Tuesday, 3 May 2016

hakikat wujud


Mana Sempadan Hak Kita Dan Mana Sempadan Hak Allah?
Mana Hak Jajahan Takluk Allah dan Mana Hak Jajahan Takluk Kita?.
Jajahan takluk Allah itu, adalah “ada”, tanah jajahan takluk Allah itu, adalah hidup, melihat, mendengar, berkata-kata, berilmu, bernyawa, bernafas, bergerak, kaya, kuat, gagah, kuasa, pandai, cerdik, tinggi, besar dan sebagainya.
Manakala tanah wilayah atau tanah jajahan takluk kita itu, adalah “tidak ada” mati, tidak bernyawa, tidak bernafas, buta, pekak, tuli, bisu, lemah, tidak berdaya upaya, bodoh, dungu, gila, tolol, rendah, kecil, miskin, fakir dan tidak siuman.
Inilah yang dikatakan wilayah atau jajahan takluk Allah dan itulah yang dikatakan tanah jajahan takluk kita!. Saya paparkan tajuk ini, adalah bertujuan untuk menyedarkan diri para pembaca yang budiman sekalian, bahawa sesungguhnya kita ini, adalah bersifat tidak ada!.
Jajahan Takluk Allah Itu, Ada Pada Dua Perkara
1) Ada pada wilayah sifat “Wujud”
2) Ada pada wilayah kalimah “la tataharuku zaratun illa biiznih” (Tiada gerak biar sezarah, jika tidak izin Allah).
1) Wilayah Yang Bersifat Wujud (ada)
Bilamana kita tersebut sahaja perkara ada (wujud), dengan sendirinya membawa faham kepada kita bahawasanya yang bersifat “ada" atau yang bersifat "wujud” itu, adalah hanya bagi Allah. Manakala sifat bagi kita dan sifat bagi makhluk itu, adalah tidak ada.
Bilamana kita benar-benar faham konsep “wujud”, maka akan membawa fahaman kepada kita bahawa, yang ada itu hanya Allah. Bilamana Allah sahaja yang ada, kita tidak lagi perlu sebut apa, tidak perlu lagi ingat apa-apa!. Kita tidak perlu lagi perbincangkan apa-apa. Tidak perlu lagi cari nas atau dalil. Dah memang Allah sahaja yang bersifat wujud, apa lagi yang hendak kita perkatakan?.
Jangan dimadukan Allah dengan sesuatu. Jangan diperbanding, diganding, dipersekutu, dipersyarikatkan Allah dengan sesuatu!. Cukup lah Allah itu Allah!.
Jangan adakan lagi yang tersebut dengan perkataan yang bernama makhluk (bumi, langit, atas, bawah, kecil besar, binatang, manusia, bulan bintang, syurga neraka dan sebagainya). Jangan tertilik lagi kepada selain Allah. Sebab yang selain Allah itu, adalah bersifat tidak ada.
Wujud ertinya ada, sifat ada itu, adalah hanya bagi Allah Taala. Sifat bagi kita itu, adalah berlawanan dengan sifat Allah. Bilamana Allah bersifat Ada , makhluk seumpama kita ini, adalah bersifat tidak ada. Bilamana tidak ada yang bersifat makhluk, bermakna kita pun tidak ada. Bilamana kitapun tidak ada, apa lagi yang hendak diperkatakan, melainkan Allah, Allah, Allah...
Inilah yang dikatakan tanah jajahan Allah. Wilayah tanah jajahan Allah itu, adalah wilayah yang bersifat “ada” (wujud). Manakala tanah jajahan kita pula, adalah bersifat dengan sifat yang tidak ada!.
Bilamana kita bersifat dengan sifat tidak ada, maka benarlah yang melihat dikala kita memandang itu, adalah Allah. Yang dengar dikala kita mendengar itu, adalah Allah. Yang bernyawa dikala kita bernafas itu, adalah Allah. Yang berhayat disemasa kita hidup itu, adalah Allah.
Pada peringkat permulaan, biarlah sifat kita itu, seolah-olah mati dan jika boleh kita jangan lagi memakai perkataan seolah-olah, mari kita lontar dan buang perkataan seolah-olah itu jauh-jauh, mari kita guna perkataan sebenar-benar.
Sebenar-benar diri kita itu, tidak ada, yang ada itu, adalah hanya Allah.
Barulah benar sebagaimana yang diperkhabarkan dalam sifat 20. Bahawasanya sifat wujud itu, adalah sifat Allah, sifat bagi kita itu, adalah tidak ada!. Bilamana diri kita bersifat tidak ada, siapakah yang sebenar-benar ada?, cuba jawab…
Inilah yang dikatakan sebenar-benar jajahan takluk Allah. Allah itu, memerintah di arash negara yang berkursi jajahan takluk sifat wujud (ada).
2) Wilayah yang bersifat “La tataharoku zaratun, Ila biiznih” (tidak bergerak sebesar zarah sekalipun, tanpa izin Allah).
Wilayah jajahan takluk Allah yang kedua itu, adalah berdasar atau berlandaskan landasan kalimah “tiada gerak biar sebesar zarah, jika tidak izin Allah”.
Segala makhluk yang dibawah nauganNya, semuanya bergerak diatas landasan keizinanNya. Baik kehidupan makhluk manusia, jin, syaitan, korin, malaikat atau makhluk di langit dan mahupun makhluk di bumi.
Segala gerak, afaal, perbuatan atau tingkah laku kita yang kita perbuat itu, segalanya adalah di atas sifat keizinan Allah yang telah siap tertulis di Luh Hul Mahfuz sejak azali.
Jangan kita sabitkan apa-apa yang berlaku di dunia ini, atas disebabkan selain Allah. Ada yang mendakwa bahawa mati kerana dilangar kereta, mati ditimpa kayu balak, mati kerana demam denggi, mati kerana ditikam dan sebagainya. Sebenar-benar yang menyebabkan gerak mati itu, adalah kerana telah ditetapkan oleh gerak Allah sejak azali lagi.
Jika kita mengaji dengan lebih tinggi lagi atau jika kita mendalami lagi ilmu makrifat dengan lebih jauh atau dengan lebih dalam, sebenarnya kita ini sudah mati dan tidak akan mati buat kali kedua. Mati itu hanya sekali. Sebenarnya kita itu, sudah sedia mati. Matinya kita hanya sekali, iaitu mati di dalam ketetapan di lauh hul mahfuz. Mati di dunia ini, adalah mati lakonan mengikut skrip Allah, yang telah Allah buat dan telah Allah tetapkan sejak azali!.
Sebenarnya kita ini sudahpun mati sejak di zaman luh mahfuz lagi. Mati bagi orang makrifat itu, bukan suatu perkara baru atau bukan satu pekerjaan baru. Sebenarnya orang makrifat itu, adalah orang yang sentiasa mati dan orang yang sudah sebenar-benar mati. Orang makrifat itu, adalah orang yang sudah siap mati sejak azali!. Tidak akan berlaku mati buat kali kedua!.
Segala gerak geri, tingkah laku dan perbuatan kita itu, sesungguhnya telah Allah program sedari dulu di zaman kitab Luh Hul Mahfuz!. Hidup kita ini, semata-mata hanyalah untuk melakonkan kembali skrip yang telah Allah tetapkan sejak azali.
Oleh itu, jangan kita dakwa atau jangan kita menyangka yang amal ibadat, alim, rajin, taat dan patuh dalam beribadah itu, suatu perkara yang baru, suatu gerak yang baru kita cipta sendiri. Perkara gerak taat, gerak patuh, gerak alim dan gerak rajin beribadah itu, sebenarnya adalah gerak Allah!. Jadi sesudah membaca karangan saya ini, hendaklah kita sama-sama mengaku yang bahawasanya segala gerak ibadah yang kita kerjakan atau perbuatan amal yang kita lakukan itu, sebenarnya adalah pekerjaan dan kelakuan sifat Allah (bukan kehendak dari gerak diri)!.
Kita tidak berkehendak kepada berdiri, yang mendirikan kaki kita itu, adalah di atas kehendak, keinginan, cita rasa dan kamahuan Allah!. Kita sebenarnya tidak berkehendak kepada makan, yang berkeinginan, yang berkehendak kepada merasa mahu makan atau mahu minum itu, adalah Allah. Yang berkehendak kepada membuatkan kita melihat, mendengar dan sebagainya itu, adalah atas kehendak gerak Allah!. Ingat itu…
Jangan pandai-pandai berlagak atau mengaku yang diri kita itu alim, lebai, taat, patuh atau rajin beribadah!. Jangan mengaku yang kita bergerak dengan daya usaha diri kita!. Segala-gala gerak itu, adalah dari Allah Taala. Inilah kaedah kita beriman kepada sifat afaal Allah.
Admin Hamzah Fansuri
LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment