang sudah tercemar dengan unsur unsur pengaruh iblis itu, selalunya mendorang pelakunya kepada hal hal yang kebinasaan bertentangan dengan hukum Allah.
*Jangan berzina! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan mencuri! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan berdengki! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan khianat! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan iri hati! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan mengumpat! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan mencela! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan menghina! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan buka aib insan! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan berdusta! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan rasa bijak! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan sombong! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan pandang rendah! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan rasa alim! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan rasa soleh!Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan membangkang! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan tamak! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan gila glamour! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan rasa lebih tinggi! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan lihat hal yang Allah larang! Tapi suara nafsu kata apa?*
*Jangan mencari salah insan! Tapi suara nafsu kata apa?
Bagimana kamu bisa selamat dari azab neraka Allah sedangkan suara suara rayuan halus bisikan godaan nafsu di dalam batin diri masih kamu perturuti dan *kamu pertuhankan!* Kamu berkata perihal nafsu tetapi diri kamu masih mempertuhankan bisikan bisikan nafsu yang ingin membinasakan kamu sekiranya kamu gagal memaksanya ikut perintah (bisikan Kemalaikatan) dan kehendak Imanmu.
Suara iman (bisikan kemalaikatan) berkata : *"Azan sudah bergema, aku harus meninggalkan jual beli ini"*
Tapi suara kuda nafsu yang masih *ditunggangi iblis* akan membujuk rayu kamu katanya : _*"Sebentar lagilah, aku harus membeli ini dulu, nanti diambil orang (tamak & tidak bertawakal atas ketentuan setiap pemberian-Nya) kok waktu solat masih panjang!* (mr.Nafsu dlm batin bersuara membujuk hati kamu) lalu kamu akur dengan bujukannya, sedangkan *bisikan kemalaikatan* agar kamu bersegera solat itu *telah kamu abaikannya tampa segan silu!*
_*Maka inilah Yang Diperkatakan Sebenarnya Sebagai MEMPERTUHANKAN HAWA NAFSU DIRI."*_
Perkataan *Hawa* itu dimaksudkan sebagai *Godaan* .. ataupun dikatakan sebagai : orang yang Mempertuhankan (patuh) kepada *Godaan Rayuan Suara Nafsu* diri sendiri. Itulah yang dimaksudkan golongan *Mempertuhankan Nafsu.* (lalu berpaling mereka dari cahaya kebenaran)
Suara batin yang pertama (kemalaikatan) itu selalunya menegah diri dari hal yang haram. Tetapi suara yang kedua itu bersifat membujuk rayu agar *mengingkari kepada nasihat (penasihat batin) yang pertama itu.*
Inilah yang dikatakan Rasulullah SAW sebagai *Jihad Peperangan Batin Yang Lebih Besar, iaitu peperangan Suara Bisikan Kemalaikatan di dalam batin diri bertempur melawan Suara Bisikan Godaan Nafsu yang hanya mendorong kepada berbuat dosa dan kehancuran.*
Diri kamu akan menjadi pengadil, sama ada suara bisikan kebaikan itu akan menang, atau apakah suara bisikan *Kejahatan* itulah yang akan selalu menang mengalahkan *penasihat batin* itu?
*GOOD (GOD) π VS EVIL (DEVIL)* πΉ
GOOD FOR GOD ππ»☀
EVIL FOR DEVIL ππ»πΉ
*"At War With Satan"* - Venom
*"Reign In Blood"* - Slayer
*"From the Throne of Darkness"* - Demiurg
*"Soulside Journey"* - Darkthrone
Bahagian II
Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsunya yang lebih baik. Dari maqam nafsu ammarah naik meninggi lagi. Begitulah seterusnya hingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah.
Untuk lebih jelas akan saya sebutkan tingkat-tingkat nafsu manusia sebagaimana iman itu pun bertingkat-tingkat.
Saya sebutkan dari tingkat yang serendah-rendahnya iaitu :
nafsu amarah,
nafsu lawwamah,
nafsu mulhamah,
nafsu mutmainnah,
nafsu radhiah,
nafsu mardhiah
dan nafsu kamilah.
Kita yang berada pada tingkat iman ilmu, berada di taraf nafsu yang kedua yakni nafsu lawwamah. Tetapi kebanyakkan kita adalah masih bernafsu ammarah yang tercela itu. Batin t0kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga tunduk sepenuhnya kepada perintah Allah.
Paling minimal mencapai nafsu mulhamah dan nafsu mutmainnah, iaitu nafsu yang ada pada diri seseorang beriman ayan.Di tingkat iman itu saja kita akan dapat menyelamatkan diri dari siksaan Neraka.
Itu dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Terjemahannya: _*"Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku."*_ (Al Fajr 27-30)
Kita ingin syurga-Nya, tetapi maqam nafsu syurga itu duduknya pada level maqam seperti yang di nyatakan di dalam Firman Allah di atas. *Tetapi cuba ditelek diri kamu SAAT INI, di manakah level maqam nafsu kamu ketika ini? :-) Sudahkah kamu membuang sifat sifat tercela yang sudah dinyatakan di atas dari batin kamu?
Tapi jika masih belum dibuang ( *Belum Melalui Proses Takhalli* ) demi Allah .. demi Allah .. demi Allah!! Nasib kamu dan saya *SANGAT CELAKA!!* Jika kita dimatikan Allah sekarang dengan membawa *sekeping hati yang masih DISELAPUTI SIFAT MAZMUMAH BERNODA TERCELA ITU (maqam nafsu ammarah) .. DEMI ALLAH 1000X NERAKALAH TEMPAT KITA SAAT INI!! ππ
Firman Allah di dalam Hadis Qudsi :
*Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat sombong (tinggi diri) walau sebesar debu, maka Aku haramkan dia dari memasuki syurga (selamanya) Aku akan lemparkan dia ke dalam Neraka Jahanam dalam keadaan wajahnya terlungkum kebawah" (tanda penghinaan daripada Allah)
_*Bagaimanakah kesihatan hatimu saat ini? Sudah dibuang sifat sombongnya atas sesama insan?? Benar?? Kalau kamu kata ya "Sudah Bersih" dari sifat sombong! Maka saya bilang sama kamu : "Tahniah kerana hati kamu sudah "Bersih" sepertinya kebersihat hatinya para Wali Wali Allah yang telah mendapat keredhaan Allah SWT!*_
Tapi semua yang membaca ini merasakan : _"Alhamdulillah aku tidak pernah sombong walau sebesar debu"_ π ... oh tahniah lagi! Hati kamu adalah kesuciannya hati para Aulia Aulia Allah, sangat bersih, tidak berdengki iri hati, tidak pernah mencela, menghina, memandang rendah sesama makhluk Allah, maka ternyatalah kamu *memang bakal bakal ahli syurga firdaus yang paling tinggi itu bersesuaian dengan KESUCIAN HATI KAMU PADA SAAT INI* dan kamu sangat yakin, kamu orang orang *Suci* di sisi Allah maha tinggi. π
*Bahagian III* :
Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah.
Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah :
sum’ah,
Riya',
Ujub,
Sombong,
Mencela,
Menghina,
Rasa hebat,
Rasa mulia,
Cinta dunia,
Gila pangkat,
Gila harta,
Gila kuasa,
Gila glamour,
Banyak bicara,
Banyak makan,
Panjang angan angan,
Mengumpat dan sebagainya.
Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malasmenggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita.
Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.Bagaimana pun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah semudah membuang daki di badan.
Hal itu memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang terus menerus dan petunjuk yang berkesan dari guru yang mursyid yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati murid-muridnya hingga ia tahu apakah kekurangan dan kelebihan murid itu.
Malangnya di akhir zaman ini, kita tidak memiliki guru yang mursyid.Nasib kita hari ini seperti nasib anak-anak ayam yang kehilangan pedoman. Tidak ada yang akan menunjukkan jalan kebaikan yang ingin kita tempuh.
Meraba-rabalah kita dalam kegelapan.Tetapi bagi orang yang mempunyai keinginan yang kuat untuk membersihkan jiwanya : _*Jalan Tasawuf* , _ia tidak akan kecewa bila tidak ada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya._
Ia akan tetap sanggup berusaha demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri.
2. *TAHALLI* :
Tahalli bererti menghias, lawan kata bagi Takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat terkeji atau sifat mazmumah tercela itu, *maka kita mesti bersegera menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah.*
Supaya mudah difahami mari kita gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah.
Setelah kita mujahadah maka sifat itu keluar meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah.
Di antara sifat-sifat *mahmudah* yang disukai Allah. Maka harus menghias hati kita dengan sifat :
Jujur,
Ikhlas,
Tawadhuk,
Amanah,
Rendah diri,
Taubat,
Bersangka baik,
Takut pada Allah,
Pemaaf,
Pemurah,
Syukur,
Zuhud,
Qanaah,
Adil,
Timbang rasa,
Redha,
Sabar,
Sajin,
Berani,
Lapang dada,
Lemah lembut,
Pengasih,
Penyayang,
Akhlak mulia,
Selalu ingat mati,
Tawakal dan lain lainnya.
Untuk menghias hati dengan sifat mahmudah kita sangat memerlukan mujahadah iman *zahir* dan *batin.* Saya tegaskan sekali lagi bahwa bila dalam tingkat mujahadah kita masih terasa berat dan susah, maknanya belum ada ketenangan dan kelezatan yang sebenarnya.
Insya Allah kalau kita sungguh-sungguh, lama kelamaan akan beryatu dengan hati kita dan akan terasalah lazatnya.Cara-cara mujahadah dalam tahalli sama seperti kita mujahadah untuk takhalli.
Misalnya kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita terutama yang kita sukai dan sayangi untuk diberikan kepada yang memerlukan.
Awalnya tentu terasa berat dan susah tetapi janganlah menyerah. Kita mesti melawan. Tanamkan dalam hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut untuk mendapat pahala sedekah.
Sayidatina Aisyah r.a. di waktu tidak memiliki apa-apa untuk dimakan, beliau mencuba untuk mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan.
Begitu besar keinginan mereka pada pahala dan rindu kepada Syurga. Mereka berlomba-lomba menyahut pertanyaan Allah SWT :
Terjemahannya: *"Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik nanti Allah akan melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehpahala yang banyak." (Al Hadid: 11)
Setiap kali kita merasa sayang pada harta kita setiap itu pula kita mengeluarkannya. Insya Allahlama-kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah.
Begitu juga dengan sifat-sifat yang lainseperti kasih sayang, berani, tawadhuk, pemaaf, zuhud dan semua sifat-sifat mahmudah yang lain perlu kita miliki.
Untuk itu mesti bermujahadah. Jika tidak, iman akan ikut tiada sebab iman berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.
3. *TAJALLI* :
TajalliSebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli kita memperoleh tajalli iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi.
Agak sukar untuk ditulis apa erti tajalli sebenarnya, sebab merupakan sejenis perasaan (zauk) yang hanya mungkin difahamkan oleh orang-orang yang merasakannya.
Seperti manisnya gula, tidak dapat digambarkan dengan tepat kecuali dengan merasakan sendiri gula tersebut.Tajalli secara ringkas ialah perasaan tenteram, tenang dan bahagia.
Hati seakan-akan terbuka, hidup, melihat dan merasa kehebatan Allah. Hati selalu teringat dan rindu pada Allah. Harapan dan pergantungan tidak pada selain Allah.
Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Apa pun masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia. Kesusahan apa pun tidak terasa dalam hidupnyasebab semua itu dirasakan sebagai pemberian dari kekasihnya, Allah SWT.
Akhirnya bagi orang-orang yang beriman, dunia ini sudah terasa bagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati.Firman Allah :
Terjemahannya : *"Hari kiamat iaitu hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera."* (Asy Syuara': 88-99)
Setelah kita menghuraikan tentang proses pembersihan hati, marilah kita melihat cara-cara untuk mujahadah terhadap beberapa penyakit hati.
1. *HASAD DENGKI*
Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Bahkan ulama-ulama pun terkena penyakit itu bahkan lebih berat lagi.
Hasad dengki membuat jiwanya menderita, kecewa dan sakit jiwa. Hatinya merasa tidak selamat di dunia apalagi di akhirat.
Hadits telah menceritakan tentang enam golongan manusia yang akan tercampak ke dalam Neraka dengan enam sebab. Salah satu dari mereka adalah ulama kerana hasadnya.Allah SWT menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad :
Terjemahannya : _*"Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? Dan kalau Kami kehendaki niscaya Kami tunjukkan mereka padamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu."*_ (Muhammad: 29-30)
Tanda adanya hasad dengki dalam diri kita ialah apabila orang lain mendapat kejayaan, maka kitaakan sakit hati dan bila orang lain mendapat bencana kita akan merasa senang.
Bahaya hasad dengki adalah seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :
Terjemahannya : _*"Sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti api memakan ranting kayu kering."*_
Bila kita saling hasad dengki, kita akan hina-menghina, fitnah-memfitnah, benci-membenci, dendam-mendendam, jahat sangka dan mengadu domba.
Kesemuanya akan mendatangkan dosa-dosa dan menghapuskan kebaikkan lainnya.Seseorang yang membiarkan dirinya berada dalam hasad dengki adalah penjahat dan perosak serta pemecah-belah persaudaraan antara manusia.
Dia juga seorang yang paling biadab dengan Allah SWT. Sedar atau tidak, dia sebenarnya benci kepada Allah. Walau sebanyakapa pun solatnya, puasanya, hajinya dan hebat perjuangannya tetapi di sisi Allah tetaplah dia ahli Neraka.
Pernah sahabat-sahabat bertanya Rasulullah SAW :
Terjemahannya : _*"Sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang harinya dan di malam harinya shalat tahajjud tetapi selalu menyakiti tetangga dengan lidahnya. Jawab baginda Rasulullah :(Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli Neraka."*_
Orang yang banyak bertahajjud dan berpuasa sunat pun masuk Neraka kerana hasad dengki, apalagi kita yang tidak bertahajjud, puasa sunat, masih cinta dengan hasad dengki dan umpat-mengumpat.
Kalau betul kita beriman kepada Allah dan takut akan Neraka, insaflah akan kejahatan hati kita itu dan marilah kita memperbaikinya dengan melakukan mujahadatunnafsi.
Allah berfirman :
Terjemahannya : _*"Hai orang yang beriman, janganlah satu kaum menghina kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina) lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlahpula wanita-wanita menghina wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan)yang buruk sesudah iman (seperti hai fasik, kafir dan lain lain) dan barangsiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim."*_ (Al Hujurat: 11)
Terjemahannya: _*"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang."*_ (Al Hujurat: 12)
Begitulah pujukan Allah pada kita supaya kita tidak lagi hasad dengki, mengumpat dan buruk sangka.
Langkah-langkah yang mesti kita lakukan untuk mujahadah terhadap hasad dengki diantaranya ialah :-
Setiap kali orang yang kita dengki itu memperoleh kejayaan, kita kunjungi dia untuk mengucapkan tahniah (selamat) danbergembira bersamanya.
Sebaliknya apabila orang itumendapat bencana, kita kunjungi juga untuk mengucapkan takziah(turut berduka) dan ikut bersedih bersamanya.
Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan.-
Selalu datang dan berilah hadiah kepada orang yang kita dengki itu.-
Kalau ada orang mencuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita mesti membelanya. Jangan melayani orang atau syaitan yang hendak merosakkan mujahadah kita.-
Berdoalah pada Allah SWT agar memudahkankita mengubatipenyakit dengki yang ada dalam diri kita itu.Ingatlah selalu firman-Nya :
Terjemahannya : _*"Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami niscaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami itu. @ JALAN JALAN TASAWUF IAITU JALAN JALAN PARA AULIA ALLAH."*_ (Al Ankabut: 69)
Timbulnya hasad dengki kita pada seseorang adalah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang lebih daripada apa yang ada pada diri kita.
Bila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan atau perlombaan maka datanglah rasa dengki itu.
Sebaliknya tidak akan terjadi begitu, kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilan-Nya mengatur pemberian kepada hamba-hamba-Nya, kita tidak akan merasa dengki lagi.
Firman Allah :
Terjemahannya : _*"Janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain."*_ (An Nisa’: 32)
Allah yang melebihkan dan mengurangkan pemberian-Nya kepada seseorang. Dan Allah Maha Adil atas pemberian yang lebih dan kurang itu.
Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sedar bahwa dirinya adalah hamba, ia akan senantiasa bersyukur pada nikmat yang diperoleh, redha dengan takdir dan sabar menghadapi ujian.
Dalam hadits Qudsi Allah berfirman :
Terjemahannya : _*"Barangsiapa tidak redha terhadap takdir yang terjadi dan tidak sabar terhadap bala (cubaan) dari-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku."*_ (Riwayat: At Tabrani)
Dalam Al Quran Allah berfirman :
Terjemahannya : _*"Dialah yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun."*_ (Al Mulk: 2)
Itulah maksud Allah menjadikan hidup yang sementara.
Firman-Nya lagi :
Terjemahannya : _*"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat."*_ (Al Insan: 2)
Kalau Allah melebihkan seseorang dari kita, ertinya Allah mahu menguji apakah kita sabar dan redha dengan kekurangan yang Allah takdirkan.
Dan kalau Allah melebihkan kita daripada seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, apakah kita bersyukur terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa dirisebagai hamba Allah.
Kalau begitu mengapa hasad dengki? Kalau kita masih hasad dengki ertinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan tidak menerima kehendak-Nya.
Sebab itu orang yang hasad dengki bukan saja bermusuhan dengan orang lain tetapi juga bermusuhan dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah maka layaklahmenjadi ahli Neraka.
2. *PEMARAH*
Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego). Semakin besar ego seseorang itu semakin besarpemarahnya. Itu berkaitan pula dengan kedudukan seseorang.
Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya maka makintinggi egonya dan pemarahnya makin menjadi-jadi.
Sebaliknya seseorang yang rendah taraf kedudukannya akan kurang rasa egonya, maka kurang juga sifat pemarahnya. Lihatlah perbezaan antara seorang ayah dengan anaknya.
Jarang kita dengar bahwa anak memarahi ayah. Yang selalu terjadi adalah ayah memarahi anak. Atau antara tuan rumah denganpembantunya.
Tidak pernah pembantu marah pada tuannya tetapi tuan sering marah pada pembantunya. Atau seperti murid dengan guru. Murid tidak pernah marah pada gurunya tetapi guru sering marah pada muridnya.
Sebagai contoh yang lain, ketua pejabat dengan pegawainya. Jarang pegawai marah pada 'boss'nya tetapi boss sering marah pada anak buahnya.
Begitulah seterusnya. Jarang kita temui seorang ayah, guru, ketua pejabat, tuan rumah dan seorang pemimpin yang tidak bersifat pemarah terhadap orang-orang di bawahmereka.
Pendeknya sifat pemarah itu ada pada setiap dirikita seperti halnya hasad dengki. Pemarah adalah sifat mazmumah yakni sifat terkeji.
Pemarah boleh memecah-belahkan hati manusia. Sebab itu seorang yang pemarah adalah seorang yang biadab terhadap Allah SWT.
Kenapa mesti marah? Cuba kita renungkan sebuah syair gubahan seorang mujahid :
_*"Takdir Allah sudah putus dan keputusan Allah sudah terjadi. Istirihatkan hati dari kata-kata 'barangkali' dan 'kalau'. Setiap kesalahan dan kelemahan manusia pada kita adalah ujian Allah untuk kita. Allah mahu melihat siapa yang mampu menahan rasa malunya kepada Allah sambil mengucapkan, "Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun."*_
Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang menimpa hidupnya :
Ahnaf bin Qais adalah seorang yang lemah lembut. Beliau ditanya orang, dengan siapakah beliau belajar berlemah lembut itu?
Ahnaf menjawab : Dengan Qais bin Asim, iaitu pada suatu hari ketika Qais bin Asim sedang beristirahat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang yang masih panas.
Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa anak kecil Qais. Anak itu menjerit-jerit kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia.
Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat mukanya, _*"Aku bukan saja tidak marah kepada kamu, tetapi mulai hari ini aku memerdekakan kamu."*_
"Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim," kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya.
Bukannya Qais tidak sayang pada anaknya tetapihatinya senantiasa melihat pengaturan Allah dansenantiasa merasakan setiap kejadian adalah takdir dari Allah.
Ia senantiasa sabar dengan Allah, redha dengan Allah serta merasa kehambaan pada Allah. Rasa malu, hina dan takut dengan kekuasaan Allah membuat Qais tenang menghadapi kematian anak yang disebabkan kelalaian hambanya.
Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atas dirinya. Barangkali untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat derajatnya di sisi Allah SWT.
Kerana itu hatinya tenang. Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu ia merasakan mendapat peluang untuk mendekatkan lagi hatinya pada Allah SWT.
Sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan hambanya. Bukan saja dia tidak marah bahkan merasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu, memaksa Qais untuk membebaskan hambanya.
Dia hanya nampak ketentuan Allah yang wajib diterima tanpa tanya jawab (alasan) dan tanpa 'kalau' lagi. Demikianlah rasa kehambaan yang menghias hati dan roh Qais, seorang yang cukupberakhlak terhadap Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya).
Demikianlah rasa marah itu lahir dari perasaan 'ketuanan' yang ada dalam hati kita. Kita merasa kita yang lebih besar, lebih mulia, lebih hebat dari orang lain.
Tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita menjadi pemarah. Kita akan berlemah lembut, memaafkan kesalahan orang dan bertimbang rasa dengan sesama manusia.
Sesama manusia mempunyai asal yang sama. Kita datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikitpun harta,dalam keadaan busuk, amis, bodoh, dungu, tuli, bisu, buta, lemah dan hina sekali.
Firman Allah :
Terjemahannya : _*"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamupendengaran, penglihatan dan hati. Moga-moga kamu bersyukur."*_ (An Nahl: 78)
Kemudian Allah juga mencantikkan kita dan memberi sedikit kelebihan. Kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sebentar saja. Tujuannya supaya kita dapat beribadah dan berbakti menurut kehendak-Nya (bersyukur).
Bukan supaya kita merasa lebih mulia, lebih hebat, hingga datang perasaan-perasaan sombong, riya', bengis dan pemarah kepada orang lain yang agak kurang dari kita.
Sebaiknya bila kita merasa mempunyai kelebihan, kita menjadi takut pada Allah. Takut kalau nikmat itu digunakan secara salah sehingga derhaka kepada Allah Taala dan berdosa pada manusia.
Takut kalau nikmat itu menjadikan hati kita merasa 'tuan' sehingga timbul sifat ego yang besar, yang akan melahirkan bermacam-macam mazmumah yangsangat dibenci oleh Allah.
Firman-Nya :
Terjemahannya : _*"Dalam hati mereka terdapat penyakit kemudian Allah tambahkan penyakit mereka."*_ (Al Baqarah: 10)
Kita mesti mengubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi.
1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah. Perbandingannya adalah kalau ada orang penting di rumah kita, sanggupkah kita memarahi isteri kita di depan orang itu?
Tentu tidak. Terlebih lagi terhadap Allah, kerana Allah senantiasa melihat bahkan senantiasa bersama kita. Kalau kita yakin akan hal itu tentu kita tidak akan menjadi pemarah sebab kita tahu Allah tidak suka kita menjadi pemarah.
Rasa malu dan takutkepada Allah akan membuat kita senantiasa berlemah-lembut dan memaafkan kesalahan orang kepada kita.
2. Bila datang rasa hendak marah, maka katakanpada diri kita, _*"Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisiMu. Tolonglah pelihara diriku dari kejahatan nafsu dan selamatkan aku dari api Neraka."*_
3. Sesudah itu kita diam. Jangan marah tetapi banyakkan zikir dan ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Kalau begitu layakkah kita menjadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina dina?
4. Kita harus insaf bahwa setiap manusia termasuk diri kita sendiri, memiliki kelemahan dan kekurangan. Kalau hari ini orang bersalah pada kita, maka tidak mustahil bahwa satu saat nanti kita akan bersalah dengan orang lain.
Kalau kita bersalah kita tidak suka orang lain memarahi kita. Begitulah juga kalau orang lain yang bersalah dengan kita, dia tentu tidak suka kalau dimarahi. Karena itu tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Firman Allah :
Terjemahannya : _*"Maka katakanlah (hai Musa danHarun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dantakut"*_ (Thaha: 44)
Sebegitu jahat dan kufurnya Firaun terhadap Allah, namun Allah masih perintahkan kepada Nabi-Nya supaya berlemah lembut. Sebab hanya dengan lemah lembut, hati manusia menjadi lembut, insaf dan takut.
Sebaliknya kalau kita kasar bukan saja orang yang lain tidak menerima teguran kita bahkan dia akan benci dengan kekerasan kita. Di sisi Allah kekerasan kita akan tercatat.
Dan di sisi Allah kita akan tercatat sebagai orang yang tidakberakhlak dan tidak berhikmah, padahal Allah memerintahkan kita supaya berhikmah :
Terjemahannya : _*"Serulah (semua manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dan berhujjahlah dengan mereka secara yang paling baik."*_ (An Nahl: 125)
3. *GILA DUNIA*
Gila dunia adalah penyakit hati atau satu mazmumah yang menghalangi kita untuk mendekatkan hati dengan Allah (yakni menghalang untuk mencapai darjat kerohanian yang tinggi).
Seorang pencinta dunia adalah seorang yang hatinya dipenuhi keinginan untuk meluaskan serta memperbanyak ketinggian dan kekayaan didunia sehingga fikirannya senantiasa bekerja untuk tujuan itu dan secara lahir ia bekerja keras untuk itu. (Dunia ialah segala sesuatu yang tidak ada manfaatnya untuk Akhirat. Sebaliknya perkara apa saja yang boleh digunakan untuk akhirat maka tidak lagi disebut dunia).
Lawan dari penyakit gila dunia adalah sifat zuhud yaitu hati yang tidak memiliki keinginan kepada sesuatu yang tidak bermanfaat untuk akhirat.
Firman Allah :
Terjemahannya : _*"Itulah negara Akhirat (syurga) yang Aku jadikan (syurga itu) untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian dan kerusakan di muka bumi ini."_ (Al Qashash: 83)
Hati yang tidak memiliki keinginan untuk menjadi 'tuan' dan tidak pula ingin untuk melakukan kejahatan (kerosakan) di dunia, itulah hati yang selamat dan itulah hati penghuni syurga.
Firman Allah : _*"Hari Qiamat (hari manusia meninggalkan dunia) adalah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat."_ (Asy Syuara’: 88-89)
Mungkin kita bertanya,"Bagaimana saya bisa membuang keinginan kepada dunia yang indah?" Sebab kita hidup di kelilingi oleh tarikan dunia yang amat menarik dan hati kita pun sangat cinta padanya?
Pertama, ketahuilah bahwa di dunia ini ada yang diharamkan dan wajib kita jauhi. Selain itu ada yang dihalalkan dan tidak berdosa kalau diambil asalkan tidak berlebih-lebihan atau lebih dari keperluan.
Rasulullah SAW pernah menyatakan benci kepada dunia, karena dua perkara.Sabda baginda :
Terjemahannya : _*"Halalnya akan dihisab dan haramnya disiksa (dalam Neraka).Satu hari ketika baginda berjalan bersama sahabat-sahabat, terlihat oleh Rasulullah seekor bangkai kambing. Baginda bertanya kepada sahabat, "Mengapa bangkai itu dibuang oleh tuannya?"Sahabat menjawab, "Kerana ia tidak berguna lagimaka ia dibuang dan tidak dihiraukan oleh tuannya." Maka bersabda Rasulullah SAW : _*"Demi Allah yang menguasai diriku, maka dunia itu lebih rendah pada pandangan Allah daripada bangkai kambing pada pandangan tuannya."*_
*Seterusnya baginda bersabda* : _*"Dunia itu terkutuk dan terkutuk pula apa-apa yang ada di dalamnya kecuali yang digunakan untuk mencari keredhaan Allah."*_
Kerana itu ketahuilah bahwa mengambil dunia lebih dari keperluan atau bukan untuk mencari keredhaan Allah adalah tidak sunnah hukumnya.
Dunia akan menjadi hijab antara kita dengan Allah yakni akan membutakan hati dan memisahkan kita dari Allah.Bagi orang yang menyedari hakikat itu tentu mereka tidak cinta lagi kepada dunia.
Dunia yangnampaknya indah itu ternyata buruk sifatnya. Ibarat bunga hiasan plastik, rupa dan warnanya sungguh menarik hati tetapi tidak ada baunya.
Atau ibarat perempuan cantik yang jahat tingkahlakunya tentu tidak ada gunanya.Sebagai orang awam yang tidak kenal sifat dunia ini, tentu kecantikan dunia akan menawan hati kita.
Tetapi bagi bijak pandai, iaitu orang-orang arif seperti Nabi dan Rasul, para muqarrobin dan solihin, mereka sangat kenal pada dunia ini, terutama tentang keburukan dan kehinaannya.
Sebab itu mereka zuhud terhadapnya. Mereka mengambil sebagian dari dunia, yaitu yang tidak boleh tidak mesti diambil.Selebihnya adalah seperti najis pada mereka, sebab itu mereka membuangnya.
Tugas kita sekarang adalah mujahadah dengan nafsu gila dunia itu. Kita lawan keinginan rendah itu hingga ia tewas. Barulah keinginan kita kepada Allah dan hari Akhirat akan timbul dan menyala dalam dada kita.
Langkah-langkah yang perlu diambil antaranya :-
Harta, wang, pakaian, makanan, kenderaan, tempat tempattinggal dan lain-lain kekayaan kita yang halal, yang kitaletakkan di bank selama ini hendaklah kita gunakan untuk mencari keredhaan Allah.-
Kedudukan kita, jabatan, pangkat, nama yang masyhur,pengaruh dan ketinggian apa saja yang memungkinkan kitamerasa 'tuan' di dunia ini hendaklah digunakan untukmencari keredhaan Allah, baik untuk menegakkan hukumAllah, menggiatkan dakwah Islamiah, berlaku adil dan ikhlasdalam mengatur kegiatan dakwah serta membuka peluang-peluang untuk Islam dan umatnya.-
Hentikan dari usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggiandunia hanya karena keindahan duniawi tetapi arahkan usahaitu kepada agama Allah untuk negara Akhirat yang kekalabadi.-
Bagikan isi dunia yang datang pada kita untuk hamba-hambaAllah yang lebih memerlukannya.-
Kosongkan hati kita dari keinginan kepada kekayaan danketinggian duniawi.-
Mohonlah selalu hidayah dan taufik dari Allah agar kitamenjadi seorang yang zahid yang berilmu, menolak duniakerana Allah sebagaimana telah yang disunnahkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW.
Sabda baginda : _*"Dua rakaat solat seorang alim yang hatinya zuhud lebih baik dan lebih disukai Allah dari ibadah orang-orang abid yang dilakukan selama umur dunia kerana ibadah tanpa ilmu tiada bernilai."*_
Firman Allah SWT :
Terjemahannya : _*"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan kepada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (Syurga). Katakanlah, mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu. Untuk orang-orang yang bertaqwa terhadap Tuhan mereka ialah Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta mendapat keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.Mereka itu selalu berdoa, "Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa Neraka."*_ (Ali Imran: 14-16)
Bersabda Rasulullah SAW :
Maksudnya : _*"Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan Akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi Akhirat."*_
*Note* : _*Bersambung Bahagian Seterusnya dilain masa, in sya Allah.*_ *13.June.2012*
Ibrah Isra' Mikraj
Ψ³ُΨ¨ْΨَΨ§Ωَ Ψ§ΩَّΨ°ِΩ Ψ£َΨ³ْΨ±َΩٰ Ψ¨ِΨΉَΨ¨ْΨ―ِΩِ ΩَΩْΩًΨ§ Ω
ِّΩَ Ψ§ΩْΩ
َΨ³ْΨ¬ِΨ―ِ Ψ§ΩْΨَΨ±َΨ§Ω
ِ Ψ₯ِΩَΩ Ψ§ΩْΩ
َΨ³ْΨ¬ِΨ―ِ Ψ§ΩْΨ£َΩْΨ΅َΩ Ψ§ΩَّΨ°ِΩ Ψ¨َΨ§Ψ±َΩْΩَΨ§ ΨَΩْΩَΩُ ΩِΩُΨ±ِΩَΩُ Ω
ِΩْ Ψ’ΩَΨ§ΨͺِΩَΨ§ Ψ₯ِΩَّΩُ ΩُΩَ Ψ§ΩΨ³َّΩ
ِΩΨΉُ Ψ§ΩْΨ¨َΨ΅ِΩΨ±ُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah al Isra ayat 1)
☘Peristiwa Isra' Mikraj
πIa merupakan peristiwa penting dlm sejarah Islam even ulama masih bselisih pendapat bilakah sbnrnya peristiwa ini berlaku.
πPendapat yg kuat ialah 18 bln sblm Nabi saw bhijrah ke Madinah.
πPeristiwa agung ini utk menunjukkan kebesaran & kekuasaan Allah yg mutlak.
πIa dianggap suatu peristiwa mukjizat spya kita mgetahui kedudukan Nabi saw sbg pesuruh Allah dlm mjalankan perintahNya.
πPeristiwa ini bknlah blaku melalui strategi Nabi saw yakni bkn dgn mgunakan kebijaksanaan aqal baginda utk melakukannya. Ia merupakan suatu pertolongan Allah kpd baginda.
πBahkan kita melihat pd hari ini org kafir mgunakan segala ilmu teknologi utk mbawa manusia ke angkasa lepas.
πIa langsung tdk mgambarkan mukjizat, jauh sekali utk mdpt pertolongan Allah.
‼️Jika kita hidup di dunia ini utk mburu redha Allah, maka kita perlu mcontohi kehidupan Nabi saw.
✅Baginda diangkat mjadi org yg paling mulia disisiNya.
✅Sesungguhnya baginda adlh contoh ikutan bg org2 btaqwa.
πDisebalik ujian & musibah yg baginda tempuhi, baginda ttp cekal & teguh dlm bdakwah.
❌Jgn melihat ujian/musibah itu tetapi lihatlah di sebalik ujian/musibah tsebut.
✔Di sebalik kesedihan, ada kegembiraan.
✔Di sebalik penentangan, ada penerimaan.
✔Di sebalik kekalahan, ada kemenangan.
πKita sepatutnya mjadikan Allah redha dgn kita melalui ujian/ musibah tsebut. Bknnya myebabkan Allah murka kpd kita.
πPeristiwa ini juga merupakan suatu hiburan dr Allah kpd Nabi saw. Sblm berlaku peristiwa ini, baginda tlh mengalami peristiwa2 yg myedihkan iaitu
✔Kematian org2 tsayang
✔Penolakan kaum Musyrikin Mekah
✔Penentangan penduduk Thaif
Kenapa Allah myebut perkataan 'hamba'❓
πDarjat yg ttinggi utk kita cari di dunia ini adlh hamba Allah. Yakni dgn mgikut perintahNya serta mjauhi laranganNya.
πMaka Allah akan mgembalikan faedah & manfaatnya kpd kita. Kemudian Allah akan memuliakan kita.
‼️Sesiapa yg tdk bsedia utk mjadi hamba Allah, maka ia akan mjadi hamba nafsu, hamba syaitan @ hamba manusia yg akan mjadikan dirinya lbh hina dr segala2nya.
❌Tdk akan mulia org yg mjadi musuh Allah.
πBezanya Allah memuliakan Nabi saw tlebih dahulu utk diperjalankan roh baginda ke langit. Ini kerana baginda dilantik sbg petunjuk kpd seluruh umat manusia. Maka selayaknya baginda diperjalankan sedemikian.
πRoh2 org beriman juga akan mgalami perjalanan spt Nabi saw ke Sidratul Muntaha. Manakala pintu2 langit akan ttutup buat roh2 org jahat.
Kenapa Allah memilih waktu malam❓
✅Malam dipenuhi kemuliaan & keberkatan.
✅Terputus hbgn kita dgn kesibukan dunia.
✅Hati kita lbh lunak & lembut.
✅Kita hanya akan berurusan utk kepentingan diri sendiri.
Kenapa dr masjid ke masjid❓
πUtk mberitahu kita bhwa hidup kita tdk blh tlepas drpd masjid. Hati kita mesti terikat dgn masjid yakni setiap kali mdengar seruan azan, maka bsegeralah ke masjid.
πSalah satu golongan yg berada dlm naungan Allah di akhirat kelak adlh seorg yg hatinya terikat dgn masjid.
Kenapa Nabi saw bhenti di Baitul Maqdis❓
πUtk menunjukkan bhwa mjadi tggjwb & kewajipan ke atas kita utk mjaga Baitul Maqdis drpd dicerobohi oleh penganut agama lain.
πPembebasan Baitul Maqdis drpd musuh2 agama adlh tanda kesatuan umat Islam. Baitul Maqdis pernah bebas drpd musuh2 Islam pd zaman kegemilangan Islam.
πAkhir zaman kelak, Imam Mahdi akan turun ke bumi utk menakluki Baitul Maqdis. Baitul Maqdis juga akan mjadi sasaran Dajjal.
☘Pertemuan Nabi saw dgn para Nabi
1⃣Langit pertama
πNabi Adam bcerita ttg asal usul manusia spya
✔Kita tdk sombong & bbangga dgn keturunan.
✔Kita mgetahui bhwa kita dtg dr syurga & kita perlu berusaha utk kembali ke sana.
✔Kita mgenali musuh kita yg sbnr. Musuh kita yg nyata adlh syaitan.
‼️Siapa yg belum mgenali syaitan itu musuhnya, ketahuilah ia masih belum mgenali dirinya.
2⃣Langit kedua
πNabi Yahya & Nabi Isa yg sering bsabar & bhati2 dgn agenda jahat org2 yahudi.
πMereka tlh mjadi mangsa kejahatan yahudi. Nabi Yahya telah digergaji kepalanya.
πAllah mberi kemuliaan kpd umat Islam utk mbunuh yahudi. Kerana umat Islam adlh acuan dr Allah.
πTentera Salahudin al Ayubi seramai 12000 org adlh contoh tentera acuan Allah yg berjaya menawan Baitul Maqdis suatu ketika dahulu.
3⃣Langit ketiga
πNabi Yusof telah dibuang jauh oleh adik beradiknya. Begitu juga Nabi saw akan dibuang oleh kaumnya.
πWaraqah bin Naufal juga sudah mgetahui bhwa Nabi saw akan dihalau keluar oleh kaumnya sewaktu peristiwa baginda btemu Jibrail di Gua Hira'.
4⃣Langit keempat
πNabi Idris diangkat oleh Allah ke darjat yg paling tinggi. Nabi saw diajar utk mburu darjat yg paling tinggi yakni utk dekat dgn Allah.
πSbb itu kita perlu blumba2 dlm melakukan kebaikan. Sesiapa pun layak utk mdpt darjat ttinggi ini.
5⃣Langit kelima
πNabi Harun adlh contoh seorg Nabi yg awalnya dibenci oleh yahudi kemudian disayangi.
6⃣Langit keenam
πNabi Musa paling byk dianiaya oleh yahudi tetapi masih mampu bsabar.
πNabi Musa difitnah kemaluannya cacat, mbunuh Harun dsb. Kemudian Allah mbersihkan Nabi Musa drpd setiap tuduhan tsebut
7⃣Langit ketujuh
πNabi Ibrahim yg sdg duduk bsandar pd tiang Baitul Makmur. Ia adlh kaabah malaikat.
πIa juga menandakan kewafatan Nabi saw slps baginda selesai menunaikan haji.
πAllah juga menurunkan ayat dlm surah al Maidah yakni menandakan sudah sempurnanya Islam.
....ِ Ψ§ΩْΩَΩْΩ
َ Ψ£َΩْΩ
َΩْΨͺُ ΩَΩُΩ
ْ Ψ―ِΩΩَΩُΩ
ْ ΩَΨ£َΨͺْΩ
َΩ
ْΨͺُ ΨΉَΩَΩْΩُΩ
ْ ΩِΨΉْΩ
َΨͺِΩ ΩَΨ±َΨΆِΩΨͺُ ΩَΩُΩ
ُ Ψ§ΩْΨ₯ِΨ³ْΩَΨ§Ω
َ Ψ―ِΩΩًΨ§ ...
"...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu..."
(Surah al Maedah ayat 3)
☘Peristiwa agung ini mgajar kita agar mburu redha Allah semasa hidup di dunia.
✅Dunia ini adlh ujian maka jadikan ujian tsebut sbg punca kita mdpt redha Allah.
✅Redha Allah tletak pd sejauhmana kita taat akan perintahNya, mjauhi laranganNya selain bsabar dgn ujianNya.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment