Friday, 6 May 2016

hakikat arab

MAKSUD SEBENAR ISTILAH² ARAB
Mari kita sambung pengajian kita mengenai ilmu makrifat. Tuan² dan Puan² yang saya kasihi sekalian, ada pun maksud sebenar beberapa istilah bahasa Arab, telah pun di salah tafsirkan oleh golongan² feqah.. Untuk mempermudah faham, saya sertakan beberapa contoh untuk tatapan kita semua;
TAUBAT ertinya kembali.
Bukan bererti menyesal di atas dosa² lampau dan berazam untuk tidak mengulangi lagi. Itu tafsiran ahli fekah.. Mengikut suluhan ilmu makrifat, taubat itu bermaksud 'kembali', iaitu menyerahkan kembali semua hak Allah, dan membebaskan diri dari bergelumang dengan dosa syirik. Kembalikan semua pada pemilik anggota dan jiwa kita. Hingga tidak terlihat lagi adanya diri. Tiada lagi aku dan kau.. Yang ada cuma Allah, Allah, Allah.
IQRA ertinya mengaku
Masihkah saudara² ingat peristiwa ketika Jibril bertemu Nabi s.a.w. di dalam gua hirak? Mengikut fahaman golongan fekah, Jibril menyuruh Nabi s.a.w. 'membaca'. Apa yang ingin dibaca? Adakah Jibril tak tahu yang Nabi tak pandai membaca? Adakah Jibril sebodoh itu? Maksud sebenar iqra itu, menurut suluhan ilmu makrifat, ialah 'pengakuan', atau 'mengaku'.. Mengaku bahawa diri itu, tanpa roh, tidak bererti apa². Roh lah sebenar² diri kita.
ISRAK & MIKRAJ ertinya ketinggian
Bukan bermaksud Nabi s.a.w. pergi berjumpa Allah di atas langit, di atas awan, di atas kepala, atau di kawasan atas.. Itu fahaman ahli feqah, jika kita beriktikad Allah ada di atas langit, maka jatuh kafir hukumnya. Ada pun erti sebenar ialah 'ketinggian'.. Yang dimaksudkan di sini ialah ketinggian ilmu. Bukan Nabi berjumpa Allah di atas langit. Apabila mengerti maksud sebenar, barulah kita bebas dari iktikad yang salah itu.
BURAQ ertinya kilat
Ada pun fahaman golongan feqah, buraq itu seumpama kuda yang bersayap, yang ditunggang Nabi ketika peristiwa israk dan mikraj. Adapun pengertian bahasa Arab yang sebenar, ialah kilat. Kilat itu memberi simbolik kepada 'pantas', 'laju' dan 'cepat'. Mengikut suluhan ilmu makrifat, kilat itu membawa pengertian pantas ilmu itu, laju nya ilmu itu, kecepatan ilmunya Nabi s.a.w.. Bukan kecepatan kuda itu !
Admin Nurul Iman

No comments:

Post a Comment