Wednesday, 11 May 2016

hakikat ilmu


Pada aku„ tiada pahala tiada syurga..
Yang ku idamkan adalah kekasihku Allah jua~
Like
Comment
Comments
Othman Draman
Write a comment...
Pucuk paku dalam paku
Paku datang dari seberang
Carilah aku di dalam aku
Aku berselindung di dalam terang
Like
Comment
Comments
Zaman Abbas Tq....dalam sekali maksudnya...
Othman Draman
Write a comment...

News Feed

BERAMAL KERANA PAHALA?
BERAMAL KERANA SYURGA?
Firman: Surah Al-Jin, Ayat ke-13.
"Barang siapa beriman kepada Tuhan nya, maka dia tidak takut akan pengurangan pahala, dan tidak akan menambah dosa serta kesalahan."
Pengajaran dari ayat di atas, jika mereka benar² bersifat hamba yang tulen, maka sudah tentu sebarang pekerjaan yang dilakukan oleh mereka itu ikhlas, serta tidak mengharapkan sebarang balasan dari Tuhannya. Kerana setiap balasan itu, bukan sesuatu yang boleh dipinta - pinta, tetapi ianya merupakan suatu kurniaan daripada Tuhannya.
Apakah elok seseorang yang mengaku dirinya hamba, menagih janji dari Tuannya ? Dan apakah seorang hamba itu, mereka sangsi terhadap janji Tuannya ? Maka dari itu, bagi seseorang yang mengerti dirinya hamba, sudah tentu tidak mengharapkan sesuatu balasan dari Tuhannya. Dan ingatlah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Admin Khairul Mukmin
Like
Comment
Comments
Othman Draman
Write a comment...
ILMU HAKIKAT BUKAN UNTUK GOLONGAN SYARIAT
Sejak zaman berzaman, telah timbul pertentangan ahli² syariat yang buta mata hati dengan ahli² tasawuf yang arif lagi bijak, sehingga pertentangan pendapat ini telah membawa kepada pertumpahan darah.
Kita pernah mendengar kisah bagaimana seorang ahli tasawuf masyur yang bernama Khalat telah dibunuh oleh golongan syariat yang buta mata hati. Sheikh Abdul Kadir Jailani pernah berkata " Jikalau Khalat ini hidup pada zamanku, nescaya aku akan pegang tangan orang yang membunuhnya."
Kita juga pernah mendengar pertarungan hebat antara Syeikh Nuruddin Al-Ranini ( ahli syariat yang buta mata hati ) bersama dengan konco - konconya, telah menjatuhkan hukuman pancung kepada seorang ahli ulama tasawuf yang bernama Hamzah Fansuri.
Faktor ini berlaku adalah akibat daripada sikap keangkuhan atau pun sikap " aku sahaja yang betul " serta lalai tentang ilmu Allah yang Maha Luas yang terdiri daripada cabang ilmu Syariat, Tarikat, Hakikat, dan Makrifat. Ulama² syariat ini mendabik dada kononnya, aku lah orang yang menjaga hukum Allah. Ilmu Syariat sahaja lah yang betul, ilmu lain dari syariat adalah salah, menyeleweng, sesat, dan songsang.
Mereka bodoh, tetapi tidak mengetahui yang mereka itu bodoh, mereka jahil, tetapi tidak mengetahui yang mereka itu jahil, dan mereka menyangka ilmu Allah adalah sesempit dan secetek ilmu di dalam otak dan akal mereka.
Sikap² begini masih lagi dipusakai oleh sesetengah kalangan tuan² guru dan ustaz² syariat yang buta hati dan berfikiran cetek. Nah ! Aku lah lulus PhD dalam bidang syariat. Nah ! Aku lah 30 tahun belajar di Mesir, semua kitab syariat telah aku pelajari.
Mereka tidak sedar bahawa yang kaca itu, tetap kaca. Jauh lagi dari intan permata yang berkilau.
Admin Sheikh al Islam.

No comments:

Post a Comment