Apakah maksud Alif, Lam, Mim ?
Tiada yang Wujud selain Allah!
Tiada yang Wujud selain Allah!
Terjemahan ALIF
Huruf Alif itu, adalah sesuatu yang melambang, menerang, menggambar, merujuk atau kiasan bagi menterjemahkan Allah!. Alif itu, adalah bangsa, bahasa atau suatu kiasan gambaran bagi Allah!.
Bagi huruf-huruf didalam Al-Quraan, huruf apa lagi yang boleh menggambarkan Allah selain daripada huruf Alif?. Kerana huruf alif itu, adalah huruf yang menegak, huruf yang berdiri, huruf yang mula-mula dan huruf yang pertama.
Berdiri tegaknya huruf alif itu, adalah seumpama berdiri tegak semasa bersolat. Berdiri tegak sembahyang itu, adalah bagi menggambarkan berdirinya huruf alif. Menegakkan huruf alif itu, adalah seumpama menegakkan Allah!.
Huruf yang pertama itu, adalah melambangkan Allah, sebab Allahlah yang pertama, yang mula-mula dan terawal. Huruf Alif itu adalah huruf yang awal dan yang awal itu, adalah menggambarkan Allah.
Banyak-banyak huruf dalam Al-Quraan itu, hanya huruf alif bertulisan secara lurus dan tegak, yang mana tegak dan lurus itu, adalah merujuk kepada Allah. Huruf-huruf lain, semuanya tidak berdiri, tidak tegak dan tidak lurus. Seumpama huruf lam, huruf lam tidak tegak, huruf lam bercangkuk seumpama mata kail.
Satu-satunya huruf yang lurus dan berdiri tegak itu, adalah hanya huruf alif. Itu makanya huruf alif itu, dibangsa, dilambang, ditafsirkan atau dikias kepada Allah.
Sebut sahaja huruf alif, huruf itu, adalah huruf yang melambangkan kiasa berdiri. Sesungguhnya huruf tegak dan lurus yang berdiri sendiri itu, adalah hanya Allah!. Itulah makanya dipermulaan Al-Quraan kita baca huruf alif, lam, mim. Alif itu, adalah merujuk kepada pengertian Allah!
Untuk itulah makanya Allah swt tekankan supaya kita baca huruf alif, lam, mim sebelum membaca Quraan, pastinya ada hikmah dan rahsia yang besar disebaliknya!. Apakah rahsia disebalik huruf alif, rahsia disebalik huruf lam dan apakah rahsia disebalik huruf mim itu?
Apakah gambaran maksud yang hendak ditafsirkan atas huruf alif?. Huruf alif itu, adalah huruf tauhid!. Semasa bacaan tahiyat didalam ibadah sembahyang, huruf alif ada digambarkan melalui cara kita menggerak-gerak atau kita tegakkan jari telunjuk semasa membaca kalimah syahadah!. Itu tanda huruf alif atau huruf tauhid bagi mengambarkan satu, ke Esaan atau ketunggalan Allah!. Itu makanya kita lihat selalu orang menggerak atau menegakkan jari telunjuk semasa sembahyang bagi menggambar dan bagi menunjukkan huruf alif, huruf tegak, huruf satu (esa), huruf tauhid melalui jari telunjuk!.
Huruf alif meggambarkan anggka satu, angka Esa, angka tunggal dan angka tauhid. Siapakah yang yang dimaksudkan dengan perkara satu?, siapakah yang dimaksudkan dengan perkara Esa dan siapakah yang dimaksudkan dengan angka tunggal?, jika tidak Allah!. Itu makanya huruf alif itu, diisyaratkan kepada Allah.
Huruf alif itu, bagi mengisyaratkan kepada Allah. Alif itu, bagi menunjuk, merujuk dan bagi mentafsirkan Allah. Yang satu itu Allah, yang tunggal itu Allah, yang permulaan itu Allah, yang berdiri sendiri itu Allah, yang lurus itu Allah dan yang Esa itu Allah.Alif itu, adalah merujuk kepada Allah.
Dari kiasan huruf alif itu, hendaklah kita bawa kepada diri kita!. Bermulalah bacaan kita itu, dengan Allah!. Bermulalah kata-kata kita itu, dengan Allah. Bermulalah melihat kita itu, dengan Allah. Bermulah mendengar kita itu, dengan Allah. Bermulalah tidur, bangun, hidup dan mati kita itu dengan Allah!. Jangan terlihat kepada selain Allah dan jangan tertilik kepada selain Allah. Setelah kita nyata Allah dalam pandangan serta dalam tilikan, maka ayuh mari kita sama-sama baca Al-Quraan, sama-sama kita dirikan solat dengan ingat Allah!. Dirikanlah solat dan bacalah Quraan dengan berkeadaan tiada lain selain Allah. Itulah maksud, erti atau makna huruf Alif.
Bermula alam dengan huruf alif, bermula kiamat dengan huruf alif dan bermula segala yang bermula itu, adalah dengan huruf alif. Setelah kita kenal huruf alif, maka kenallah kita akan Allah. Bermula dengan huruf aliflah yang membuatkan huruf-huruf lain. Bermula dengan Allah lah yang membuatkan seluruh makhluk alam!.
Bermula dengan huruf alif (Allah)lah terjadinya diri kita. Tanpa alif (Allah), diri kita tidak akan terjadi!. Setelah terjadinya diri kita dan setelah terjadinya alam dan setelah terjadinya segala macam 6666 ayat didalam Al-Quraan itu, hendaklah jangan kita tidur, terlena dan terleka dengan bunyi merdu suara yang mengalunkan ayat-ayat suci!. Jangan kita leka dengan kemerduan suara bacaan. Disebalik kelunakkan suara dan disebalik kelunakan merdunya suara bacaan Quraan itu, Allah suruh kita lihat, pandang dan tilik Allah disebaliknya!. Bacalah apapun hendaklah kita kias kepada Allah.
Sebutlah apapun, hendaklah terlihat Allah disebaliknya. Allah bukan sesuatu, tetapi Allah nyata pada tiap-tiap sesuatu!. Jadi lihat. pandang dan tiliklah Allah pada setiap patah ayat yang kita baca. Baca syurga, syurga itu syurga Allah. Baca saja neraka, neraka itu adalah neraka Allah. Sebut sahaja malaikat, hari kiamat, soal kubur, titian, seksa kubur, pertanyaan kubur dan malahan sebutlah apapun yang tersebut dalam ayat-ayar suci Al-Quraan itu, segala-galanya adalah kalam Allah. Bilamanana kalam Allah, kalam Allah itu tidak lain dari Allah jua. jadi sebutlah apapun hendaklah tidak terhijab Allah disebaliknya, malahan Allahlah segala-galanya disebalik setiap ayat yang dibaca !.
Berkatalah apa yang hendak kita katakan, sesungguhnya Allahlah disebalik kata mu!. Sebutlah apa sahaja yang hendak kita sebut, sesungguhnya Allahlah disebalik sebutan mu!. Bergeraklah apapun yang hendak kita gerakkan, sesungguhnya Allahlah disebalik gerak mu!. Buatlah apa sekalipun yang hendak kita perbuat, sesungguhnya Allahlah disebalik perbuatan mu!. Itulah makanya huruf alif itu, diletak dan dibaca dipermulaan Al-Quraan. Kerana dari huruf alif itu, boleh menjadikan huruf-huruf yang lain.
Sebab apa Allah letak huruf alif, lam, mim dipermulaan segala bacaan Quraan, sebabnya adalah kerana Allah mahu kita tahu, Allah mahu kita mengerti dan faham bahawa disetiap apa yang kita sebut dan yang kita baca itu, adalah Allah. Allah nak kita lihat Allah, pandang Allah dan tilik Allah. Lihat Allah disetiap apa yang kita kata. Allah nak kita lihat, nak kita tahu dan Allah nak bagi kita mengerti bahawa disetiap apa yang kita sebut itu, itulah AKU!. Bagi menunjukkan bahawa disetiap apa yang kita katakan itu, itulah Allah dan itulah AKU!.
Apa yang kamu sebut itu, itulah AKU!. Apa yang kamu kata itu, itulah AKU. Apa yang kamu buat itu, itulah Aku!. Setelah kita nampak Allah, maka bacalah apapun dan sebutlah apapun 6666 ayat itu, itulah Allah, Allah, Allah.
Sheikh al Islam
No comments:
Post a Comment