Wednesday, 11 May 2016

hakikat buku


Review Kitab²: KITAB HAKIKAT INSAN
Kitab mahsyur Alam Melayu ini telah dikarang oleh yang berbahagia Tn. Hj. Ahmad Laksamana b. Omar, membawa pengajaran makrifat dari Tok Kenali sendiri. Ia mengandungi 23 bab pada jilid 1, yang membicarakan mengenai pelbagai persoalan yang berkaitan Ilmu Hakikat mengenal Diri, mengenal Tuhan.
Antara kupasan² menarik yang terdapat di dalam kitab hakikat ini, ialah ciri² guru mursyid, martabat nafsu, hakikat syahadat, hakikat sembahyang, zikir nafas, martabat 7, iman dan hati, nyawa dan jasad, serta banyak lagi persoalan yang tidak ada pada kitab² fekah dan syariat yang terdapat di pasaran.
Namun demikian, barang siapa yang berkehendak untuk mempelajari ilmu hakikat dan makrifat, mereka² itu haruslah berguru dengan guru² yang mursyid, di samping mengambil pelajaran dari kitab yang telah siap dikarang oleh ahli² hakikat dan makrifat.
Ingat sahabat² sekalian, perjalanan makrifat ini, suatu perjalanan yang penuh onak dan duri. Dengan bahasa yang mudah, berjaga² lah kalian daripada golongan ahli² fekah dan ahli² syariat yang suka menuduh orang itu sesat dan orang ini salah. Sesungguhnya, yang menuduh sesat itu, terlebih lagi sesat kerana mereka sendiri tidak ada belajar ilmu mengenal diri dan mengenal Tuhan ini !
Adakah anda berminat untuk memiliki kitab yang mashyur ini, dan bertalaqqi dengan kami? Dengan Izin dan ketentuan Dia juga,. Hanya yang benar² mencari yang akan sampai ke destinasi yang dituju. Insha-Allah
Admin Hamzah Fansuri
Like
Comment
Comments
Tanaka Yoshimitsu Camana nak dpt buku ni?
LikeReply28 May at 10:47
Hakikat Insan Jika tuan berminat, kami akan usahakan untuk sediakan 'hardcopies' untuk kalian miliki satu naskah. Berminat?
LikeReply28 May at 12:28
Ruslan Yusoff Pernah baca buku ni dulu...dapat dari tuan kitab sendiri. Sayangnya banyak tafsiran ayat alquran yang menyeleweng dari tafsiran ulama yang muktabar.
LikeReply18 May at 11:02
Abdul Rani Pernah diharamkan.
LikeReply18 May at 11:14
Hakikat Insan Ulama' syariat. biasalah. kerja mereka hanya mengharamkan apa yang tak sampai dek aqal mereka. Sedangkan ilmu Allah itu jika ditulis dengan dakwat dari tujuh lautan pun takkan habis, siapa mereka untuk menghukum?
LikeReply38 May at 12:29
Hakikat Insan Ilmu Allah yang ada pada Hidir Alahisalam tidak ada pada Musa Alaihisalam.
LikeReply18 May at 14:00
Tanaka Yoshimitsu Ya. Sgt berminat
LikeReply18 May at 12:42
Hakikat Insan Mohon tuan baca post kami yang terbaru dalam wall page ini. Jazakallah
Hakikat Insan Sila lihat post terbaru di wall kami jika berminat untuk mendapatkan kitab ini. Like page untuk mengikuti kupasan2 akan kitab ini. Moga Allah memberkahi ilmu ini insyaAllah.

Like page Hakikat Insan

Aselan Hashim Aslmlkm, saya dulu pernah memiliki kitab ini tetapi oleh kerana kerap berpindah ia telah hilang. Di waktu itu saya keras dengan fahaman sendiri dan tidak terima apa2 yang tidak terjangkau dek akal yang lemah...
LikeReply28 May at 14:09
Hakikat Insan Ilmu di dalam kitab ini, ialah ilmu rasa.. Perlukan hati nurani juga qalbu yang bersih untuk memahaminya.. Bukan ilmu akal fikiran manusia biasa yang terhad.. Jika ditafsirkan mengikut ilmu akal, itulah keluarnya segala tuduhan sesat, salah, dan songsang itu.
Hakikat Insan Assalamualaikum.
Damai untuk kita semua dalam rahmat dan barkah Allah Azzawajalla. PM saja kepada kami bagi yang berminat. Ilmu perlu dikirakan dengan nilai. Dan atas nasihat alim ulama, kami wajibkan sedekah amal jariah agar ilmu ini lebih bermakna da...See more

LikeReply18 May at 14:15
ShaeQue Ahmad Abdul Rashid , komen skeT
LikeReply18 May at 14:27
Zamzam Jarkaseh Pernah memiliki buku ini.. Salah satu teknik (dari berbagai teknik) mengenal Allah (mengenal diri) melalui cara mengupas kalimah lailahailallah..
Tanaka Yoshimitsu Perjalanan hidup mengenal diri. Itulah menjadi tuntutan...
Mohamad Mohd Khalid Saya ingin mendapat buku ini.. tolong uruskan...
Hakikat Insan Buat Tuan Mohamad Mohd Khalid, boleh mesej di inbox kami. Akan diperjelas segala langkah satu per satu untuk memudahkan urusan Tuan.. Insya Allah
Abdul Rani Sya minat milikinya mohon maklum caranya. T.k.
Hakikat Insan Tuan Abdul Rani, mohon tuan PM kami di inbox page. Akan kami terangkan satu persatu langkah untuk mendapatkan kitab ini. InsyaAllah
Abdul Rani Baru2 ni buku2 tok kenali pun da tkleh dipamirkan di kedai buku di angsana atas arahan KDN katanya.
Hakikat Insan Benar itu, Tuan.. Golongan ahli fekah memang tidak suka dengan ilmu ini. Sudah lah mereka tidak faham, lantas dituduh ilmu makrifat ini ilmu sesat pula. Ibarat mereka sahaja yang betul, dan mereka sahaja yang benar² menjadi penjaga atau pelindung agama.
Ajam Sam Sy amat berminat utk memiliki buku hakikat insan..
Hakikat Insan Tuan, mohon Pm di inbox page kami. Akan kami terangkan satu persatu langkah pembelian kitab ini. Insyallah

No comments:

Post a Comment