Tuesday, 10 May 2016

hakikat makrifat zikir

Apakah Itu Amalan Para Ahli Makrifat?
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan? Nak amalan yang sebagaimana lagi?
Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam? Laratkah atau sangggupkah tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat! Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tinggi-tinggi satu atau dua minggu).
Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran tarikat yang memerlukan zikir atau ratib berjumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita? Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid ke mana dan zikir ke mana!
Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan? Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, ke mana perginya Allah? Apakah Allah itu hanya ada sewaktu kita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah? Apakah Allah itu hanya ada di waktu malam sahaja, apakah Allah itu, tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?
Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat? Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada 79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehingga kita kena ulangi semula?
Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja? Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah? Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah? Sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih? Cuba jawab...
Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan! Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama.
Nama tidak sedikit pun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantung dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlanggaran, tidakkah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut).
Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Ini memberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yang empunya nama.
Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bilangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayangnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir...
Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alim dan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat pengira elektronik (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).
Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebanyakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih! Apa yang mahu saya tekan di sini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama! Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).
Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.
Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?
Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosok sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki di kulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedang nyenyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allah) semasa sedang koma atau sedang pengsan!
Admin Khairul Mukmin
LikeShow More Reactions
Comme

No comments:

Post a Comment