di puncak menara Abraj Albyt Makkah (royal clock tower). Pemandangan kota Mekah di ketinggian 500 meter dari paras bumi. Syukur saya diberikan banyak ruang untuk melihat segala yang indah, segala yang baik juga sebahagian yang cela dalam kota ini. Semasa saya keluarkan simpanan untuk umrah saya untuk mendahulukan ibu dan ayah untuk pergi dahulu, beberapa bulan kemudian saya dibawa secara percuma untuk mengerjakan umrah oleh seorang ahli politik dari Sarawak. Tidak sampai setahun saya menjual foto-foto dari Makkah dan Madinah untuk membantu asnaf dan anak yatim mengerjakan haji dan umrah (walaupun kurang berjaya niatnya) tetapi Allah gantikan dengan perjalanan haji 5 bintang tanpa sebarang bayaran. Rezeki sebegini sememangnya melangkaui logik matematik. Rahmat Allah Maha Luas dan mampu tiba dalam pelbagai bentuk.
Allah Maha Besar.
Mekah dan Madinah tanah suci kita yang masih tinggal. Sayanginya, cegah kemungkaran di tempat yang makruf.
Sebelum ini ada orang kata aku fitnah tempat ini. Sebenarnya, aku tak pernah fitnah tempat ini. Sekarang orang masih ejek lagi tapi tak mengapalah. Bukan semua yang kita katakan orang akan percaya kecuali lelaki dalam gambar ini berbaju merah berseluar jeans itu memakai jubah putih dan serban bersanad dengan janggut sampai ke dada. Yang benar tetap benar kerana kebiadaban penguasa yang dipandang maksum bertembung dengan tidak menyatakan yang benar atas nama menjaga aib kota suci sedangkan aib yang dijaga ialah penguasa yg membuat cela sehingga perbuatan keiaban terus terbela dan terlindung dari pengetahuan dan kebal dari tindakan. Bukit Ajyad saksi kebiadaban lorong hitam di Tanah Suci yang mahu kita pastikan suci sesuci-sucinya.
No comments:
Post a Comment