Wednesday, 11 May 2016

hakikat wuduk

HAKIKAT WUDHUK
Assalamualaikum diucapkan kepada para sahabat hakikat dan makrifat yang dimuliakan Allah sekalian. Tadi sahabat saya telah bercerita panjang lebar mengenai hakikat solat. Sekarang, mari kita belajar serba sedikit mengenai hakikat wudhuk pula.
Sesungguhnya, wudhuk ini amat penting Tuan² dan Puan² sekalian. Tanpa wudhuk yang sah, tidak diterima solat kita itu sia-sia sahaja di sisi Tuhan. Namun di sini kita bukan hendak bercerita mengenai rukun wudhuk. Bab itu, telah banyak sekali dibicara oleh orang² fekah dan tok² guru syariat. Marilah kita selami makna sebenar apa yang dinamakan wudhuk itu.
Firman Allah, ertinya:
"Hai orang² yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka hendaklah kamu basuh mukamu, dan basuhlah tanganmu hingga ke siku, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kakimu sampai ke buku lali".
MEMBASUH MUKA
Adapun hakikat membasuh muka, membawa erti sebelum bersolat, haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuang segala sifat bermuka- muka yang ada pada diri kita. Seperti sifat megah, sombong, kemuliaan, kebesaran dan sebagainya. Kembalikan segala sifat itu kepada Allah.
MEMBASUH TANGAN
Adapun hakikat membasuh tangan, membawa erti sebelum bersolat, haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuang dari diri kita segala sifat- sifat "aku berkuasa", "aku orang kuat", "aku orang besar", dan sebagainya. Tangan yang dimaksudkan adalah simbol kepada kuasa dan kekuatan seorang manusia.
MEMBASUH KEPALA
Adapun hakikat membasuh kepala, bermakna sebelum dan ketika kita bersolat, kita mesti bersihkan segala fikiran kita dari sifat- sifat syirik dan mazmumah, dan haruslah menumpukan segala-galanya kepada Allah.
MEMBASUH KAKI
Adapun hakikat membasuh kaki, bererti kita haruslah membetulkan jalan perjalanan kita hanya untuk satu tujuan, iaitu Allah semata-mata.
Admin Khairul Mukmin

No comments:

Post a Comment