Sunday, 15 May 2016

hakikat benar

TUDUHAN ILMU SESAT
Seorang guru yang mengenal Allah, tidak sedikitpun menyalahi ilmu orang lain. Malahan segala ilmu itu benar belaka! yang tidak benar itu, adalah kerana ketidak fahaman kita! Kerana kita tidak faham, kita tuduh ilmu orang itu salah dan ilmu orang ini sesat. Sebenarnya kita tidak tahu yang diri sendiri itulah yang sesat!
Saya nasihat kepada semua penggemar bidang ilmu ini, jangan sekali-kali di antara kita cuba-cuba menuduh orang itu sesat atau orang ini salah. Biar orang tuduh kita, asal jangan kita tuduh orang!
Hutan dijadikan Allah ada bahagiannya. Lalang ada bahagiannya, rumput ada bahagiannya, dan salah dan silap itu, ada bahagiannya di sisi Allah. Tidakkah kerana perkara salah itu, membuat kita tahu erti benar dan tidakkah kerana adanya hitam, membuatkan kita tahu apa itu putih!
Khairul Mukmin

Sembahyang untuk menyatakan Allah..
Sayangnya yang hendak dinyatakan itu tidak mereka kenal..
Yang nyata oleh kebanyakan daripada 
kita ini, adalah wang dan perempuan!
Bilamana tidak mengenal Allah, bagaimana hendak menyatakan Allah?
Biar pun Allah itu lebih nyata daripada segala makhluk yang nyata!

Perzahirkanlah adanya mulutmu dengan berkata-kata..
Perzahirkanlah adanya kepandaian tanganmu dengan menulis..
Perzahirkan adanya hidupmu dengan berkelakuan..
Sesungguhnya Allah memperzahirkan dirinya dalam bentuk Nur Muhamad..
Nur Muhamad memperzahirkan dirinya dalam bentuk Roh..
Roh memperzahirkan dirinya dalam bentuk nyawa..
Nyawa memperzahirkan dirinya dalam bentuk sifat..
Sifat memperzahirkan dirinya dalam bentuk afaal..


NAFSU ITU, BUKAN ROH @ DIRI.
Ada satu kumpulan yang pernah saya jumpa, mereka dan golongan mereka mengaku dan mendakwa bahawa mereka adalah daripada keturunan pengajian Tok Kenali. Golongan ini mendakwa bahawa nafsu itulah diri.
Saya nasihatkan kepada golongan ini, jangan sekali-kali mencemarkan perjalanan ilmu Tok Kenali. Tok Kenali tidak pernah mengaku yang nafsu itu diri!
Nafsu itu, adalah sebahagian daripada diri dan bukannya diri. Nafsu itu, adalah anasir yang bergantung kepada roh, sebagaimana anggota tujuh yang bergantung kepada roh. Cuba tuan-tuan fikirkan jika sekiranya tidak ada roh, masakan kita boleh bernafsu?
Nafsu masih bergantung kepada roh, jika tidak ada roh (tidak ada nyawa), masakan kita boleh bernafsu. Bolehkah kita bernafsu kepada perempuan sekiranya kita mati? Bolehkah kita bernafsu kepada makanan sekiranya kita mati? Bolehkah kita bernafsu kepada harta kekayaan sekiranya kita mati? Jadi nyatalah bahawa nafsu itu, bukan diri.
Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah diri yang berdiri dengan sendiri, tanpa bergantung kepada sesiapa!
Sheikh al Islam

BAGAIMANA KONSEP PENYERAHAN DIRI MELALUI NAJIS ?
Masih ramai yang menelefon dan sms bertanyakan cara-cara penyerahan diri!
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun penyerahan diri kepada Allah itu, telah berulang kali saya nyatakan di dalam kitab dan di dalam artikel dan di dalam page, tetapi masih lagi ada orang yang tidak faham. Sebagai seorang cikgu yang fakir jiwa dan lemah akal ini, tidak akan jemu-jemu menjawab.
Mari kita belajar penyerahan diri melalui kaedah lain dari yang terdahulu. Kiranya kaedah dahulu tidak boleh mendatangkan faham, mari saya ajar pula kaedah baru . Mana tahu dengan izin Allah, kaedah atau pendekatan baru ini, boleh memberi manfaat!
Adapun kaedah yang baru ini, saya ambil cara mudah untuk difahami. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun cara menyerah diri kepada Allah itu, hendaklah difahami konsepnya sebagaimana konsep “membuang air besar!”.
Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, apakah najis yang tuan-tuan lepaskan itu, perlu difikirkan lagi sesudahnya?. Apakah najis yang tuan-tuan lepaskan itu bertujuan untuk diambil semula?. Apakah yang kita buang itu, kita fikir untuk diambil balik sebahagiannya atau diambil balik kesemuanya?. Apakah kita fikir najis itu akan pergi kemana dan apakah kita masih terfikir akan jadi apa najis itu sesudahnya?.
Tentu tidak bukan?. Kiranya tuan-tuan tidak lagi memikirkan apa yang akan berlaku setelah najis dilepaskan keluar, begitu juga dengan diri kita!. Selepas kita serahkan diri kita kepada Allah, kita tidak perlu memikirkannya lagi. Begitu juga dengan konsep penyerahan diri kepada Allah!. Setelah kita serahkan diri kepada Allah, serahlah sepenuhnya!. Serahkan segala-galanya, sehingga sampai kepada tahap tidak ada apa-apa lagi yang hendak diambil kira atau tidak ada apa-apa lagi yang perlu diambil kembali!. Lepaskan segala diri kepada Allah, sebagaimana lepas keluarnya segala najis dari tubuh!.
Biarlah kita serah segalanya kepada yang Maha Berkuasa untuk mengaturkannya!. Tidak perlu lagi kita fikir-fikirkan apa-apa. Setelah keluarnya najis dari perut kita, kita tidak lagi perlu untuk memikirkannya apa-apa!. Serah seserah-serahnya kepada Allah!. Biar Allahlah mengaturkannya. Allah jadikan kita, biarlah Allah juga yang mengaturkan kelakuan gerak kerja dan tidur bangun kita!. Tidak mungkin Allah yang menjadikan kita dari bersifat tidak ada kepada bersifat ada, selepas diadakan dan selepas Allah jadikan, masakan mungkin Allah tidak pandai untuk mengaturkannya?.
“Wallahu Kholaqokum Wama Takmalun” (Allah jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat). Dari Firman ini, tidakkah kita yakin yang bahawasanya, segala-gala yang terjadi dan yang berlaku ke atas kita, segalanya adalah datangnya dari ciptaan Allah, sama ada ciptaan Allah itu berkonsepkan konsep baik atau konsep buruk . “Kul kullun Min Indillah” (segala buruk baik itu, datangnya dari Allah). Dari anggapan atau dari pandangan kita, kita katakan yang sesuatu itu buruk, sedangkan dari pandangan serta anggapan Allah, perkara itu adalah baik!. Sesungguhnya buruk atau baik itu, bukan dari pandangan kita, biar kita serahkan perkara buruk baik itu, kepada pandangan atau kepada anggapan Tuan yang mencipta!.
Begitulah penyerahan diri kepada Allah Taala. Jawapan saya ini, jika sekali pandang, nampaknya keji atau jijik, tetapi demi mencari kaedah mudah untuk difahami dan bertujuan untuk memberi faham dengan cara senang dimengerti, saya terpaksa juga gunakan kaedah ini, biarpun kelihatannya agak jijik!. Kaedah lain sudah saya sampaikan berulang kali, ternyata masih ramai lagi yang tidak faham!. Mudah-mudahan dengan kaedah keji ini, boleh mendatangkan faham!.
YANG BANYAK MENJADI SATU!
Penyerahan diri kepada Allah itu, hendaklah bulat dan padu!. Bulat atau padunya penyerahan diri kepada Allah itu, hendaklah kamil sebagaimana kamilnya najis!. Asalnya najis dari berbagai-bagai campuran. Kita makan nasi, makan ikan, makan sayur, dicampur pula dengan buah-buahan, bubur kacang, air cendol dan berbagai-bagai jenama telah masuk kedalam perut!. Setelah keluar dari perut, apakah dapat kita beza-bezakan?.
Segala-galanya telah menjadi satu. Begitulah juga konsep penyerahan diri kepada Allah!. Kita jangan serah sebahagian dan sebahagian lain kita pakai!. Seumpama kita serah segalanya anggota tubuh kepada Allah dan serahkan anggota tubuh bagi mengabdikan diri di bawah penjagaan dan pengawasan Allah. Manakala dari segi penyerahan anggota akal fikiran, kita masih beranggapan bahawasanya akal fikiran, ikhtiar dan usaha itu, milik kita !. Itu bererti penyerahan yang tidak sempurna, tidak suci dan tidak habis!.
Kita mendakwa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama dalam hal yang bersangkutan dengan harta pencarian, kita masih beranggapan yang harta kekayaan itu, adalah hasil dari pencarian kita!. Kita mendakwa berserah diri kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama, kita masih lagi berfikir yang anak isteri itu dibawah penjagaan kita!. Ini semua memberi gambaran kepada kita yang bahawasanya, penyerahan kita itu, belum sempurna lengkap!. Masih ada lagi sebahagian berserah kepada Allah dan ada sebahagiannya lagi masih bergantung harap kepada usaha dan ikhtiar kita!.
Penyerahan seumpama itu, bukan secara sepenuh penyerahan!. Tidak sebagaimana penyerahan semasa membuang najis (buang air besar!). Bilamana kita berserah diri kepada Allah, hendaklah berserah segala-galanya. Termasuk harta, anak isteri dan termasuk usaha dan ikhtiar akal!.
DIRI KITA ITU, SEBENARNYA DALAM BERKEADAAN KOTOR?.
Diri kita itu kotor, sebagaimana kotornya najis!. Diri yang menyerah diri kepada Allah, barulah dikatakan diri yang bersih!. Barang siapa yang tidak berserah diri kepada Allah secara total (secara mutlak), diri kita itu, adalah kotor seumpama najis!. Sekotor-kotornya najis tahi itu, sesungguhnya terlebih kotor diri berbanding najis tahi, bagi sesiapa yang tidak berserah diri kepada Allah!.
Itulah makanya Islam itu, memperkenalkan konsep berwudhuk atau mandi hadas (mandi junub). Adalah bagi menggambarkan bersuci. Bersuci itu bukan sahaja pada anggota tubuh badan, bersuci sebenar itu, adalah bersuci dari segi berserah diri kepada Allah Taala!. Itulah sebenar maksud bersuci dan mandi wajib!. Dan itulah juga konsep berserah diri kepada Allah!.
admin Khairul Mukmin

No comments:

Post a Comment